Setiap hujung tahun pasti anda akan menerima dua bil iaitu cukai taksiran dan cukai tanah. Sebenarnya ada yang tidak dapat membezakan antara kedua-dua cukai tersebut.

cukai taksiran dan cukai tanah

Imej via Pixabay

Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai Cukai Pintu adalah yuran tahunan yang anda bayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Daerah.  Di mana rumah atau bangunan yang anda miliki berada.

Ia perlu dibayar dua kali setahun. Jenis hartanah yang dikenakan cukai ini adalah semua pegangan persendirian. Seperti bangunan kediaman, bangunan komersial, bangunan industri, tanah pertanian dan termasuk tanah kosong / lot tanah yang belum dibangunkan.

Cukai Tanah pula, adalah yuran tahunan yang perlu anda bayar kepada Pejabat Tanah di mana hartanah berada. Ia perlu di bayar sekiranya hartanah yang anda beli adalah hartanah yang telah mempunyai geran individu. Dan telah dipindah milik kepada nama anda.

Ia perlu dibayar setahun sekali. Lazimnya pejabat tanah akan mengeluarkan notis yang akan menyatakan bayaran yang anda kena bayar sebelum tarikh tertentu. Buat pengetahuhan anda, anda juga boleh membayar cukai tanah melalui Internet.

Perlu Bayar Cukai Taksiran dan Cukai Tanah

Kedua-dua cukai taksiran dan cukai tanah perlu dibayar. Cukai taksiran dua kali setahun dan cukai tanah sekali dalam setahun.

Cukai Taksiran

Majlis-majlis tempatan di negeri-negeri Malaysia mengenakan cukai taksiran terhadap pemaju yang menyediakan unit rumah kediaman.

Jumlah cukai taksiran tahunan bergantung kepada nilai tanah itu. Di mana dalam kebanyakan kes, kerajaan menentukan dengan jumlah sewa yang dibayar ke atas harta semasa setahun.

Apa-apa pembaikan atau penambahbaikan yang dibuat kepada bangunan atas tanah itu dan meningkatkan nilai bangunan akan ada kenaikan cukai taksiran.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, kadar cukai taksiran tidak boleh melebihi 35 peratus daripada nilai tanah pada tahun tertentu. Cukai taksiran dikeluarkan setiap 6 bulan.

  • Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) – 1 Januari hingga 28 Februari
  •  Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) – 1 Julai hingga 31 Ogos

Cukai ini terpakai kepada mereka yang menyediakan hartanah kediaman dan orang-orang yang menyediakan hartanah kediaman. Dengan mengiringi tanah ladang untuk tujuan pertanian.

Nilai Tahunan ditakrifkan  sebagai “ Anggaran Kasar Sewa Tahunan” yang munasabah. Dijangka   akan   diperolehi   dari   setahun   daripada   pegangan   yang   berkenaan   jika disewakan. Dengan   tuan   tanah   membayar   belanja   bagi   pembaikan,   insuran, penyelenggaraan dan segala kadar dan cukai awam.

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan

Terdapat pengecualian cukai taksiran bagi bangunan dan tanah berikut:

1) Rumah Ibadat (tempat awam untuk sembahyang)
2) Tanah Perkuburan atau krematorium awam
3) Sekolah awam
4) Tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains,sastera atau seni halus
dan bukan untuk mendapatkan keuntungan

Cukai Tanah

Cukai Tanah dikira pada kadar yang berbeza bergantung pada faktor seperti jenis, saiz hartanah dan juga negeri. Cukai Tanah dikenakan pada jumlah yang ditetapkan untuk setiap meter persegi dan ia berbeza mengikut negeri masing-masing.

Walaupun wajib oleh undang-undang persekutuan, kerajaan negeri menilai dan mengumpul semua cukai tanah. Kadar cukai tanah bergantung kepada penggunaan tanah. Di smaping itu, jumlah hektar dimiliki juga di ambil kira.

Kesimpulan

Oleh yang demikian perlulah kita membayar cukai taksiran dan cukai tanah. Ini juga untuk pembangunan tempat yang kita tinggal.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.