Garrett Camp yang dilahirkan pada tahun 1978 merupakan seorang warga Kanada yang terkenal dengan revolusi perniagaan teknologi (technology venture) beliau. Inisiatif perniagaan beliau yang paling terkenal adalah Uber dan StumbleUpon, dua perniagaan teknologi yang beliau asaskan bersama. Beliau merupakan pengerusi untuk kedua-dua syarikat, Uber dan StumbleUpon buat masa sekarang.

Sementara itu, inisiatif beliau yang kurang dikenali termasuklah Expa dan Mix. Baru-baru ini, beliau juga telah melancarkan inisiatif baru di dalam arena matawangkripto, yang dipanggil Eco, yang dihasilkan untuk menangani kelemahan matawang digital sedia ada seperti bitcoin dan Ethereum.

Latar Belakang Pendidikan Dan Perniagaan Pertama

Garrett Camp telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) dalam Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Calgari yang dihadiri beliau dari tahun 1996 sehingga tahun 2001, yang kemudian dilanjutkan kepada Sarjana Sains (M.Sc.) dalam Kejuruteraan Perisian daripada universiti yang sama dari tahun 2001 sehingga 2005.

Semasa di universiti, Camp melancarkan StumbleUpon pada bulan November 2001. StumbleUpon merupakan sebuah portal pencarian kandungan dalam talian (online content discovery portal) yang berfungsi seperti enjin carian (search engine), namun ianya direka untuk menyesuaikan minat pengguna dengan menggunakan cadangan daripada rakan yang dihubungkan (connected peer) dan rangkaian sosial. StumbleUpon berpindah ke kawasan San Francisco pada tahun 2006, setelah berjaya mendapatkan dana pembiayaan daripada para pelabur.

Pada tahun 2007, Ebay Inc mengambil alih StumbleUpon dengan nilai sebanyak $75 bilion dan syarikat itu lagi sekali menjadi syarikat bebas selepas kejayaan perubahan haluan pada tahun 2009. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Camp mengetuai sebuah perniagaan yang berjaya dengan peningkatan lima kali ganda untuk pangkalan pengguna StumbleUpon yang merangkumi 25 juta pengguna pada tahun 2012.

Sekitar pertengahan tahun 2012, Camp meletakkan jawatan CEO untuk menjadi pengerusi untuk menumpukan perhatian kepada usaha niaga lain. Camp lagi sekali membeli kebanyakan saham syarikat pada bulan Ogos 2015 apabila StumbleUpon bergelut dengan hutang kewangan. Portal tersebut masih lagi kekal beroperasi, dan kini merupakan sebahagian daripada Expa.

Imej via Canadian Business

Pelancaran Uber

Pada awal tahun 2009, Camp dan Travis Kalanick, telah bersama-sama membangunkan syarikat rangkaian pengangkutan yang dipanggil UberCab, yang mana lebih dikenali di seluruh dunia kini sebagi Uber. Travis Kalanick kemudian menjadi CEO untuk syarikat tersebut. Perniagaan ini dilancarkan di kawasan San Francisco pada pertengahan tahun 2010, dan berkembang secara berperingkat-peringkat ke seluruh bandar-bandar Amerika Syarikat dan lokasi-lokasi antarabangsa lain.

Sepanjang tahun 2012, Uber telah menambahkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti UberX, Uber SUV dan UberTAXI. Camp juga telah melancarkan sebuah pilihan kongsi-perjalanan (ride-sharing option) pada awal tahun 2013, bagi memberi tumpuan dalam mengurangkan kos penggunaan teksi. Camp kekal berkhidmat sebagai pengerusi Uber, yang dikenali sebagai antara pemimpin yang merevolusikan perkhidmatan teksi-kereta sewa (cab-hailing) di seluruh dunia.

Pada bulan Mei 2013, Camp mengasaskan Expa. Expa berfungsi sebagai sebuah rangkain usahawan dunia yang membantu pembentukan perniagaan dan syarikat yang disokong (peer-supported). Sejak daripada penubuhannya, Expa telah berjaya melancarkan lebih daripada satu dozen usaha niaga, dan telah mengumpulkan dana pembiayaan sebanyak $150 juta.

Pada bulan Oktober 2015, Camp membuat satu percubaan baru terhadap pencarian kandungan (content discovery), yang agak sama dengan StumbleUpon. Beliau melancarkan Mix.com, sebuah portal untuk mencari kandungan yang paling menarik di dalam laman web untuk pengguna. Portal ini memilih keutamaan pengguna bersama-sama dengan cadangan daripada rakan dan pakar kandungan. Portal ini juga beroperasi di dalam telefon bimbit dan komputer pengguna. Mix.com dilancarkan di bawah inisiatif Expa, dan kekal beroperasi secara selari dengan StumbleUpon.

Masa Depan Eco

Usaha niaga yang paling terkini dan paling inovatif daripada Camp adalah Eco, sebuah projek matawangkripto yang direka dan dirangka oleh beliau. Satu lagi inisiatif ExpaEco direka untuk memperbaiki masalah yang timbul di dalam rangkaian matawangkripto yang terkenal, seperti masalah pengawalseliaan yang disebabkan oleh sifat tanpa nama (anonymous nature) pengguna matawangkripto, isu penggunaan kuasa tinggi yang dikaitkan dengan aktiviti perlombongankebimbangan tentang perkongsian yang saksama (atau tidak) untuk ganjaran blok untuk pelombong (block reward for miners).

Sekiranya projek Eco menjadi seperti apa yang dirangkakan, ia mungkin dapat mengubah arena matawangkripto sepenuhnya. Ia mempunyai potensi untuk berfungsi sebagai sambungan yang sangat diperlukan yang akan menghubungkan sistem kewangan yang terkawal dan tidak terkawal.

Akhir sekali, Garrett Camp disenaraikan pada kedudukan ke-422 di dalam senarai jutawan dunia untuk tahun 2018 oleh majalah Forbes, dan pada kedudukan ke-8 di dalam Kanada.

Jemput baca tentang pengasas Spotify dan kisah susu Farm Fresh

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.