Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

10 Diy Katil Kayu Pallet Menarik Hias Rumah Cantik Dan Jimat

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang diy katil kayu pallet menarik hias rumah cantik dan jimat yang mungkin anda berminat untuk cuba buat.

KewanganKemas kini terakhir: 31 Ogos 2020oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
Gambar katil buatan sendiri menggunakan kayu pallet untuk hiasan rumah.

Ringkasan Kunci

  • Kayu pallet diperolehi dengan meleraikan pallet kayu.
  • Terdapat pelbagai jenis kayu pallet dijual di Malaysia dengan harga berbeza.
  • Kayu pallet pine warna putih paling digemari kerana ringan dan ira cantik.
  • Membuat katil kayu pallet memerlukan bahan dan alatan tertentu seperti papan, bar, skru, dan gergaji.
  • Langkah membuat katil termasuk melicinkan kayu, menyusun pallet, menypray, dan memasang bracket.

Akhir-akhir ini projek DIY semakin mendapat tempat dihati para rakyat Malaysia. Salah satu daripada projek DIY yang semakin popular ialah DIY katil kayu pallet. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang diy katil kayu pallet menarik hias rumah cantik dan jimat yang mungkin anda berminat untuk cuba buat.

Dekorasi bilik tidur dengan katil kayu palet unik

Sumber: Lancareno

Apa yang dimaksudkan dengan kayu pallet?

Kayu pallet adalah kayu yang dileraikan daripada pallet kayu. Selain kayu pallet terdapat pallet jenis lain yang dibuat daripada plastik atau besi.

Kebanyakan pallet kayu yang dijual di Malaysia dari luar negara adalah jenis kayu pallet daripada kayu pine iaitu pokok yang banyak tumbuh di negara beriklim sejuk. Oleh kerana pokok ini tumbuh dengan banyak di sana, maka ia ditebang untuk dijadikan kayu pallet dan dieksport ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Terdapat pelbagai jenis kayu pallet dan ia mempunyai pelbagai warna.

Berikut adalah senarai kayu pallet dan anggaran harga untuk satu block kayu yang dijual di Malaysia:

  • Kayu Pallet Getah: RM15.00 sehingga RM25.00
  • Kayu Pallet Pine : RM30.00
  • Kayu Pallet Epal : RM40.00
  • Kayu Pallet Adik Epal : RM35.00
  • Kayu Pallet Stick : RM35.00
  • Kayu Pallet Plywood : RM40.00 untuk saiz besar dan RM25.00 untuk saiz kecil
  • Kayu Pallet Plastik : RM50.00
  • Kayu Pallet Keping : RM15.00
  • Kayu Pallet Lerai : RM2.50 untuk sekaki

Selain mempunyai pelbagai jenis, kayu pallet juga mempunyai pelbagai warna seperti putih , merah , hitam , kelabu & sebagainya. Kayu pallet yang paling digemari ramai di Malaysia ialah kayu pallet pine dengan warna putih dan ira yang cantik. Ia juga disukai ramai kerana ia sangat ringan. Kayu pallet menjadi pilihan ramai untuk membuat perabot kerana harganya yang murah berbanding material lain. Malah semasa pembuatan kayu pallet , kayu ni akan diproses secara kimia atau organic dengan tujuan untuk bunuh kuman pada kayu . Oleh itu ia akan tahan dengan lama.

Cara ringkas membuat diy katil kayu pallet

Secara amnya, untuk membuat katil diy kayu pallet, anda memerlukan bahan-bahan yang berikut:

  • 2 keping Papan dengan dimensi 250x30 cm untuk digunakan sebagai dinding sisi katil
  • 3 keping papan bersaiz 200x30 cm untuk digunakan pada bahagian depan, belakang katil dan kepala katil
  • 5 keping bar berukuran 4x4c dengan  kepanjang 200 sm untuk digunakan sebagai struktur sokongan katil dan kakinya
  • 27 keping selak bersaiz 150x4x2 cm
  • Skru dan aksesori lain bergantung kepada keperluan;
  • Varnish atau spray
  • Kayu

