Kadang-kadang kita suka melakukan sesuatu perkara itu mengikut perasaan dan tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Apabila kita hendak mula berubah dan ingin menyimpan sedikit daripada gaji kita pasti ada sahaja yang berbisik perkara yang tidak elok. “Kita kan muda lagi nanti-nati jelah simpan”

Kita pun akan mula mengikut kata hati dan tidak menyimpan walaupun RM50 sebulan. Kadang-kadang kita ingin self-reward tetapi cara kita salah kerana terus sahaja dapat gaji kita terus beli barang yang kita ingin. Dan bukannya dengan menyimpan sedikit demi sedikit kemudian, barulah kita beli barang yang diinginkan.

Bagaimanakah cara untuk kita tidak tertipu dengan diri sendiri?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara untuk tidak tertipu dengan diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Cara-cara untuk tidak tertipu dengan diri sendiri

cara tidak tertipu dengan diri sendiri
Imej via Facebook

1) Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Cari lebih dari satu sumber pendapatan untuk simpanan.

2) Sediakan dana persaraan sejak muda. Jangan tunggu tua baru hendak bermula. Semakin awal kita bermula semakin baik.

3) Jangan bergantung kepada dana pencen sahaja. Cipta dana pencen daripada unit amanah, hartanah dan saham. KWSP sahaja tidak cukup.

4) Rajinkan diri untuk membaca tentang kewangan, simpanan dan pelaburan.

*Berikut adalah cara-cara untuk kita tidak tertipu dengan diri sendiri. Jangan terlalu ikutkan hati dan cuba bertenang dahulu sebelum membuat keputusan. Fikir dahulu sebelum bertindak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.