Kita selalu mendengar pakar kewangan berpesan agar sentiasa menyimpan duit setiap bulan walau pun sedikit. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pastinya tiada masaah untuk menyimpan. Namun bagi mereka yang bergaji rendah atau cukup makan sahaja, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Jom lihat cara simpan duit gaji rendah yang boleh anda amalkan.

Sumber: Maskulin

1. Main kutu

Sejak zaman sekolah lagi kiat sudah dengar tentang bermain kutu. Kalau zaman sekolah dulu mungkin kita bermain kutu dengan kawan-kawan sekelas dalam jumlah yang kecil seperti 10 sen seminggu. Kini apabila meningkat dewasa, pastinya anda biasa mendengar kawan sepejabat bermain kutu sesame sendiri. Jumlahnya adalah lebih tinggi, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Tahukah anda, bermain kutu adalah salah satu cara simpan duit yang berkesan bagi mereka yang bergaji kecil. Ini kerana dengan bermain kutu, anda akan mendisiplinkan diri untuk membuat bayaran pada setiap bulan. Sedangkan jika anda memilih untuk menyimpan sendiri, mungkin anda kurang berdisiplin dan akhirnya langsung tidak menyimpan.

2. Menabung ikut warna duit

Kita biasa menjumpai post viral di media sosial tentang cara menyimpan duit ikut warna duit. Ini adalah satu lagi cara menyimpan duit yang terbukti berkesan yang anda boleh cuba. Untuk menyimpan duit ikut warna adalah sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan ialah anda pilih not mana yang ingin anda simpan. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menyimpan not RM1. Oleh itu, mula hari ini, tiap kali anda mendapat duit berwarna biru, anda wajib menyimpan duit tersebut. Disiplinkan diri untuk tidak menggunakan duit berwarna biru.

3. Simpanan emas

Selain menyimpan duit ikut warna, anda juga boleh menyimpan duit dalam bentuk emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk 1 gram setiap kali duit anda mencukupi. Caranya ialah simpan duit setiap bulan. Apabila cukup sahaja, terus pergi ke kedai untuk membeli emas anda. Jangan berlengah dan jangan gunakan duit tersebut untuk kegunaan lain.

4. Semak semula belanjawan bulanan

Cara simpan duit gaji rendah yang seterusnya ialah dengan cara menyemak semula belanjawan bulanan anda. Lihat sama ada duit anda dibelanjakan dengan cara sewajarnya atau banyak dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah dan membazir. Jika banyak perbelanjaan tidak perlu, apa yang perlu anda lakukan ialah ubah cara anda berbelanja. Buang perbelanjaan yang bukan keperluan.

5. Selesaikan hutang dalam masa terdekat

Menyelesaikan hutang dalam masa terdekat adalah satu lagi cara simpan duit gaji kecil yang praktikal untuk anda. Apabila hutang berjaya diselesaikan, duit tadi boleh dijadikan sebagai wang simpanan. Jika anda mempunyai banyak hutang, mulakan dengan menyelesaikan hutang yang paling kecil dahulu memandangkan ia adalah jumlah yang paling kecil untuk anda sediakan. Selesaikan satu persatu hutang anda dan hiduplah dalam keadaan bebas hutang.

Sumber: Redaksi

6. Jangan buat hutang baru kecuali keperluan

Setelah berjaya menyelesaikan semua hutang, langkah seterusnya ialah elakkan daripada membuat hutang baru kecuali keperluan. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan? Sebagai contoh, kereta anda sudah terlalu uzur dan tidak selamata untuk membawa ahli keluarga semasa berjalan jauh. Ia adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Maka anda dibenarkan untuk membuat hutang baru. Jika anda ingin membeli kereta baru semata-mata kerana jatuh cinta dengan kereta terbaru atau sudah bosan dengan kereta sedia ada, itu bukanlah satu keperluan.

7. Gunakan motosikal untuk lebih berjimat

Tips seterusnya ialah dengan menggunakan motosikal untuk lebih berjimat, terutamanya jika anda tinggal di bandar besar. Untuk pengetahuan anda, menunggang motosikal ke tempat kerja adalah jauh lebih murah berbanding menaiki kereta. Dengan menunggang motosikal anda dapat berjimat dari segi minyak, tol, dan juga bayaran parking. Malah menunggang motosikal juga membolehkan anda sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Anda juga tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan mengurangkan stress yang anda alami.

8. Masak sendiri makanan di rumah

Cara simpan duit gaji rendah yang seterusnya ialah dengan cara memasak sendiri di rumah. Memasak sendiri adalah jauh lebih murah berbanding membeli makanan diluar, lebih-lebih lagi secara online dimana harga makanan biasanya lebih tinggi daripada biasa, dan mempunyai caj penghantaran. Bawa juga bekal dari rumah ke tempat kerja dan sekolah untuk lebih berjimat. Sebagai bonus, memasak sendiri juga akan memastikan kebersihan makanan yang anda makan.

9. Cari pendapatan sampingan

Anda juga boleh berusaha mencari pendapatan sampingan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Pada hari ini terdapat pelbagai cara untuk mencari duit sampingan seperti menjadi rider, berniaga online, homebaker, dan sebagainya. Buatlah apa sahaja yang anda minat dan berbakat. Pada peringkat awal mungkin anda akan sedikit struggle namun lama-kelamaan anda akan lebih selesa.

10. Berbelanja secara berhemah

Cara simpan duit gaji rendah yang terkahir ialah dengan cara berbelanja secara berhemah. Rancang perbelanjaan anda dengan baik. Catat setiap duit yang dikeluarkan agar anda tahu ke mana duit anda pergi. Pandai-pandailah membezakan di antara keperluan dan kehendak. Utamakan mana yang perlu dan elakkan dari membazirkan duit untuk perkara yang tidak perlu.

Sumber: Bukanaku

Itulah dia info  tentang cara simpan duit gaji rendah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara elakkan daripada jatuh sakit semasa jerebu dan cara untuk tidak tertipu dengan diri sendiri dari segi kewangan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.