Pelaburan saham Forex semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, masih ada yang berkira-kira untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan ini kerana masih meragui status halal haramnya.

Jom rungkai persoalan tersebut dengan membaca artikel ini untuk mengetahui hukum pelaburan Forex.

Ayuh ikuti perkongsian saudara Safdar Alam, pakar kewangan Islamik melalui akaun Twitter beliau berkenaan isu ini, APA HUKUM TRADING FOREX?

Konsep Trading

Berdagang (trade) matawang ni secara umumnya dibenarkan.

Sebagai contoh kalau anda ada RM100k & anda nak gunakannya utk beli duit EURO. Transaksi sebegini perlulah dilakukan secara “spot” atau “on the spot” iaitu “diserahkan dari tangan ke tangan”; transaksi ini mengikuti sebagaimana hukum syarak.

Mengikut hujah di atas, anda boleh “trade” atau tukar mata wang sebanyak mana yg anda inginkan. Namun, terdapat banyak pendapat berbeza dari ulama mengenai sebanyak mana yg kita dibenarkan trade.

Okay, sekarang kita dah tahu yang trading matawang ini dibenarkan. Tapi, jom kita tengok pulak dari segi “retailForex trading atau dari konteks Forex trading yang orang biasa buat tu.

Forex Trading

Sebenarnya, Forex trading yang orang biasa buat tu, yang kawan-kawan kita main tu, yang sibuk iklan nak promosi semua tu,

itu BUKAN “trading” (berdagang) matawang.

Kerana TIADA apa-apa langsung transaksi jual/beli matawang yang berlaku dekat Forex trading ni.

Sebaliknya, apa yg org ramai trade Forex tu sebenarnya adalah CFD (Contract For Difference).

Kalau ada penglibatan CFD, maksudnya anda TIDAK trade SATU SEN PUN matawang. Anda juga TIDAK membeli atau menjual matawang. Kalau nak “trade Forex” atau jual beli matawang secara HALAL, ia hanya boleh dilakukan secara spot.

Trading CFD

Spot ni contohnya tukar kat kaunter pengurup wang tu. Tapi dengan trading CFD ni, anda hanya BERTARUH atas “pair” matawang, bukan matawang itu sendiri. Sebagai contoh, untuk pair EUR-GBP, anda boleh ambil posisi “long” atau tekan button “buy”.

Kalau contoh pair tu naik, maka anda akan untung. Tapi kalau pair tu jatuh, anda akan rugi. Sama juga kalau ambil posisi “short” atau tekan button “sell”. Kalau pair tu turun, anda untung dan kalau pair tu naik, anda rugi.

Konsep dia sama macam contoh kalau anda bertaruh RM10 kat keputusan perlawanan bola sepak Liverpool. Contoh kalau Liverpool menang, anda untung RM13, tapi kalau kalah, anda dapat RM5 je. Anda tak hilang segalanya dalam CFD, anda hanya untung atau rugi duit anda.

Broker Islamik

Seterusnya, jom tengok pasal broker “Islamik” atau “halal”. Maksud broker yang macam ni adalah apabila anda biarkan posisi CFD tu dibuka untuk semalaman (overnight), jadi, mereka takkan caj faedah.

Selalunya, kalau broker biasa yang bukan “Islamik” ni, mereka akan caj faedah berdasarkan perbezaan kadar faedah overnight berdasarkan kadar dua jenis matawang (pair) yang anda pegang tu. Bagi saya ,sama ada mereka ni caj faedah atau tak, ia adalah langsung tidak relevan.

Sebab apa tak relevan? Sebab transaksi faedah yang diorang caj tu berdasarkan transaksi atas pertaruhan, transaksi atas Forex trading yang anda dah buat tu. Ia ibarat saya bagi anda pinjam duit untuk anda beli arak & minum arak tu, tapi saya tak caj kan faedah atas pinjaman tu.

Tawaran Leverage oleh Broker

Selain itu, broker menawarkan “leverage“. Ini maksudnya anda boleh pegang posisi atau trade dengan jumlah yang lebih dari modal yang anda miliki. Contohnya kalau anda hanya ada modal RM200 untuk trade forex (baca: bertaruh), broker boleh bagi leverage 100x ganda.

Maksudnya anda boleh trade dengan modal RM200,000. Maksudnya kalau anda untung, untung anda akan 20x ganda! Wow! Tapi kalau rugi… sama jugalah rugi 20x ganda.

Salah Faham Konsep Forex Trading

Perkara yang nak disampaikan ialah ramai sebenarnya yang salah faham dengan Forex trading ni. Bagi kebanyakan retail Forex trader, anda sebenarnya berjudi, anda bukan trade (dalam erti kata “dagang” yang sebenar).

Secara statistiknya, lebih 70% trader yang mengalami kerugian.

Kini, broker diwajibkan untuk mendedahkan maklumat ini di laman web mereka. Semua broker mesti akan tunjukkan jumlah yang lebih kurang sama.

Kalau anda tak betul-betul belajar dan mendalami teknik trading dan pasaran forex, tak praktikkan strategi yang berkesan, tak miliki kemahiran trading dan trade dengan mental yang lemah, anda akan HILANG SEMUA duit-duit anda. Diulangi, anda berjudi, BUKAN berdagang (trading).

Teknik Trading yang Berkesan Sepanjang Zaman

Antara teknik trading yang berkesan sepanjang zaman termasuklah Wyckoff, Elliot wave, Dow theory, Gaus, market action theory dan lain-lain.

Anda boleh praktikkan teknik-teknik ini di pasaran trading yang halal seperti pasaran ekuiti misalnya (tapi jangan trade CFD atas ekuiti pulak). Kebanyakan syarikat yang kononnya tawarkan nak ajar cara trade Forex tu kebanyakannya auta je lebih.

Tapi, terpulanglah kepada anda untuk melabur duit anda dan percaya pada mereka atau belajar dengan bermula dari bawah.

Kesimpulan

Trading Forex yang sebenar dan asli adalah dibolehkan tetapi trading Forex dengan CFD seperti apa yang orang ramai buat sekarang ni adalah JUDI dan HARAM.

Di samping itu, leverage juga tidak dibenarkan dalam Islam. Broker yang mengaku diri mereka “Islamik” atau halal adalah pendusta.

Berhati-hatilah, kerana di luar sana, tidak semua orang akan beritahu hal sebenar.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Jemput juga baca artikel lain:

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.