Apabila sudah ada kerjaya dan gaji sendiri, masa itu kita akan rasa penat lelah selama sebulan kerja itu akan hilang kerana ia dibayar dengan gaji yang setimpal kerja yang diberi. Duit gaji yang kita dapat itu, pasti kita akan membelanjakannya untuk kepuasan diri sebagai ‘self reward’.

Tetapi dalam masa kita seronok berbelanja secara ‘online’ atau di pusat membeli belah, kita tidak sedar bahawa kita telah berbelanja lebih dan tidak mengasingkan wang simpanan untuk masa hadapan. Hal ini boleh merosakkan kewangan kita dan membuat duit gaji yang diterima itu tidak cukup bagi kita. Sifat suka membazir ini amat berbahaya. Kita perlu elakkan sifat ini.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 perkara yang boleh merosakkan kewangan diri. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via Halalmoney

7 Perkara yang boleh merosakkan kewangan diri

1. Beli kereta lebih daripada kemampuan

Beli kereta tak salah. Tapi, yang salahnya bila ansuran kereta tu lebih daripada separuh gaji. Sedar-sedarlah diri tu ye. Ukur baju di badan sendiri.

Memanglah kau teringin nak pakai
Honda kan, tapi tengok balik diri, tenung slip gaji tu. Mampu ke tidak? Kalau rasa tidak, simpan dulu niat. Tangguhkan seketika.

Bagi lelaki, pakai jer dulu motor. Lagi jimat. Nak pergi tempat kerja pun tak jem. Kalau hujan, redah jer la. Macam la tak biasa kannn.

Kalau gegadis pulak, naik kereta lagi selamat. Tapi, pastikan kereta yang dibeli tu ikut kepada kadar kemampuan diri ye. Takut nanti nak beli tudung mahal, nak beli alat make up pun tak mampu, duit habis bayar ansuran kereta. Kakaka.

2. Bergaya hidup mewah

“Biar papa, asal bergaya”. Kau orang ikutlah pepatah nie. Memang nampak bergaya, tapi habuk pun tak ada.

Bergaya lah ikut kemampuan diri. Tak payah nak ikut orang. Ini tidak, kawan beli baju Adidas, kau pun nak jugak baju Adidas. Tapi, kau tak fikir, gaji dia RM6K sebulan, gaji kau RM2K je.

Tak berdosa pun kalau pakai baju murah, kasut murah atau jam murah. Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Biarlah orang nak cakap apa pun. Buat derk dah la. Bukan mintak duit dengan diorang pun.

3. Tawaran harga murah

Banyak tawaran harga murah buat kau tak senang duduk. Angka 70%, 80% menghantui tidur malam kau. Terus kau gunakan duit simpanan beli yang kononnya kau perlu sangat tu. Akhirnya, sepuluh jenis pasang kasut, 15 tudung, 20 baju selamat kau beli. Buat stok. Tudung punya lah banyak. Alih-alih pakai yang kau suka tu je.

4. Terlalu berhibur

Berhibur ni takde salahnya. Self Reward katakan. Tapi, jangan nak over sangat. Pandai-pandai la kau orang bajet.

Jangan pulak bila berhibur habis beratus-ratus, tapi nak simpan RM50 pun payah. Mula-mula kerja ni, tahan diri dulu. Gaji kau orang bukan banyak sangat. Ciput je.

Kalau rasa stress dengan kerja, pergi je joging, berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam ke, berhibur jugak kan? Duit tak habis, hati pun tenang dan damai.

5. Meneroka dunia

Masa muda-muda ni la nak travel, nak meneroka dunia la katakan. Apa orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak cara lagi kau boleh dapat pengalaman selain meneroka dunia ni.

Sekali-sekala nak pergi meneroka dunia tu tak salah. Tapi, kalau sampai tiap-tiap bulan? Kau fikirlah sendiri. Nak dapat pengalaman berharga konon. Pergi situ sini, orang tanya apa itu CCRIS pun tak tahu. Ingat banyak travel ni matang sikit. Tapi pakwe “bluetick” mesej WhatsApp pun nak sentap.

Yang lagi parahnya, pinjam duit kawan nak teroka dunia. Pastu, bila dah dapat pengalaman, buat-buat hilang ingatan. Tak ingat nak bayar balik.

6. Banyak beban hutang

Muda-muda dah banyak hutang. Hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang kereta, hutang Courts dan bermacam lagi jenis hutang kau kena bayar setiap bulan. Sampai nak menyimpan pun susah. Kalau tol pun boleh berhutang memang kau nak bayar hutang jugak.

7. Gajet terkini

Ada juga golongan yang jenis suka bertukar gajet ni. Nak mengikut arus pemodenan semasa katanya. Segala gajet terkini dia ada. Takut ketinggalan zaman. Padahal, bila nak call orang pun pinjam telefon kawan. Tak cukup kredit. Keluar IPhone terbaru tukar lagi.

Selagi kau boleh call, Whatsapp, bermuka buku tu, guna jer lah telefon yang ada. Tak payah nak ikut arus semasa sangatlah.

*Berikut adalah perkara-perkara yang boleh merosakkan kewangan diri sendiri. Semasa zaman belajar, ibu bapa kita boleh tanggung perbelanjaan hidup kita dan kita boleh kumpul duit dengan duit belanja yang mereka beri. Tetapi, setelah masuk zaman bekerja dan mempunyai duit sendiri, kita perlu berdikari menguruskan wang kita tanpa memerlukan bantuan ibu bapa kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.