Tidak dinafikan bahawa pada zaman yang serba mencabar ini, gaji dari pekerja hakiki tidak mencukupi untuk menampung belanja hidup, lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Itulah sebabnya ramai yang mula melakukan kerja separuh masa atau part time untuk menambahkan pendapatan keluarga. Jom kami kongsikan 10 cara nak buat duit tanpa berhenti kerja yang anda boleh cuba.

1. Rider atau runner

Sumber: NST

Ini adalah kerja separuh masa yang paling popular pada masa ini memandangkan ia mempunyai permintaan yang tinggi. Anda boleh pilih untuk menjadi rider untuk syarikat ternama seperti Grab Food, Food Panda, Bungkus It, Lala move, dan sebagainya. Atau anda juga boleh membuat kerja sambilan sebagai penghantar untuk Poslaju dan J&T.

Atau anda juga boleh menjadi runner persendirian untuk membelikan barang dapur untuk merka yang tidak dapat lekuar dari rumah. Mungkin juga anda boleh jadi runner untuk menghantar order untuk home baker dan home caterer. Pendek kata, ada banyak peluang yang menunggu jika anda ingin menjadi rider atau runner.

2. Pemandu E-Hailing

Anda juga boleh pilih untuk menjadi pemandu E-hailing seperti grab. Anda boleh memandu secara sambilan pada hujung minggu atau pada waktu malam selepas waktu kerja. Mungkin anda tidak tahu bahawa pendapatan untuk pemandu E-Hailing boleh tahan juga, nak-nak lagi pada hujung minggu. Kalau anda rajin, anda boleh mendapat ratusan ringgit dalam sehari.

3. Home baker

Jika anda mempunyai bakat dalam bidang baking, apa kata anda gunakan bakat yang ada untuk mendapatkan duit tambahan. Kalau anda tidak pandai, ada banyak kelas PJJ online yang boleh anda pilih. Dengan bimbingan yang betul pastinya anda mampu menjadi home baker yang berjaya. Di antara menu yang selalu mendapat permintaan ramai dari home baker ialah:

  • Cream puff
  • Pavlova
  • Birnt Cheese cake
  • Fruit Pastry Cake
  • Cupcake

4. Home caterer

Selain menjadi home baker, cara buat duit tanpa berhenti kerja yang seterusnya ialah dengan menjadi home caterer. Hari ini ramai yang sibuk dan tidak sempat untuk memasak sendiri di rumah, namun malas untuk keluar. Mereka ingin makan masakan rumah tanpa perlu keluar dari rumah, maka ramai yang memilih untuk menempah makanan panas dari home caterer. Anda boleh ambil peluang keemasan ini. Anda boleh sertai kumpulan komuniti difacebook dan whatsap, kemudian iklankan produk anda di sana.

Pelbagaikan menu untuk menarik minat pelanggan. Upload gambar makanan yang disusun dengan menarik. Jangan lupa untuk menyertakan testimony pelanggan anda yang berpuas hati. Nak lagi menarik, tawarkan juga kuih-muih tradisional untuk pelanggan anda sebagai pakej dengan makanan yang dipesan.

5. Home tuition

Sumber: Erichhometuition

Kalau anda berminat untuk mengajar anak-anak, anda boleh menjadi seorang home tutor. Anda boleh adakan kelas pada setiap malam atau pada setiap hujung minggu. Menjadi home tutor bukanlah sesukar yang anda sangka. Anda boleh pilih sama ada ingin mengajar anak pada peringkat umur:

  • Tadika dan pra sekolah
  • Sekolah kebangsaan
  • Sekolah menengah

Pilih subjek yang anda selesa untuk mengajar dan beli buku teks serta buku latihan terkini untuk membantu anda mengajar.

6. Mengajar Al-Quran

Mengajar Al-Quran juga boleh dijadikan sebagai cara nak buat duit tanpa beerhenti kerja. Anda boleh mengajar Al-Quran dari rumah sendiri atau pergi ke rumah pelanggan, terpulang kepada keselesaan anda atau di atas permintaan pelanggan. Anda juga boleh pilih untuk mengadakan kelas pada setiap malam atau untuk hujung minggu sahaja. Malah anda boleh pilih sama ada ingin mengajar kanak-kanak sahaja atau termasuk pakej dengan dewasa.

7. Penggubah bunga

Hari ini, ramai ibu-ibu yang gila mendeko rumah. Salah satu daripada hiasan rumah yang menjadi perhatian ialah hiasan bunga tiruan. Anda boleh buat kerja sambilan sebagai penggubah bunga. Trend terkini ialah hiasan bunga orkid. Anda boleh ambil peluang dengan menjadi penggubah orkid dan jual dengan harga yang menguntungkan.

8. Personal shopper

Personal shopper adalah cara buat duit tanpa berhenti kerja yang sangat menyeronokkan. Apa tidaknya, anda shopping sambil bekerja. Shopping adalah terapi. Di antara personal shopper yang paling popular di Malaysia ialah personal shopper untuk barangan:

  • Ikea
  • Kaison
  • Genting Premium Outlet
  • Johor Premium Outlet

9. Servis mencuci rumah

Hari ini masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggung jawab sehingga tak sempat untuk membersihkan rumah. Ramai yang memilih untuk menggunakan khidmat membersihkan rumah pada hujung minggu. Ambillah peluang ini. Anda boleh tawarkan kerja membersihkan rumah dan kalau nak lagi menarik, tawarkan pakej membersihkan sofa dan karpet. Pastinya ramai yang ingin menggunakan khidmat anda.

10. Tukang jahit sambilan

Sumber: Hmetro

Anda pandai menjahit? Anda boleh mengambil upah menjahit pakaian. Terutamanya menjelang musim perayaan, banyak tempahan yang anda akan perolehi. Pelbagaikan fesyen pakaian yang anda tawarkan. Tambah ilmu anda dengan menyertai kelas PJJ online yang banyak ditawarkan pada hari ini. Ada banyak pola jahitan baru yang akan dapat anda pelajari.

Itulah dia info tentang 10 cara nak buat duit tanpa berhenti kerja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat duit dan cara buat duit di shopee.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.