Selain itu, anda juga memerlukan alatan berikut untuk membina katil diy kayu pallet:

  • Pemutar skru
  • Jigsaw elektrik
  • Gergaji besi
  • Grinder
  • Kertas pasir
  • Pita pengukur

Setelah membeli kayu pallet pilihan hati dan mempunyai semua bahan dan alatan yang diperlukan, anda bolehlah mula membina katil idaman anda. Berikut adalah cara-caranya:

  • Licinkan kayu pallet. Anda boleh gunakan kertas pasir atau grinder. Tujuan melicinkan ialah untuk memastikan tiada bahagian yang tajam pada katil anda, terutamanya pada bahagian bucu. Selain itu ia juga untuk mengelakkan anda tercucuk selumbar semasa tidur di atas katil nanti. Langkah ini mungkin mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Banyakkan bersabar. Hasilnya pasti membuatkan anda terlupa dengan kepenatan yang terpaksa dilalui.
  • Susun pallet mengikut saiz katil anda. Untuk kilang bersaiz queen, 3 pallet sudah mencukupi. Ukur tilam anda sebelum membuat frame katil. Anda boleh ukur secukupnya saiz tilam atau anda juga boleh lebihkan saiz frame jika anda mahukan katil yang lebih besar daripada tilam.
  • Spray atau varnish kayu pallet. Tujuan langkah ini ialah untuk mencantikkan lagi kayu pallet. Anda boleh pilih sama ada mahukan spray yang clear di mana akan memberikan warna kayu pallet yang asal, atau anda juga boleh pilih spray berwarna sama ada gelap atau terang. Bergantung kepada pilihan anda.
  • Setelah spray kering, anda boleh potong kayu pallet kepada dua bahagian dan susun mengikut design katil yang anda ingin bina. Setelah sesuai menyusun, anda boleh pasang bracket untuk membentuk katil anda.
  • Pastikan setiap sudut katil anda adalah 90 darjah. Pastikan anda sentiasa mengukur bagi memastikan setiap sudut adalah 90 darjah dan berhati-hati semasa memasang katil. Jika sudut katil bukan 90 darjah, katil anda tidak akan kukuh dan tidak mampu untuk menampung beban berat anda semasa tidur di atasnya. Katil anda akan cepat bergoyang dan cepat patah.
  • Lekatkan kayu dengan menggunakan paku, skru dan gam kayu. Gam kayu adalah sangat penting bagi memastikan bahagian katil melekat dengan kukun sesame sendiri.
  • Apabila katil anda siap, bolehlah letakkan tilam, bantal, dan pasangkan cadar.
  • Siap!

10 idea diy katil kayu palet yang boleh anda cuba

Katil dan meja sisi DIY diperbuat daripada kayu palet

Sumber: Hias

Katil kayu palet hasil kitar semula yang menjimatkan

Sumber: Sini

Rekaan katil kayu palet moden untuk hiasan rumah

Sumber: Pinterest

Katil kayu palet dengan susunan ruang tidur selesa

Sumber: Pinterest

Katil kayu palet DIY dengan dekorasi terkini

Sumber: Pagarrumahunik

Idea katil kayu palet simple untuk bilik tidur

Sumber: Pinterest

Katil kayu palet dengan susunan tilam dan bantal santai

Sumber: Homeesthetechics

Katil kayu palet berketinggian dengan ruang simpanan

Sumber: Osuki

Rangka katil kayu pain dengan reka bentuk semula jadi

Sumber: Carousel

Rangka katil kayu pain double bersaiz 140x200cm

Sumber: Aprogroup

Itulah dia info tentang 10 diy katil kayu pallet menarik hias rumah cantik dan jimat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang deco bilik tidur dan tips renovate bilik air.

Rujukan:

1. Kayu Pallet

2. Facebook

3. Decorexpro

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.