Perniagaan online adalah pilihan utama masa kini apatah lagi era 2020 ini. Anda boleh bekerja dari rumah, menetapkan waktu bekerja anda sendiri, fokus kepada kehidupan anda dan dapat mengelakkan kos permulaan yang besar untuk berniaga.

Memulakan perniagaan online membolehkan perniagaan anda lebih mudah dijumpai sasaran dan berkembang. Bagi memulakan perniagaan online, anda perlu mengikuti proses yang serupa dengan memulakan perniagaan tradisional.

Berjaya dalam perniagaan online, berikut adalah 15 cara memulakan perniagaan online (tips dan tricks) yang harus anda tahu.

cara mula perniagaan online
Imej via [jmc]

1. Sahkan Idea Perniagaan Anda

Mulakan perniagaan online dengan menentukan bahawa anda harus mempunyai idea dan anda perlu mengesahkannya. Proses ini semudah berbual dengan calon pelanggan, mengajukan pertanyaan mengenai keperluan mereka dan sebagainya.

Tetapi, ketika memulakan perniagaan online, terdapat banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk menguji pasaran perniagaan anda. Penting sekali, fikirkan produk, jenama dan lain-lain lagi untuk dibawa dalam bisnes anda.

2. Lihat Melalui Ulasan Pelanggan

Tahukah anda, cara memulakan perniagaan online yang mudah adalah dengan mengukur minat pelanggan melalui tinjauan yang kompetitif. Di sini, anda dapat melihat bagaimana orang bertindak balas dan akan mengetahui tentang apa yang digemari oleh mereka ataupun tidak.

Ia akan memberi anda gambaran mengenai ukuran market yang aktif dalam membantu memajukan perniagaan anda.

3. Sediakan Laman Web Perniagaan

Tanpa menyediakan laman web penuh, anda juga boleh menjalankan iklan yang sederhana untuk menarik pelanggan, butiran produk atau jenis senarai perkhidmatan yang anda sediakan.

Berikan ringkasan ciri, harga dan lain-lain. Menyediakan laman web juga antara cara memulakan perniagaan online yang terbaik dari segi pemasaran produk.

4. Berbual Dengan Bakal Pelanggan Yang Berpotensi

Seperti yang telah disebutkan oleh kebanyakan pihak, salah satu cara memulakan perniagaan online adalah berbual dengan bakal pelanggan anda yang berpotensi.

Namun, jika anda tidak dapat berinteraksi dengan mereka secara langsung, pilihan lain adalah melakukan perbualan melalui online. Sebagai contoh, whatsapp, facebook, instagram ataupun messenger.

cara mula perniagaan online
imej via [kelasblogwebsite]

5. Buat Perancangan Perniagaan

Sekiranya anda sudah mempunyai potensi minat dalam perniagaan anda, inilah masanya untuk mula mengembangkan rancangan perniagaan anda.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan yang drastik sekiranya anda menghadapi masalah. Ingat, ini juga antara salah satu cara memulakan perniagaan online yang perlu dibuat oleh semua orang.

6. Menggunakan Pasaran e-dagang

Terdapat banyak pasaran e-dagang yang tersedia seperti eBay, Etsy, Amazon, dan sebagainya. Membangun perniagaan melalui salah satu pasaran e-dagang boleh menjadi lebih mudah, kerana anda harus membuat keputusan yang lebih sedikit dan anda tidak perlu membina laman web anda sendiri.

Walau bagaimanapun, beberapa laman web akan mengenakan caj berdasarkan jumlah senarai produk yang dijual. Cara mulakan perniagaan online juga adalah dengan menggunakan pasaran e-dagang.

7. Mengenali Lebih Lanjut Mengenai Cukai Tambahan Yang Dikenakan

Adakah anda menjalankan perniagaan dari rumah anda? Sekiranya anda menjalankan perniagaan online, berkemungkinan besar perniagaan anda dijalankan dari rumah. Betul tak?

Oleh itu, anda wajib mengira cukai tambahan yang dikenakan oleh pihak yang berwajib. Jika diabaikan tentang cukai tambahan yang dikenakan, pasti ia akan membawa masalah kelak dalam perniagaan anda.

8. Bangunkan Reputasi Untuk Diri Sendiri

Orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Berikan maklumat tersebut secara percuma ke laman web lain dan anda akan melihat lebih banyak traffik dan senarai produk anda di dalam search engine.

