Pakaian yang kita pilih semasa bekerja bukan sahaja mencerminkan keperibadian, namun ia adalah salah satu daripada lambang disiplin. Mungkin ada yang menganggap bahawa pakaian adalah sesuatu yang remeh namun tahukah anda, kredibiliti seseorang boleh dinilai daripada pemakaian? Hari ini kami akan kongsikan 15 etika pemakaian di tempat kerja sebagai panduan anda.
Setiap tempat kerja mempunyai kod etika pemakaian yang berbeza. Ada yang menyediakan pakaian seragam, ada yang mewajibkan pekerjanya memakai pakaian yang formal setiap masa, dan ada juga majikan yang membenarkan pekerjanya memakai pakaian kasual dan santai. Oleh itu, sebaik sahaja anda mendapat surat tawaran bekerja, pastikan anda mengetahui kod etika pemakaian yang ditetapkan.
Tak kira sama ada anda lelaki atau perempuan, pastikan rambut anda sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Bagi lelaki, rambut pendek adalah yang terbaik. Sikat rambut anda dengan rapi. Bagi wanita pula, jika anda berambut panjang, seeloknya ikat rambut anda atau pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan kemas, bukannya menggerbang.
Seperti mana rambut, kuku juga perlu dijaga dengan baik. Pastikan kuku anda berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Potong kuku dengan rapid an pastikan tiada kotoran atau daki yang melekat padanya.
Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilih pakaian yang sesuai dengan badan anda. Pastikan anda membeli pakaian dengan saiz yang betul. Pakaian yang kecil akan membuatkan ia terlalu ketat dibadan anda manakala pakaian yang besar akan menyebabkan anda seperti memakai kelambu.
Bagi wanita, pastikan anda bersolek dengan seadanya. Elakkan daripada memakai solekan yang terlalu tebal dengan warna yang terang. Tempat kerja adalah tempat anda mencari rezeki dan seeloknya pilih gaya solekan yang formal atau neutral.
Etika pemakaian di tempat kerja yang seterusnya ialah pilih pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Kita sebagai masyarakat timur sangat terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan. Jadikan amalan untuk memakai pakaian yang sopan ke tempat kerja.
Selain sopan, pastikan juga pakaian yang anda pilih adalah kemas. Pastikan tiada bahagain pakaian yang terkoyak. Pastikan juga pakaian anda diseterika dengan kemas dan tiada kedutan yang ketara kelihatan pada mata kasar. Bagi yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas. Bagi yang bertali leher, pastikan ia diikat dengan kemas.
Elakkan daripada mengamalkan imej yang selekeh ke tempat kerja. Di antara imej selekeh yang perlu anda elakkan adalah seperti:
Ramai yang tidak sedar bahawa pemilihan kasut juga sangat penting dalam etika pemakaian ke tempat kerja. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai, bersesuaian dengan persekitaran kerja anda. Jika tempat kerja anda bersifat formal, pakailah kasut yang formal setiap hari. Jika tempat kerja anda lebih kasual, anda boleh memakai kasut sukan atau snickers asalkan ianya masih kemas dan tidak selekeh.
Bagi wanita, elakkan daripada memakai kasut tumit yang terlalu tinggi dan berbunyi dengan terlalu kuat apabila anda berjalan. Ini kerana kasut jenis tersebut lebih sesuai untum dipakai semasa keluar berjalan-jalan, bukannya untuk bekerja. Elakkan juga daripada memakai boots separas lutut kerana ia langsung tidak sesuai dengan etika pemakaian ke tempat kerja. Apa yang paling penting, pastikan anda memilih kasut yang kemas dan tidak selekeh. Elakkan daripada memakai selipar ke tempat kerja.
Memakai wangian adalah baik. Begitu juga dengan deodoran. Ia akan mengatasi masalah bau badan dan dalam masa yang sama akan memastikan tubuh badan anda sentiasa harum. Namun elakkan daripada memakai wangian yang terlau kuat sehingga menusuk hidung mereka yang berada di sekeliling anda. Ia tidak sesuai untuk persekitaran tempat kerja.
Elakkan daripada memakai aksesori yang keterlaluan seperti:
Pilih warna yang lembut dan tidak terlalu terang. Elakkan daripada memakai pakaian dengan warna yang terlalu terang dan kontra. Ia bukan sahaja tidak sesuai untuk persekitaran bekerja malah boleh menggganggu konsentrasi rakan sekerja anda.
Jangan sesekali memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata semasa bekerja. Ia bukan sahaja tidak sesuai untuk persekitaran bekerja malah boleh menggganggu konsentrasi rakan sekerja anda. Selain itu, ia akan menjejaskan nama baik dan menyebabkan anda dipandang serong oleh orang lain.
Pakaian yang elegan adalah yang terbaik untuk anda pakai semasa bekerja. Ia melambangkan kredibiliti anda sebagai pekerja dan akan meningkatkan keyakinan majikan terhadap anda.
Jika anda seorang yang beragama islam, pastikan pakaian anda menutup aurat dengan sempurna memandangkan ia adalah tuntutan agama. Elakkan daripada membuat dosa semasa berada di tempat kerja.
Itulah dia info tentang 15 etika pemakaian di tempat kerja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang hak pekerja , pakaian formal wanita ke pejabat dan tuntutan Perkeso.