Ramai yang nak menyimpan duit tetapi kerap gagal di tengah jalan. Salah satu faktor seseorang itu gagal dalam menyimpan duit adalah kerana tiada disiplin dan tidak menggunakan cara simpan duit yang efektif dan terbukti.

Mana tidaknya, hanya simpan suka hati dan tidak konsisten. Paling membosankan, kita hanya simpan duit bila rasa ada duit lebih sahaja.

Untuk pengetahuan anda, menyimpan duit juga melibatkan pelbagai persediaan bagi memastikan simpanan kita benar-benar ada dan banyak.

Jika dibiarkan, tak mustahil sampai bila-bila pun kita masih tidak ada simpanan yang banyak dan kukuh. Jom ikuti cara simpan duit yang efektif dan terbukti.

cara simpan duit
Imej via [huda-rhbbank]

#1 Sediakan Platform Simpanan

Jangan hanya fikirkan nak simpan wang, tetapi fikirkan juga dimana nak simpan wang. Jika salah tempat, pasti cepat habis wang-wang anda. Buatlah sistem simpanan yang efektif seperti menyimpan 10% di akaun ASB, Tabung Haji atau akaun simpanan yang lain.

Selain memperoleh nilai simpanan, anda juga beruntung kerana diberikan dividen oleh platform simpanan tersebut. Kemungkinan juga beberapa platform tersebut juga merupakan sebagai tempat pelaburan terbaik.

#2 Tabung Syiling

Mohon asingkan duit syiling dan duit kertas untuk simpan duit yang efektif dan terbukti. Pasti setiap hari kita akan menerima wang syiling selepas membeli barang bukan?

Setiap kali membeli barang dan menerima duit syiling, terus masukkan ke dalam tabung syiling. Percaya tak perumpamaan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit? Inilah yang harus anda lakukan!

Imej via [heaxabell]

#3 3 Jenis Akaun Bank

Wajib ada minimum 3 jenis akaun bank adalah cara simpan duit yang efektif dan terbukti. Sebagai contoh, anda mempunyai akaun bank Maybank, Cimb dan Hongleong bank.

Oleh itu, anda boleh mengasingkan seperti keuntungan perniagaan online atau pendapatan sampingan, duit gaji, duit belanja, duit simpanan mengikut jenis akaun yang berbeza.

Dengan cara ini juga, otak pasti sering berfikir untuk memenuhi wang-wang dalam setiap bank tersebut.

#4 Tabung Warna Wajib Wang

Cara ini mungkin berkesan sekiranya anda benar-benar berdisiplin. Setiap kali menerima wang kertas RM 5 yang bewarna hijau atau RM 10 yang bewarna merah, asingkan mengikut warna di tabung yang berbeza.

Sedar tak sedar, kita sudah mampu menyimpan beratus-ratus atau berpuluh ringgit untuk sebulan. Tetapi jangan pula suka-suka keluarkannya!

#5 Komitmen Autodebit

Jadikan hutang-piutang anda sebagai autodebit, bermaksud setelah gaji masuk, hutang terus dipotong. Oleh itu, tidak ada alasan lagi untuk anda lupa bayar hutang.

Biar hutang menjadi perkara pertama yang anda selesaikan kerana semakin lama tangguh bayar hutang, sampai bila-bila pun komitmen kita masih ada.

Namun begitu, jangan teragak-agak untuk asingkan wang untuk dijadikan simpanan walaupun hutang telah dibayar dan duit makin berkurangan. Fikir positif bahawa amat berbaloi untuk kita bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian.

#6 Invest Wang

Selain simpanan, pelaburan amat penting untuk menggandakan duit anda sekecil RM 10, tetapi anda harus memilih tempat terbaik untuk melabur.

Harus fahami konsep pelaburan adalah secara long term, yang penting sekali anda harus ketahui tempat pelaburan terbaik sebagai cara simpan wang yang efektif dan terbukti.

#7 Banyakkan Jana Pendapatan Tambahan

Salah satu cara simpan wang dengan efektif dan terbukti juga adalah dengan membanyakkan jana pendapatan tambahan atau membiarkan wang masuk ke akaun anda setiap hari.

Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk menerima wang masuk ke akaun anda. Oleh itu, pendapatan pasif penting sekali. Salah satu contoh pendapatan pasif boleh anda lakukan adalah pelaburan unit amanah, pelaburan saham, bisnes homestay dan lain-lain lagi.

Kesadaran Menabung Sejak Dini - Kompasiana.com
Imej via [kompasiana]

#8 Wujudkan Tabung Reward Dan Lain-Lain

Tahukah anda, reward adalah perkara paling menyeronokkan setelah kita penat bekerja dan mencari duit. Namun, tidak patut kita menggunakan semua duit tanpa melakukan simpanan wang pada bulan tersebut.

Automatiknya, kita boleh jadikan alasan kukuh untuk kita menyimpan wang secara efektif dan berkesan lagi adalah kerana kita ingin hadiahkan sesuatu kepada diri kita.

Maka, tabung-tabung ini adalah wajar untuk kita wujudkan. Antaranya adalah:

  • Tabung Percutian
  • Tabung Sedekah / Zakat
  • Tabung Saloon / Spa
  • Tabung Restoran Mewah
  • Tabung Shopping
  • Tabung Kecemasan
  • Tabung Balik Kampung
  • Tabung ibu ayah / keluarga

Banyak lagi tabung yang boleh kita cipta, asalkan semuanya meliputi gaya hidup kita. Yang pasti, tabung sedekah dan zakat jangan dilupakan kerana ia merupakan jalan terbaik untuk kita sucikan harga disamping menyimpan wang secara efektif dan berkesan.

#9 Tabung Jutawan (Paling Eksklusif)

Tak ramai yang buat tabung jutawan, kalau nak jadi jutawan, wajiblah buat tabung jutawan ini! Mana mungkin kita berjaya himpun duit berjuta-juta, nak masukkan dalam tabung biasa pun kita dah rasa kurang duit.

Jangan risau, tabung jutawan bukanlah untuk kita menyimpan duit semata-mata, tetapi ia adalah amalan jutawan yang harus kita lakukan. Amalan-amalan ini wajib dibuat hari-hari. Apabila kita terlupa lakukannya dalam sehari, maka anggaplah kita tidak menyimpan wang dalam tabung ini pada hari tersebut.

Tips tabung jutawan ini adalah rahsia besar antara jutawan-jutawan diluar sana dan juga dikongsikan oleh salah seorang jutawan kosmestik iaitu Nor Aini Zolkepeli.

Antara perkara yang harus kita penuhkan dalam tabung jutawan adalah:

  • Solat tahajud
  • Solat taubat
  • Sedekah selepas subuh
  • Berdoa dengan cara yang betul
  • Istigfar 10,000 kali sehari
  • Selawat 10,000 kali sehari

Jika kita letakkan niat untuk simpan duit yang efektif dan terbukti dan berusaha mengisi tabung jutawan ini, pastinya ia merupakan salah satu magnet rezeki untuk kita.

MUHASABAH Diri Kenapa Duit Tak Pernah Cukup, Hidup Sentiasa ...
Imej via [nona]

Itulah dia 9 cara simpan duit yang efektif dan terbukti boleh anda lakukan. Cara simpan duit gaya ini tidaklah sukar namun memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi dari diri sendiri.

Jom baca juga tempat simpanan untuk anak, biodata Dato Aliff Syukri, cara cari duit lebih dan biodata Dato Alha Alfa.

Rujukan:

  1. Tips Menabung Untuk Manusia Degil. https://gilahartanah.com/tips-menabung-untuk-manusia-degil/
  2. Ini 7 Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit Walau Gaji ‘Ciput’. Take Note Semua!. https://says.com/my/seismik/share-ini-7-cara-terbaik-untuk-simpan-duit-walaupun-gaji-ciput-take-note-semua
  3. 15 Cara Simpan Duit dan Tips Menabung dengan Mudah. http://surayaali.com/tips-menabung/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.