Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Apa Itu Derivatif (Derivative)?

Di dalam kewangan, derivatif yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, "derivative", merupakan satu sekuriti yang harganya…

Istilah & KonsepKemas kini terakhir: 8 Mac 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi konsep kewangan derivatif dan aset asas dalam pasaran saham.

Derivatif (Derivative)

Di dalam kewangan, derivatif merupakan satu sekuriti yang harganya bergantung kepada atau diperoleh daripada satu aset asas atau lebih. Derivatif itu hanyalah satu kontrak di antara dua pihak atau lebih, dengan nilai yang ditentukan oleh turun naik aset asas.

Jenis dan Kategori

Kontrak hadapan (futures contract dan forward contract)OpsyenSwap

Contoh Ayat

  • Seorang pelabur Eropah membeli saham daripada sebuah syarikat Malaysia pada pertukaran mata wang asing, dalam contoh ini menggunakan Ringgit Malaysia untuk berbuat demikian, akan terdedah kepada risiko kadar pertukaran mata wang asing ketika memegang saham tersebut. Untuk melindungi nilai risiko itu, pelabur tersebut boleh membeli mata wang masa hadapan (currency future), untuk mengunci kadar pertukaran wang asing kepada kadar yang ditentukan untuk jualan saham dan penukaran semula ke dalam mata wang asing di masa hadapan.

Di dalam kewangan, derivatif yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “derivative”, merupakan satu sekuriti yang harganya bergantung kepada atau diperoleh daripada satu aset asas atau lebih. Derivatif itu hanyalah satu kontrak di antara dua pihak atau lebih, dengan nilai yang ditentukan oleh turun naik aset asas. Aset-aset tersebut boleh jadi saham, bon, komoditi, mata wang, kadar faedah dan indeks pasaran. Kebanyakan derivatif dicirikan dengan pengaruh yang tinggi. Antara jenis-jenis derivatif yang paling biasa adalah kontrak hadapan, (futures contract dan forward contract), opsyen dan swap. Oleh kerana derivatif adalah kontrak, maka hampir apa-apa sahaja boleh digunakan sebagai derivatif aset asas. Terdapat juga derivatif berdasarkan data cuaca seperti jumlah hujan dan bilangan hari cerah untuk kawasan tertentu. Selain itu, derivatif biasanya digunakan untuk melindungi nilai risiko tetapi boleh juga digunakan untuk tujuan risiko. Sebagai contoh, seorang pelabur Eropah membeli saham daripada sebuah syarikat Malaysia pada pertukaran mata wang asing, dalam contoh ini menggunakan Ringgit Malaysia untuk berbuat demikian, akan terdedah kepada risiko kadar pertukaran mata wang asing ketika memegang saham tersebut. Untuk melindungi nilai risiko itu, pelabur tersebut boleh membeli mata wang masa hadapan (currency future), untuk mengunci kadar pertukaran wang asing kepada kadar yang ditentukan untuk jualan saham dan penukaran semula ke dalam mata wang asing di masa hadapan.

Rujukan