Anda ada hutang kad kredit dan tercari-cari cara pembayaran hutang kad kredit efektif dan tak terasa? Sedar-sedar hutang kad kredit anda dah habis. Jom kami kongsikan dua cara yang boleh anda cuba.
1. Bayar hutang satu kad dahulu
Lihat semula semua kad kredit yang anda ada dan lihat yang mana satu mempunyai hutang paling tinggi dan yang mana paling rendah. Anda boleh lakukan semakan secara online. Kemudian, anda boleh pilih salah satu daripada cara berikut:
Bayar kad kredit yang paling rendah jumlah hutangnya dahulu. Kerana ia paling cepat untuk dilangsaikan. Apabila hutang yang paling sedikit langsai, anda boleh bayar hutang kad kredit yang lain pula.
Atau pun anda pilih mana-mana kad kredit dan selesaikan yang itu dulu. Pastikan anda membayar kad kredit tersebut sehingga habis sebelum membayar kad kredit yang lain.
Atau pun anda juga boleh pilih untuk membayar kad kredit yang mempunyai nilai faedah yang paling tinggi. Lagi cepat anda selesaikan lagi kurang faedah yang anda perlu bayar.
2. Memindah baki kad kredit
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak beberapa faham dengan konsep pemindahan baki kad kredit. Kalau hutang kad kredit anda terlalu tinggi dan anda tak mampu untuk membayar balik dalam tempoh tertentu, memindahkan baki kad kredit adalah pilihan terbaik untuk anda. Bagaimana ia membantu? Anda pindahkan baki hutang dari kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad lain yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.
Apabila kadar faedahnya lebih rendah, secara automatik anda akan menjimatkan beratus-ratus ringgit setahun. Namun ada syaratnya. Anda perlu komited untuk membuat bayaran bulanan tepat pada masa semasa proses pindahan baki supaya tidak wujud kos tambahan. Pada masa yang sama, jangan gunakan kad baru kerana faedah rendah pindahan baki tidak boleh dipakai dalam situasi sebegini.
Memindahkan baki kad kredit ialah satu kaedah penyatuan hutang yang membenarkan anda menggabungkan beberapa baki faedah yang tinggi ke dalam satu kad kredit yang mempunyai kadar yang lebih rendah. Dengan cara ini, anda mampu membayar hutang kad kredit dengan lebih cepat tanpa meningkatkan jumlah pembayaran. Terdapat dua cara untuk menyatukan hutang iaitu:
Pindahan hutang dari kad kredit yang mempunyai faedah yang tinggi kepada kad yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran pemindahan baki sebanyak 3%-4% daripada jumlah yang dipindahkan.
Jika anda mempunyai ekuiti rumah, ia boleh digunakan untuk membayar hutang kad. Barisan kredit ekuiti akan menawarkan kadar yang lebih rendah daripada caj kad kredit anda namun dalam masa yang sama anda perlu membuat bayaran faedah ekuiti rumah yang dikecualikan cukai.
Jika anda memilih cara pemindahan baki, anda perlu berdisiplin dalam mengawal perbelanjaan dan elakkan daripada membuat hutang baru, selagi hutang sedia ada belum dilangsaikan.
Tips supaya anda tidak perlu membayar yuran dan caj yang tak perlu
Berikut adalah tips yang boleh anda gunakan supaya tak perlu lagi mambayar yuran dan caj yang tak perlu:
Bayar baki belum jelas anda sepenuhnya pada setiap bulan. Jika tiada baki tertunggak, bermakna tiada caj faedah dikenakan ke atas anda.
Ambil kesempatan dari Pelan Pemindahan Baki adalah salah satu cara untuk mengelak dari membayar banyak faedah. Jika anda mempunyai baki tertunggak yang tinggi dan sukar untuk dilangsaikan dengan bayaran bulanan, pastikan anda mengambil kesempatan atas pelan pemindahan baki yang ditawarkan oleh bank.
Ketahui dan sentiasa alert bila tempoh bebas faedah anda tamat. Ketahuilah bahawa kebanyakan kad kredit datang dengan tempoh tangguh atau bebas faedah di mana pembelian yang dibuat pada masa ini tak dikenakan caj faedah. Ambil kesempatan atas tempoh ini untuk berbelanja dan pastikan anda bayar baki sebelum tempoh bebas faedah tersebut tamat.
Minimumkan penggunaan pendahuluan tunai kerana anda akan dikenakan kadar faedah yang sangat tinggi. Seronok wantu mengambil namun siksa semasa membayar semula. Mungkin anda akan berasa menyesal di kemudian hari. Oleh itu pastikan anda menjadi seorang pengguna yang bijak semasa menggunakan pendahuluan wang tunai.
Bayar bil kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan Yuran Pembayaran Lewat. Bayar bil kad kredit anda tepat pada masanya, anda dah boleh berjimat sebanyak ratusan ringgit setahun.
Rekodkan perbelanjaan anda dan elakkan dari penggunaan melebihi had kredit anda. Ini kerana apabila anda melebihi had kredit, bank akan mengenakan Bayaran Lebih Had pada anda secara automatik. Ianya sangat merugikan. Anda boleh mengurangkan bayaran kad kredit jika tidak membayar yuran tidak perlu ini.
Jika anda menggunakan kad kredit dengan bijak dan berhemah, banyak wang yang boleh dijimatkan. Gunakan kad kredit dengan bijak keana dewasa ini ramai penduduk di Malaysia yang dinarai hitam dan diisytiharkan sebagai muflis disebabkan oleh penggunaan kad kredit secara semberono dan kurang bijak. Jika anda tidak mampu mengawal perbelanjaan dengan kad kredit, pilihan yang terbaik ialah dengan membatalkan kad tersebut.
Itulah dia info tentang cara pembayaran kad kredit efektif dan tak terasa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kadar faedah tahunan berkesan dan masalah kredit
Rujukan:
Bagaimana Nak Elak Bayaran Faedah Kad Kredit Dan Lain-Lain Caj. Imoney
Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda Imoney
Copy
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.