Semua orang berkeinginan untuk memiliki sebuah kereta dan berkahwin pada usia yang muda. Perkara itu tiada menjadi masalah kerana itu adalah sememangnya lumrah manusia yang penuh dengan keinginan. Tetapi yang menjadi satu masalah adalah kekangan wang.

Oleh sebab kekangan wang, kita tidak dapat menunaikan keinginan kita untuk memiliki sebuah kereta dan rumah. Harga kereta yang hendak dibeli juga sudah makan separuh duit gaji. Bagaimana pula komitmen-komitmen kita yang lain? Ketika inilah kita perlu merancang kewangan kita untuk mengumpul wang dengan cara yang bijak.

Melabur ke dalam ASBF dapat membantu kita untuk menyimpan wang dan dapat pulangan yang lumayan. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara mengumpul wang dengan melabur dalam ASBF. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via majalahlabur

Cara kumpul wang dengan melabur ke ASBF

Kebiasaannya bila dah ada gaji sendiri, keinginan untuk membeli kereta akan datang. Sudah penat naik motor kan masa di universiti dulu. Gaji RM2000 – RM2500 beli kereta. Kebiasaannya kereta Myvi.

Katakan ansuran bulanan kereta Myvi RM600. Tapi anda lupa kos sampingan yang perlu korang tanggung jika bela kereta ini.

Jika memiliki kereta:

Ansuran Kereta : RM600
Minyak : RM300
Bayaran Tol : RM100
Purata Penyelenggara : RM100
Purata takaful & cukai jalan : RM100

Jumlah kasar perbelanjaan = RM1200

Sebenarnya korang perlu berbelanja RM1200 sebulan untuk satu kereta Myvi. Kalau korang mampu dengan kos RM1200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Tak lama tiga tahun je.

Apa kata pakai je motor masa belajar kat universiti dulu. Buat pembiayaan ASB RM200K. Ansuran bulanan RM1080 target selama tiga tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk selepas terminate ASBF pada tahun ketiga?

Mohon ASBF RM200K tanpa takaful. Profit rate: 5.05%. Terminate selepas dapat dividen selepas tiga tahun.

Dividen terkumpul 3 tahun @ 7% setahun = RM45,000

Pulangan prinsipal @ 36 bulan=RM9234

Jumlah kasar simpanan tunai= RM54,234

Berbaloi tak korbankan kehendak pakai Myvi tadi dalam tempoh tiga tahun, boleh ada simpanan lebih RM54K? Kalau simpan sendiri RM1080 dapat RM38K sahaja.

Korang korbankan tiga tahun untuk buat ASBF dapat merancang masa depan yang cerah.

Dengan wang RM54K ini korang boleh mulakan kehidupan dengan baik berbanding kereta yang dibeli awal tadi yang mungkin jadi penghalang korang untuk terus melangkah.

Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit ni? Korang boleh;

-Buat deposit beli rumah

-Beli kereta terpakai

-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi

-Beli rumah lelong

– Simpanan kecemasan

*Selepas ini, setelah dapat sahaja gaji, cepat-cepat pergi melabur ke ASBF. ASBF adalah pelaburan yang selamat dan bijak. Tetapi setiap tahun profit rate akan berubah-ubah maka pelabur perlu selalu pergi periksa sama ada di online atau di cawangan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.