Harimau Malaya adalah harimau dari populasi tertentu berasal dari subspesies Panthera tigris tigris dari Semenanjung Malaysia. Populasi harimau ini mendiami bahagian selatan dan tengah Semenanjung Malaysia. Ia telah diklasifikasikan sebagai haiwan terancam dalam Senarai Merah IUCN pada tahun 2015. 

Populasinya dianggarkan kira-kira 250 hingga 340 ekor harimau dewasa pada tahun 2013. Kemungkinan ia juga terdiri kurang daripada 200 ekor dari tahun ke tahun dan semakin menurun populasinya.

Saiz purata bagi harimau jantan adalah 8 kaki 6 inci manakala harimau betina pula adalah 7 kaki 10 inci. Dalam kalangan kita, harimau juga disingkatkan panggilannya dengan nama rimau kan! Jom kita ketahui 10 fakta menarik mengenai harimau malaya ini.

harimau malaya
Imej via [twitter]

1. Hanya Satu-Satunya Spesies Harimau Yang Boleh Berenang

Adakah anda amat menggemari untuk berenang? Jika ya, anda mungkin mempunyai persamaan dengan harimau Malaya ini. Harimau Malaya amat gemar berenang dan bermain di sungai dan tasik yang cetek. Ia juga dapat menyeberangi sungai cetek dengan berenang sambil menaikkan kepalanya di atas air.

Harimau Malaya mempunyai kebolehan untuk berenang 18 batu sehari untuk mengawasi kawasan jajahannya. Jadi, berhati-hatilah apabila berada di dalam hutan kerana walaupun anda melarikan diri daripadanya dengan berenang di dalam air, ia juga mampu untuk berenang mengejar anda juga.

2. Mereka Dilahirkan Dengan Mata Buta

Anak harimau Malaya dilahirkan dengan mata tertutup sepenuhnya dan sebab itulah ianya dipanggil buta. Mata mereka biasanya akan terbuka antara 6 hingga 12 hari setelah kelahirannya. Apabila usia mereka mencecah 2 minggu, barulah mata mereka akan dapat melihat sepenuhnya. 

Boleh dikatakan ianya tidak seperti kebanyakan spesies harimau yang lain yang mengalami tempoh buta yang amat singkat. Jadi, boleh dikatakan bahawa, tempoh buta anak harimau Malaysia lebih kurang sama seperti tempoh buta anak kucing.

Kalau tak percaya, selepas ini bolehlah anda memeriksa mata anak kucing di rumah, sama ada ia juga buta selama 6 hingga 12 hari juga.

3. Mempunyai Penyamaran Yang Baik

Berkat warna belang hitam berceloreng banyak yang terdapat pada bulu orennya, harimau Malaya secara mengejutkan sebenarnya amat mahir dalam penyamaran dan menyatu dengan persekitaran pohon-pohon hutan hujan dan tepi sungai dan juga di sekitar sungai.

Oleh itu, apabila anda memasuki kawasan harimau di hutan Semenanjung Malaysia, maka berhati-hatilah. Dikhuatiri mereka sedang mengendap anda secara senyap-senyap untuk dijadikan mangsa buruan mereka.

harimau malaya
Imej via [tekno]

4. Menjadi Mangsa Pemburuan Manusia

Harimau Malaya merupakan haiwan yang duduk di bahagian atas di dalam rantaian makanan, jadi kelangsungan hidupnya tidak terancam oleh haiwan lain dan juga haiwan pemangsa yang lain.

Namun begitu, Harimau Malaya amat terancam oleh kegiatan manusia seperti projek pembangunan komersial, peruntukan tanah untuk pertanian dan pemecahan habitat. Selain itu, harimau Malaya juga turut diburu untuk dijadikan barangan perhiasan, penggemar makanan eksotik serta dagingnya juga dipercayai mampu dijadikan ubat-ubatan tertentu.

Jadi, akibat pencerobohan dan sifat ketamakan oleh segelintir manusia juga telah membuatkan harimau Malaya ini semakin pupus.

