Carum KWSP sendiri bagi mereka yang bekerja sendiri seperti freelance, berniaga kecil-kecilan atau tiada majikan yang tetap boleh dilaksanakan. Ini adalah pilihan bijak untuk meningkatkan simpanan persaraan.
Panduan carum KWSP sendiri ini mudah dan boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah langkah-langkah dan panduan untuk mendaftar dan memanfaatkan caruman KWSP sendiri.
i-Saraan adalah salah satu skim caruman KWSP untuk mereka yang bekerja sendiri atau tiada majikan serta tiada pendapatan tetap. Dengan mencarum di i-Saraan, anda akan mendapat insentif kerajaan sehingga RM 300 setahun (namun ia bergantung pada kadar semasa).
Caruman sukarela membolehkan anda carum KWSP sendiri kerana ia terbuka kepada semua individu yang ingin menambah simpanan. Bagi skim ini, tiada diberikan insentif kerajaan tetapi ia fleksibel dari segi jumlah caruman.
Untuk mendaftar sebagai pencarum sendiri, anda mestilah mempunyai syarat kelayakan seperti berikut:
Jika belum mempunyai akaun KWSP, anda boleh mendaftar melalui:
Anda boleh pilih mana-mana cara daftar yang anda selesa dan mudah. Ini adalah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mendaftar.
Selesai mendaftar, anda boleh terus mula mencarum. Caruman yang dimaksudkan adalah anda boleh memasukkan sejumlah wang untuk caruman KWSP anda. Jumlahnya terpulang kepada anda sendiri.
Untuk pengetahuan anda, caruman boleh dibuat melalui beberapa saluran seperti berikut:
Mudahkan? Pilih saja mana-mana cara yang lebih sesuai dengan anda. Yang penting, anda boleh mencarum pada bila-bila masa sahaja yang anda inginkan.
Ada duit lebih sikit masukkan banyak, jika tidak masukkan berapa pun jumlah yang anda ingin carum pun, tidak mengapa. Namun ada jumlah minima yang perlu anda masukkan sebenarnya.
Minimum jumlah yang perlu anda carum sendiri adalah RM10 setiap transaksi. Manakala untuk jumlah maksimum pula adalah RM 100,000 setahun. Namun, ia bergantung kepada had semasa yang ditetapkan KWSP.
Sehubungan dengan itu, anda juga boleh memilih untuk mencarum secara bulanan atau tidak tetap. Senang kan!
Apabila bekerja sendiri, sangat penting untuk kita fikir bagaimana perancangan persaraan kita. Salah satunya dari segi simpanan kewangan KWSP.
Apabila mencarum sendiri, anda akan menerima manfaat-manfaat seperti berikut:
KWSP menawarkan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.
Walaupun menyimpan sendiri atau erti kata lain, bekerja sendiri dan sendiri yang mencarum. Tidak ada majikan yang carum untuk kita, tapi jangan risau. Anda tetap boleh memaksimakan simpanan KWSP. Berikut adalah tips yang boleh anda cuba buat.
Dengan caruman sendiri, anda mempunyai kawalan penuh untuk membina simpanan persaraan yang kukuh. Mulakan awal dan tambahkan simpanan secara berkala untuk masa depan yang lebih terjamin.
Ya, mencarum KWSP sendiri ini relevan dan memberi banyak manfaat, terutama untuk mereka yang ingin membina simpanan persaraan secara berdisiplin. Ia juga dapat dijadikan simpanan jangka panjang yang selamat.
Simpanan dalam KWSP ini dikawal selia oleh kerajaan. Ada juga layak dapat manfaat perlepasan cukai tahunan sehingga had tertentu (tertakluk kepada peraturan semasa LHDN). Ini memberikan kelebihan kewangan tambahan bagi mereka yang layak membayar cukai.
Semoga info-info ini bermanfaat.
Jom baca juga artikel berikut:
Tips beli kereta lelong wajib buat!
Tips kewangan untuk golongan muda.