CCRIS adalah sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) diri atas permintaan.

CCRIS bermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Untuk mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membeli rumah daripada Bank, kita perlu pastikan CCRIS dalam keadaan yang baik. Jika tidak, pihak Bank tidak akan meluluskan pinjaman kita. CCRIS amat penting.

Anda juga boleh mendapatkan CCRIS secara online, hanya memerlukan 3 proses sahaja. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips mengelak wang deposit rumah daripada hangus. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

3 Proses mudah untuk dapatkan CCRIS

CCRIS
Imej via loanstreet.com

Proses pertama

Buka laman web : http://creditbureau.bnm.gov.my/download.html

-Download form Credit Report Request (CRR) Form [279KB, PDF]

-Print and isi borang permohonan itu.

🔘Dokumen yang diperlukan:

i. Salinan IC (jelas depan belakang)

ii. Dua Dokumen Sokongan

-Contohnya: Lesen memandu, Bil Utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit, EPF penyata KWSP (Rujuk senarai semak)

Proses 2

-Borang yang telah diisi beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui tiga cara.

i. Email: [email protected]

ii. Pos: BNMTELELINK, Jabatan LINK & Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.

iii. Fax: No: 03-21741515.

Proses 3

-Tunggu laporan CCRIS tu dalam seminggu. Semak email.

– File yang dapat tu perlukan kata laluan (password).

– Telefon pegawai BNMTELELINK di talian 1-300-88-546 pada waktu bekerja pada pukul 9.00 pagi – 5.00 petang untuk dapatkan password. Untuk pengesahan. Maklumat CCRIS ini milik individu.

*Sekarang anda boleh dapatkan CCRIS secara online dan tidak perlu keluar pergi ke cawangan BNM ataupun AKPK. Lebih-lebih lagi musim PKP sekarang tidak digalakkan keluar rumah. Ikuti 3 proses ini untuk mendapatkan CCRIS. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.