5. Hanya 50% Anak Harimau Berjaya Hidup Selepas 2 Tahun

Hanya 2 hingga 5 ekor anak harimau Malaya dilahirkan setiap kelahiran tetapi hanya separuh daripadanya yang akan bertahan dalam usia 2 tahun.

Harimau Malaya selalunya akan melahirkan anak-anaknya di dalam sebuah gua. Namun, disebabkan statusnya yang terancam punah pada masa kini, terdapat juga pusat pembiakan besar di Malaysia untuk membantu mengekalkan populasinya agar semakin bertambah.

Beberapa harimau Malaya juga telah berjaya dibiakkan di pusat ini dan anak-anak harimau tersebut telah dihantar ke zoo serta di pelbagai pelosok dunia untuk melindungi spesies harimau ini.

Ada juga yang telah dihantar ke beberapa pusat pembiakan di negara lain untuk melindungi spesies harimau Malaya ini.

6. Mereka Juga Boleh Memakan Gajah

Harimau Malaya akan menikmati makanan buruan mereka seperti rusa sambar, babi hutan, babi berjanggut, tapir, kambing, monyet, badak dan gajah pun mereka boleh makan.

Justeru, apabila terdapat anak gajah yang berkeliaran bersendirian di dalam hutan, pasti ia akan menjadi mangsa buruan harimau Malaya. Harimau Malaya juga terkenal dengan sikap suka memakan haiwan ternakan seperti biri-biri, kambing dan lembu yang sering menjadi masalah bagi para petani tempatan.

7. Penduduk Tempatan Mengelarnya Dengan Nama Pak Belang

Biasanya semua orang mempunyai nama panggilan. Harimau Malaya juga tidak terkecuali diberi nama gelaran oleh masyarakat di Malaysia. Salah satu nama panggilan harimau ini adalah Pak Belang, kerana warnanya yang berbelang-belang.

harimau malaya
Imej via [rojakdaily]

8. Ia Tidak Sama Dengan Harimau Dari Spesies Indochina

Sebelum tahun 2004, harimau malaya telah diterima secara meluas sebagai subspesies harimau Indochina, Panthera tigris corbetti. Namun selepas itu, harimau Malaya telah diklasifikasikan kembali sebagai spesies yang tersendiri.

Harimau Malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand sahaja tetapi tidak terdapat dimana-mana kawasan di negara yang lain.

9. Nama Saintifiknya Tidak Diiktiraf Oleh Malaysia

Komuniti saintifik antarabangsa mungkin mengenali harimau ini sebagai Panthera tigris jacksoni yang dinamakan sempena harimau terkenal Peter Jackson. Tetapi di bawah Persatuan Taman Zoologi Malaysia dan Aquaria (MAZPA), harimau Malaya telah dinamakan dengan nama saintifiknya yang tersendiri iaitu Panthera tigris malayensis.

10. Haiwan Kebanggaan Bagi Negara Malaysia

Apabila melihat lambang jata negara Malaysia, anda akan melihat dua ekor harimau Malaya sedang berdiri gah di kiri dan kanan jata negara kita. Perasan atau tidak? Selain itu, di logo bolasepak Malaysia juga turut menggunakan gambar harimau Malaya.

Ia merupakan simbol dimana harimau malaya ini sangat kuat dan gah. Semangatnya kita bawa, tetapi sayang ia hampir pupus.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab dalam memulihara populasi harimau Malaya ini. Ayuh sama-sama kita menjadi masyarakat prihatin dalam memerangi jenayah hidupan liar. Jangan biarkan ngaumannya menjadi sepi dan hilang begitu sahaja.

Jom baca juga idea pelamin simple, cara guna kad kredit dan bilik tidur lelaki.

Rujukan

  1. 10 fakta menarik tentang harimau malaya. https://harimau.my/10-fakta-menarik-tentang-harimau-malaya/
  2. 11 fun facts about the malayan tiger https://sevenpie.com/11-fun-facts-about-the-malayan-tiger/
  3. 6 Interesting Facts About the ENDANGERED Malayan Tigers. https://sevenpie.com/11-fun-facts-about-the-malayan-tiger/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.