Kita selalu dengar inflasi ekonomi negara, inflasi makanan dan inflasi perniagaan. Pernahkah anda dengar inflasi gaya hidup? Inflasi ini terjadi kepada generasi muda yang ingin hidup bergaya dan berbelanja untuk mencapai gaya hidup yang diimpikan.

Inflasi gaya hidup ini amat berbahaya kerana ia boleh membuatkan individu tersebut hilang simpanan dan berbelanja lebih daripada kemampuan. Perkara yang lebih teruk lagi adalah berhutang dengan bank dan susah untuk membayarnya semula.

Apakah cara-cara untuk mencegah inflasi gaya hidup ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara mencegah inflasi gaya hidup. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Inflasi gaya hidup

Situasi ini berlaku apabila ekonomi negara dalam keadaan stabil dan berlaku kenaikan gaji kepada semua pekerja. Setelah gaji naik, maka tarah kehidupan mereka juga akan naik dan mereka mula berbelanja dengan banyak. Permintaan untuk barang berjenama juga semakin meningkat kerana gaji yang semakin naik.

Namun, walaupun gaji naik, simpanan masih sama dan tiada keinginan untuk menaikkan wang simpanan. Hakikatnya itulah yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang.

cegah inflasi gaya hidup
Imej via Facebook

Cara-cara mecegah inflasi

1) Asingkan duit simpanan 20% daripada gaji.

2) Kurangkan perkara yang makan duit kita seperti makan makanan yang mahal dan berbelanja online.

3) Ulang cara 1 dan 2 setiap bulan sehingga kita tidak mampu bekerja lagi.

*Berikut adalah cara-cara untuk mencegah inflasi gaya hidup. Ingat, semakin tinggi gaji kita, semakin tinggi wang simpanan yang perlu kita asingkan. Ia bukan lah perkara yang mudah tetapi ia bagus untuk masa hadapan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.