Perkahwinan amat menyeronokkan. Jika cakap pasal kahwin, laju je semua orang ingin berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama orang yang tersayang. Tetapi, sebelum itu ada benda yang kita perlu bersedia sebelum berkahwin. Wang. Ya, kita memerlukan wang yang banyak untuk berkahwin.

Zaman sekarang, jika ingin kahwin, wang di tangan paling kurang perlu ada dalam RM20k ke RM40k untuk majlis kenduri kahwin dan barang-barang hantaran. Seronok-seronok juga tetapi hal ini perlu difikirkan juga. Takkan kita mahu berhutang dengan bank. Banyak lagi komitmen yang perlu kita fikir selepas berkahwin.

Jadi, bagaimanakah cara untuk kita bantu calon kita menabung dan berjimat?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 cara untuk bantu calon kita berjimat dan menabung. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via pesonapengantin

7 Tips bantu calon menabung dan berjimat

1. Daripada minta belikan hadiah mahal-mahal baik suruh dia simpan duit gaji dia dalam ASB ataupun Tabung Haji.

2. Daripada minta dia belikan patung beruang besar atau minyak wangi, baik ingatkan dia menyimpan daripada berbelanja dengan boros.

3. Daripada minta dia belikan baju sedondon, kasut jenama sama, baik suruh dia buat tabung berwarna hijau (RM5) ataupun oren (RM20).

4. Daripada ajak dia pergi travel, baik kau suruh dia melabur dalam ASB, unit amanah ataupun instrumen pelaburan yang diyakini.

5. Daripada paksa dia suruh beli kereta import mewah, baik kau kata bahagia guna pengangkutan awam bersama-sama.

6. Daripada kau selalu merajuk pastu suruh pakwe belikan hadiah bunga atau coklat baik kau minta dia simpan RM100 ke dalam tabung kahwin korang.

7. Daripada kau selalu ajak dia lepak dekat kedai kopi mahal lepastu tengok wayang, baik kau ajak dia lepak dekat perpustakaan ke, pantai ke, taman bunga ke. Yang masuk percuma. Jimat duit dia.

*Bukan calon suami sahaj yang perlu kumpul duit perkahwinan. Calon isteri juga perlu mengumpulkan duit perkahwinan. Naik atas pelamin nanti sama-sama, kumpul duit perkahwinan pun perlu bersama-sama. Di situ sudah dipupuk sifat saling bantu-membantu sesama suami dan isteri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.