Pada usia yang muda ini lah yang patut kita belajar cara menabung yang sihat dan boleh digunakan untuk masa akan datang. Duit tabungan yang kita simpan dari mula bekerja sehingga kita berhenti kerja, duit itu yang akan kita gunakan untuk menyara kehidupan di masa tua nanti.

Mungkin, sesetengah orang kata lambat lagi nak ke masa tua tapi kita tidak tahu perkara yang akan datang kelak. Jadi, kita perlu ajar diri untuk menabung walaupun sedikit. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Apabila duit tabungan kita meninggi sehingga ke bukit, waktu itu kita tidak perlu risau untuk menyara hidup di masa tua nanti.

Pada umur 55 tahun, berapakah sepatutnya duit simpanan yang perlu kita ada? Adakah RM50,000, RM70,000 atau lebih dari itu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara mempunyai tabungan yang sihat menjelang umur 55 tahun. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Tabungan sihat menjelang umur 55 tahun

tabungan sihat umur 55
Imej via Facebook

Ini adalah jumlah simpanan asas yang sihat untuk kita ada menjelang usia 55 tahun. Malangnya lebih dari 70% penyimpan di KWSP tiada simpanan sebanyak ini menjelang usia 55 tahun. Jika kita semak usia kita dan lihat simpanan kita belum capai seperti yang ditulis oleh #FinancialGlory ini. lakukan sesuatu segera.

Ingat jangan pernah rasa terlewat. Kawan kawan, Pembiayaan ASBfi boleh bantu anda untuk ada simpanan sebanyak ini jika anda bijak dan boleh urus kewangan sendiri. Paksa diri. Beli hartanah pada harga sekitar RM200,000 hingga RM350,000 dan jadikan tabungan dan pelaburan menjelang persaraan sebanyak ini.

Belajar ilmu saham dan pelaburan untuk kejar sejumlah RM228,000 tidaklah sesukar mana. Hari ini makin ramai orang muda ada kesedaran kewangan dan bijak jana lebih banyak wang. Menjelang kita bersara, RM228,000 mungkin menjadi sangat kecil. Apa kata kita sasarkan ada RM500,000 sebelum bersara?

*Belajar lah menabung dari muda kerana menabung dapat membantu kita di masa-masa kecemasan. Ikuti nasihat dari pakar ini untuk membantu kita dalam mengumpul harta dan meningkatkan duit tabungan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.