Ini juga antara cara memulakan perniagaan online untuk anda mendapatkan pembaca baru dan buat orang lihat perniagaan anda. Ingat, semakin banyak carian mengenai perniagaan anda di search engine, semakin popular perniagaan anda kelak.

cara mula perniagaan online
Imej via [dailyrakyat]

9. Melindungi Perniagaan Anda Dengan Insurans

Walaupun anda menguruskan perniagaan dari rumah, anda tetap harus memikirkan tentang pengambilan insurans dalam melindungi perniagaan anda.

Ia amat penting bagi melindungi perniagaan anda dari segala musibah agar tidak menamatkan perniagaan anda bahkan sebelum memulakannya. Oleh itu, adalah amat baik untuk anda membeli insurans perniagaan tambahan. Kos yang dikenakan pula bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh pihak insurans.

10. Cari Sokongan Teknikal Yang Tepat

Hampir semua perniagaan dapat memanfaatkan teknologi pada masa kini. Oleh itu, jangan lupa untuk mencari sokongan teknikal yang tepat. Ia merupakan antara cara memulakan perniagaan online dengan lebih teratur dan kemas. Tanpa bantuan sokongan teknikal yang tepat, pasti ianya akan membawa masalah dalam perniagaan anda.

11. Memilih Nama

Memilih nama syarikat adalah cara memulakan perniagaan online perlu anda lakukan. Fikirkan nama perniagaan anda yang jelas dan muktamad. Nama perniagaan anda adalah salah satu bahagian terpenting dalam membentuk imej jenama anda.

Anda harus memilih nama perniagaan yang kreatif dan unik. Ingat, nama yang pelik juga dapat mempengaruhi antara naik dan turun perniagaan anda.

12. Buat Perbandingan Mengenai Pesaing Anda

Antara langkah tepat untuk memulakan perniagaan online adalah dengan membuat penyelidikan dan perbandingan mengenai pesaing anda. Ingatlah, bahawa melakukan penyelidikan pasaran adalah sangat penting untuk perniagaan anda.

Dengan melakukan ini, anda boleh memilih untuk menjadi berbeza dengan perniagaan yang sudah ada. Selain itu, anda juga pasti akan dapat mempelajari lebih banyak dari mereka dan menerapkannya ke dalam perniagaan anda.

cara mula perniagaan online
Imej via [bebasnews]

13. Daftarkan Perniagaan Anda Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Perniagaan dalam online juga perlu didaftarkan seperti perniagaan biasa. Dengan mendaftarkan perniagaan anda, anda akan memperoleh struktur yang menguntungkan dan ini merangkumi imej yang boleh dipercayai, insentif cukai dan penggantian yang berterusan.

Ia merupakan langkah memulakan perniagaan online secara sah di Malaysia, hanya perlu daftarkan perniagaan anda dengan SSM sahaja.

Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat SSM terdekat atau melalui portal dalam talian mereka. Setelah mendaftar, anda akan menerima Sijil Pendaftaran Perniagaan anda. Dengan adanya sijil SSM ini, ianya akan memudahkan cara memulakan perniagaan yang dijalankan oleh anda.

14. Buka Akaun Bank Perniagaan

Cara mula perniagaan online juga adalah dengan mempunyai akaun bank perniagaan agar anda dapat menjaga kewangan peribadi dan wang perniagaan secara berasingan.

Ini sangat penting jika anda menjalankan perkongsian dimana perniagaan tersebut dimiliki oleh dua orang ataupun lebih, kerana akan duit tersebut adalah duit syarikat, bukan duit peribadi anda.

15. Pemilihan Produk Yang Tepat

Produk adalah perkara yang sangat penting sebelum beroperasi secara online. Hanya produk dan perkhidmatan yang hanya mampu untuk diniagakan di pasaran online.

Untuk berniaga secara online, anda harus tahu dan kenal pasti adakah produk anda tersebut akan membawa impak yang besar kepada pelanggan anda. Cari kekuatan dan keunikan produk tersebut untuk ditekankan kepada pelanggan.

Kesimpulannya, senarai di atas merupakan cara memulakan perniagaan online yang perlu anda lakukan. Jika anda tidak mengambil serius akan perkara di atas, pasti perniagaan anda akan terjadi masalah dan stuck di tahap yang sama!

Jom baca juga idea pelamin simple, cara guna kad kredit dan bilik tidur lelaki.

Rujukan

  1. Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Dalam Talian https://www.kognifi.my/ms/pemasaran-ms/cara-memulakan-perniagaan-dalam-talian/
  2. Cara mulakan bisnes online https://kaksu.com/cara-mulakan-bisnes-online/
  3. Cara memulakan Perniagaan Online. https://gkerjaya.com/cara-memulakan-perniagaan-online/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.