Nak tahu rahsia bisnes orang Cina.
Sedar atau tidak, kaum Cina di Malaysia memonopoli bidang perniagaan di Malaysia. Kedai runcit, gerai jual sayur, kedai barangan emas, pasar raya sehinggalah pasaran saham hampir majoritinya dikuasai oleh mereka.
Artikel kali ini berkongsi mengenai cara petani berbangsa Cina menguatkan pemasaran produk mereka melalui jaringan sosial dalam komuniti mereka.
Jom baca!
Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 30 juta yang merangkumi 91.9% warganegara dan 8.1% bukan warganegara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 67.4% merupakan kaum bumiputera, di mana 56.4% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 11% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, Baba dan Nyonya (Peranakan) dan lain-lain minoriti Bumiputera di Semenanjung Malaysia.
Manakala di Sabah, ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah yang mempunyai 33 kumpulan peribumi dan di Sarawak ia mempunyai 27 kumpulan peribumi.
Selebihnya, kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia terdiri daripada kaum Cina dan 7.3% lagi terdiri daripada etnik India dan kedua-dua etnik ini merupakan kumpulan minoriti di Malaysia.
Etnik Cina Malaysia terdiri daripada Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain.
Walaupun etnik Cina sudah diterima sebagai warganegara Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, namun hubungan kaum antara mereka dengan etnik Bumiputera masih lagi berada di paras yang sederhana.
Perasaan tidak selamat, didiskriminasi, dianaktiri, was-was dan syak wasangka antara mereka dengan etnik lain masih lagi wujud dan tergambar dalam wajah mereka.
Atas dasar tersebut masyarakat Cina melihat kesepaduan sosial dan semangat kekitaan dan Guanxi dalam kalangan mereka amat penting dalam menentukan survival kehidupan mereka terutamanya dari segi ekonomi, sosial dan politik.
Keadaan ini ditambah pula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak tahun 1971 oleh kerajaan Malaysia yang tidak begitu memihak kepada mereka dan lebih memberi fokus untuk membangunkan ekonomi etnik Bumiputera terutamanya etnik Melayu dalam sektor pertanian, perindustrian, perniagaan, pemasaran, perkhidmatan dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan jaringan sosial atau guanxi dilihat sebagai falsafah atau pendekatan yang amat penting bagi para petani Cina dalam memasarkan hasil pertanian terutamanya dalam keadaan seperti:
Guanxi ini dikembangkan dengan kecerdasan, kreativiti dan dilengkapi dengan fleksibiliti. Konsep guanxi tertanam dalam falsafah Confusius melalui teori hieraki sosial yang menetapkan kod moral Cina yang menggariskan 5 hubungan iaitu antara pemerintah dan subjek, ayah dan anak, suami dan isteri, saudara-mara dan akhir sekali rakan-rakan.
Pada asasnya guanxi merujuk kepada hubungan adik beradik, peranakan, persaudaraan, rakan-rakan dan mereka berkongsi persekitaran, pengalaman dan matlamat yang sama
Jaringan sosial merupakan rangkaian perkongsian maklumat antara individu yang menyediakan nilai yang cukup untuk mewajarkan pengekalan hubungan antara kedua belah pihak berdasarkan matlamat atau faedah bersama.
Ahli falsafah Cina pula melihat jaringan sosial sebagai Guanxi iaitu satu ikatan jaringan individu atau “hubungan khusus” atau “jaringan berasaskan keuntungan antara dua atau tiga individu”.
Rangkaian ini lazimnya dikaitkan dengan interaksi sosial sama ada secara simbolik atau secara bersemuka ekoran perkembangan masyarakat daripada masyarakat yang bersifat Gemeinschaft iaitu masyarakat yang berkongsi nilai dan kepercayaan secara bersama kepada masyarakat Gesellschaft iaitu masyarakat moden yang terpisah dan mempunyai hubungan individu yang lemah.
Ahli ekonomi pula melihat jaringan sosial sebagai rangkaian hasil daripada interaksi sosial antara individu dengan masyarakat dan interaksi sosial ini wujud disebabkan oleh modal sosial dan pasaran.
Sehubungan dengan itu, rangkaian hubungan individu dalam masyarakat ini penting kerana ia akan menyumbang kepada kerjasama antara dua pihak yang berkaitan iaitu antara pengeluar dan pembeli dan hubungan antara pengeluar dan pembeli ini adalah saling lengkap-melengkapi.
Guanxi dibina daripada pelbagai faktor dan aspek seperti:
Kerjasama ini boleh dilihat dalam tiga bentuk iaitu secara:
Kerjasama dalam tiga bentuk ini seterusnya akan melahirkan satu konsensus untuk bekerjasama antara satu sama lain ataupun sebaliknya. Oleh sebab itu, rata-rata sarjana ekonomi melihat konsep jaringan sosial sebagai interaksi untuk mendapatkan keuntungan dan meluaskan pasaran.
Semakin luas saiz jaringan sosial seseorang individu tersebut maka semakin besar dan luas pasaran dan semakin kompleks hubungan tersebut.
Dalam guanxi, orang Cina akan menggunakan la guanxi (membina jaringan sosial atau hubungan) dengan orang lain secara sengaja untuk mencapai objektif yang disepakati secara bersama.
Orang Cina amat mementingkan “personal trust” atau hsin dan yi dalam konsep konfusian semasa menjalankan aktiviti perniagaan dan pemasaran produk hasil pertanian dan perkilangan.
Hubungan peribadi (guanxi) adalah hubungan yang paling menguntungkan antara dua atau lebih individu yang menyediakan bantuan yang berterusan sama ada dari segi nasihat, bantuan kewangan, sokongan moral dan sebagainya. Dengan erti kata lain, apabila etnik atau dialek mereka menjual hasil pertanian atau menjalankan perniagaan, mereka harus menolong mereka dengan membelinya.
Perasaan hasad dengki dan cemburu tidak ada dalam kamus kehidupan mereka. Malah dengan adanya “guanxi”, seseorang itu dapat mengakses sumber utama maklumat, sumber pengeluaran dan jaringan pemasaran termasuk melicinkan urusan seperti:
Guanxi boleh dirujuk sebagai hubungan sosial peribadi dalam kalangan orang Cina dan guanxi membawa kepercayaan dan keselamatan antara satu sama yang lain. Sehubungan dengan itu, guanxi amat penting dalam pemasaran hasil pertanian dan menguasai pasaran.
Hal ini kerana guanxi merujuk kepada hubungan antara individu dengan dua atau tiga orang individu yang lain.
Konsep jaringan sosial (guanxi) yang digunakan oleh petani Cina lebih menjurus kepada kesesuaian, kehendak dan keperluan petani Cina itu sendiri dalam usaha memastikan mereka terus kekal sebagai pengeluar utama hasil pertanian di pasaran tempatan dan juga sebagai senjata untuk menghadapi persaingan daripada syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam sektor yang sama.
Jemput juga baca artikel iLuminati dan tips bisnes modal rendah