Jika anda menggunakan Unifi, pastinya anda sangat risau sekiranya tidak dapat menukar password yang ditetapkan oleh kontraktor semasa pemasangan. Bukan apa, risau pula nanti ada yang menggunakan wifi anda secara percuma. Atau pun anda telah menukar password namun terlupa pula. Jangan khuatir, jom kami kongsikan cara tukar password Unifi berdasarkan jenis sebagai panduan anda semua.

Sumber: Unifi

Unifi PPPOE

Jika anda menggunakan Unifi jenis ini, ia adalah password yang anda pilih semasa melakukan pendaftaran. Oleh kerana password ini adalah pilihan anda, anda tidak dibenarkan untuk menuakr password secara online. Untuk menukar password, anda perlu menghubungi Unifi Customer Service atau dail 100 dari telefon bimbit anda. Operator akan meminta maklumat peribadi anda seperti nombor MyKad, nombor akaun, dan nombor telefon untuk pengesahan identiti.

TM Unifi Modem Router

Jika anda menggunakan Unifi jenis ini, mengikut rekod, kerap berlaku pencerobohan keselamatan atau security breach yang dilaporkan oleh pengguna. Ini kerana ada banyak alat mencuri wifi yang dijual di pasaran. Oleh itu anda perlu menukar password dengan kerap bagi mengurangkan risiko wifi anda dicuri orang. Cara menukar password anda ialah dengan cara menghubungi Telekom Malaysia pada talian 100.

Namun ada juga kes di mana pihak TM tidak berjaya mengesan router anda dalam sistem dan jika perkara ini berlaku, anda perlu menukar kata laluan secara manual dengan cara berikut:

  • Pertama sekali, pastikan router anda berfungsi seperti sepatutnya.
  • Buka browser dan kemudian taipkan 192.168.0.1 atau  http://192.168.0.1.
  • Tekan Enter.
  • Notification box akan keluar dan meminta anda untuk log masuk.
  • Untuk log masuk, anda perlu mengisi username dan password. Cara ntuk mengisi username dan password adalah bergantung kepada jenis router yang anda gunakan sama ada jenis Router D-Link warna Oren-Putih, Router RG-MARITIME warna kelabu, Router warna hitam berbentuk silinder, Router TP-Link yang mempunyai 2 atau 3 antenna atau Modem ZTE.
Sumber: Unifi

 Berikut adalah cara login mengikut urutan dan jenis router:

  • Untuk Router D-Link warna oren-putih, pada bahagian username anda perlu taip “admin” dengan semua huruf kecil sementara di  bahagian password anda perlu biarkan kosong tanpa menaip apa-apa. Tekan Enter dan secara automatic anda akan dibawa ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.
  • Bagi pengguna Router RG-MARITIME warna kelabu pula, pada bahagian username anda perlu taip  “admin” dengan semua huruf kecil dan biarkan kosong sahaja pada bahagian password. Tekan enter dan anda akan masuk ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.
  • Bagi pengguna Router berwarna hitam berbentuk silinder pula, pada bahagian password, anda perlu taip admin@xxx iaitu dengan menggantikan huruf “x” dengan empat digit kata laluan awal atau akhir emel anda yang telah ditulis pada bawah router anda. Kemudian, tekan Enter dan anda akan masuk ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.
  • Untuk Router TP-Link yang mempunyai 2 atau 3 antenna, apa yang anda perlu lakukan semasa log masuk yang pertama ialah  log dan pada bahagian username, taipkan “admin” dengan semua huruf kecil, sementara pada bahagian password pula taip adm@xxxx dengan menggantikan huruf “x” tersebut dengan empat digit password akhir email anda yang tertulis pada bawah router anda. Tekan Enter dan anda akan dibawa masuk ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi. Untuk  log masuk buat kali yang ke-2 dan seterusnya, tiada paparan username yang akan ditunjukkan. Anda terus masukkan kata laluan pada bahagian password.

Wifi Unifi

Jika anda adalah pengguna wifi Unifi, cara menukar password adalah bergantung kepada jenis router yang anda gunakan. Jom kami senaraikan cara untuk tukar password wifi Unifi bergantung kepada jenis router.

  • Router D-Link warna oren-putih dan lain-lain, pada skrin 1, lihat pada menu menegak di bahagian kiri laman, klik pada wireless setup. Kemudian anda cari tajuk manual wireless connection option dan klik pada kotak kecil manual wireless connection setup. Pada skrin 2 pula, cari tajuk WPA/WPA2 dan seterusnya cari kotak kecil bertajuk network key. Dalam kotak tersebut ada tertera password Ubah password. Masukkan password baru dengan minima lapan angka dan maksima sebanyak 32 angka. Akhir sekali klik kotak save setting.
  • Pada pengguna Router RG-MARITIME warna kelabu pula, apa yang perlu anda lakukan ialah pilih tab wireless yang terletak pada bahagian atas laman.  Anda akan dapat melihat paparan jadual pada laman dengan heading jadual dengan 3 Column iaitu: NO – SSID – Operation. Anda perlu klik pada butang Edit pada row No 1. Pada SSID, anda tukarkan huruf x pada xxxx@unifi kepada nama wi-fi yang anda inginkan. Sementara pada ruangan Preshared Key, masukkan password baru anda. Kemudian klik butang Submit. Anda perlu gunakan password baru untuk menyambung ke wi-fi setelah anda klik butang Submit ini.
  • Router TP-Link yang mempunyai 2 atau 3 antenna, anda perlu klik pada ruangan Guest Network yang terletak pada belah kiri laman. Untuk network name (SSID), isikan nama yang anda ingin guna untuk wi-fi tersebut. Kemudian tetapkan password baru anda. Klik save. Adna perlu masukkan password baru kedalam semua peranti yang akan menggunakan akses wifi tersebut.
Sumber: Adzriel

Itulah dia info  tentang cara tukar password unifi  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara menabung dan cara atasi mengantuk di tempat kerja.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.