Anda sedang mencari-cari pelaburan manakah yang terbaik untuk kewangan anda? Salah satu daripada pelaburan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia ialah ASB. Ini kerana ia adalah simpanan yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Nak tak kalau kami kongsikan info tentang cara simpanan ASB yang anda boleh pilih?
Pelaburan ASB adalah antara pelaburan “fixed price” tetapi tidak “capital guaranteed”. “Fixed price” tetapi tidak “capital guaranteed” bermaksud jika kita melabur sebanyak RM1000, duit kita akan sentiasa ada RM1000 dalam simpanan walau apa pun yang terjadi. Duit kita takkan hilang. Ini adalah janji kerajaan.
Berbeza dengan pelaburan saham amanah lain yang tidak “fixed price” dan tidak “capital guaranteed” yang bermaksud tiada jaminan duit kita akan kekal ada dalam simpanan. Katakan kita melabur RM1000, esok mungkin pelaburan kita hanya tinggal RM900. Rm100 telah hilang kerana kejatuhan nilai seunit saham amanah tersebut sebanyak 10% mengikut harga pasaran biasa yang berubah-ubah.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan ASB sebagai harus atas alasan untuk memajukan ekonomi bumiputera di Malaysia walau pun ASB masih belum 100% patuh syariah. Ini kerana PNB sebagai pelabur institusi masih melabur dalam syarikat berkaitan kerajaan atau GLC seperti Maybank dan CIMB yang pastinya bukan syarikat 100% patuh syariah.
Cara pertama untuk menyimpan ASB ialah dengan membuat simpanan setiap bulan dengan duit poket kita sendiri. Kita boleh tetapkan berapa RM yang wajib disimpan setiap bulan atau boleh juga anda menyimpan mengikut kemampuan dalam satu-satu masa. Katakana ada duit lebih, anda simpan lebih. Jika anda kekurangan wang boleh simpan setakat yang termampu. Cara simpanan ini lebih fleksibel namun memerlukan disiplin diri agar mempunyai simpanan setiap bulan.
Cara kedua untuk simpanan ASB ialah dengan membuat simpanan ASB. Pinjaman ASB adalah pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan kepada pinjaman ASB akan dikira menggunakan kaedah pengurangan baki. Ia adalah cara kiraan yang sama seperti yang digunakan oleh Pinjaman Perumahan dan Deposit Tetap. Kebanyakan pinjaman ASB hari ini menggunakan kadar faedah terapung maka kadar faedah akan berubah mengikut kaedah faedah asas (Base Lending Rate atau BLR).
Di antara bank yang menyediakan pinjaman ASB ialah:
Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips pinjaman ASB untuk anda yang baru nak bermula:
1. Tetapkan matlamat pelaburan ASB
Anda mesti tahu apakah tujuan anda menyimpan wang di ASB. Adakah anda mempunyai target untuk membeli rumah, perbelanjaan perkahwinan, melancong ke luar negara, atau mungkin juga dengan target supaya anda mempunyai wang tunai sebanyak RM20,000 dalam masa 5 tahun. Adalah sangat penting untuk kita mempunyai matlamat pelaburan agar sentiasa berada dalam landasan yang betul dan tidak tersasar dari landasan.
2. Bezakan Antara Pelaburan ASB dan Pinjaman ASB
Maksud kami di sini ialah kita perlu pandai untuk membezakan di antara “force saving” dan simpanan ASB. Pinjaman ASB lebih menjurus kepada “force saving” di mana kita akan dipaksa untuk membuat bayaran dengan jumlah tertentu pada setiap bulan. Nak tak nak, mampu atau tak mampu kita perlu membuat bayaran. Sama seperti kita membuat pinjaman rumah dan kereta. Sementara pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB di mana kita akan menyimpan mengikut kemampuan dalam masa tersebut.
3. Pelaburan Ikut Kemampuan
Ukur baju di badan sendiri. Pastinya kita tahu sejauh mana kemampuan kita. Jangan sesekali buat pinjaman melebihi kemampuan semata-mata kerana tamak dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Jika kita hanya mampu untuk membuat simpanan ASB sebanyak RM500 sebulan, jangan ambil lebih daripada jumlah tersebut.
4. Pecahkan kepada pinjaman ASB dan simpanan ASB.
Anda juga boleh membahagikan wang anda kepada pinjaman ASB dan simpanan ASB. Sebagai contoh, jika anda mampu menyimpan RM500 sebulan untuk ASB. Apa kata anda pecahkan kepada RM250 untuk pinjaman ASB dan RM250 untuk simpanan ASB.
Pelaburan menggunakan pinjaman ASB masih lagi satu pilihan yang baik, asalkan kita bersedia untuk membuat bayaran bulanan pinjaman pada tahun pertama. Kita juga perlu sentiasa ingat bahawa risiko pelaburan adalah bergantung pada diri sendiri. Apa yang paling penting pastikan pinjaman ASB yang diambil adalah didalam kemampuan agar tiada masalah untuk membuat bayaran bulanan pada masa akan datang.
Itulah dia info tentang cara simpanan ASB yang perlu kita tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Sekarang anda dah tahu cara untuk menyimpan ASB. Bolehlah anda pilih salah satu cara yang terbaik untuk anda. Apa yang penting fahami kedua-dua cara dan kemudian buat penilaian mana satu yang paling sesuai dengan situasi kewangan anda.
Terima kasih kerana sudi membaca. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara mengumpul wang dengan melabur dalam ASB dan soalan lazim tentang ASB.
Rujukan:
1. Loan Strees
2. Thevocket