Jika anda diberikan pilihan sama ada ingin memandu kereta manual atau automatik, yang mana satu menjadi pilihan anda? Ada yang sukakan kereta automatic kerana ai lebih mudah dan memberikan peluang untuk pemandu lebih relax. Namun ada juga yang lebih sukakan kereta manual kerena keseronokan bermain dengan gear dan klac, terutamanya bagi kaum lelaki yang gemar mengubah-suai kereta. Kali ini kami akan kongsikan cara memandu kereta manual sebagai panduan anda.
Rutin sebelum memandu
Sebelum memandu, adalah sangat penting untuk anda mengamalkan rutin berikut bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu dan akan memudahkan perjalanan anda tanpa sebarang masalah. Di antara perkara yang perlu anda lakukan ialah:
Periksa kenderaan anda. Di antara perkara yang perlu anda periksa ialah badan kereta, vermin hadapan, nombor pendaftaran, cermin sisi, cermin pandang belakang, cermin lampu kenderaan, lampu signal, tayar dan yang lain-lain.
Periksa bahagian dalam but hadapan kereta. Pastikan minyak brek, minyak enjin, tangki air radiator, tali sawat, bateri dan sebagainya berada dalam keadaan yang sepatutnya.
Rutin sebelum memulakan pemanduan
Sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta, jangan terus hidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum memulakan pemanduan iaitu:
Pakai tali pinggang keledar
Betulkan tempat duduk
Betulkan cermin pandang belakang
Periksa lampu hadapan, lampu belakang, lampu signal, lampu isyarat kecemasan, lampu-lampu pada meter kenderaan, dan hon.
Cara memandu kereta manual
Sekarang anda sudah bersedia untuk mula memandu. Untuk memandu kereta manual, berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan:
Pastikan gear kereta berada dalam keadaan bebas.
Tekan klac dengan kaki kiri dan hidupkan enjin kereta.
Lepaskan brek tangan.
Tekan klac sekali lagi dengan kaki kiri hingga jejak lantai kemudian masuk gear 1. Kemudian lepaskan klac sekitar 50% sahaja secara perlahan-lahan dan bukannya secara mengejut. Kenderaan anda akan mula bergerak ke hadapan secara perlahan.
Kawal stereng anda.
Untuk menukar gear 2, anda perlu tekan klac sehingga jejak lantai dan lepaskan pedal minyak sambil gerakkan gear untuk masuk ke gear 2. Kemudian lepaskan klac 100% dan tekan pedal minyak semula.
Proses ini adalah sama untuk menukar ke gear 3, gear 4 dan gear 5.
Untuk membelok masuk ke simpang, jangan lupa untuk melihat cermin pandang belakang bagi memastikan tiada kenderaan yang terlalu hampir dengan belakang kereta anda. Pandang juga cermin sisi untuk memastikan tiada kenderaan di sebelah tepi kereta anda. Berikan isyarat (signal) untuk anda membelok ke kiri atau ke kanan.
Belok masuk ke simpang secara perlahan-lahan. Jangan terlalu laju kerana dikhuatiri anda akan terbabas akibat tidak dapat mengawal kenderaan.
Cara untuk memotong kenderaan lain
Jika anda baru bermula memandu kenderaan, pastinya anda ingin tahu cara untuk memotong kenderaan di hadapan anda. Untuk memotong kenderaan lain, berikut adalah caranya:
Jika anda ingin memotong kenderaan lain, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah pastikan tiada kereta yang datang dari arah belakang anda. Pastikan kedua-dua arah adalah kosong dan selamat untuk anda memotong.
Sekiranya anda memandu di atas jalan raya yang besar dan lurus, sebelum memotong pastikan juga tiada kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan. Jika ada kenderaan dari arah hadapan, pastikan kenderaan yang datang itu cukup jauh untuk memberikan anda masa yang mencukupi untuk memotong dan masuk semula ke lorong anda.
Jika anda tidak yakin, tunggu sehingga tiada kenderaan dari hadapan. Jangan lupa untuk bagi isyarat ke kanan sebelum memotong supaya kereta belakang tahu anda ingin memotong.
Toleh kepala untuk memastikan tiada kenderaan datang dari arah belakang.
Belok kereta anda ke kanan dan tambahkan kelajuan untuk memotong.
Apabila anda yakin bahawa bahagian belakang kereta anda melepasi bahagian hadapan kereta yang anda potong dan ada jarak yang bersesuaian di antara kedua-dua buah kereta, anda perlu berikan isyarat ke kiri untuk masuk semula ke dalam laluan anda.
Cara untuk menghentikan kereta manual
Untuk menghentikan kereta manual, berikut adalah ada dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:
Jika kelajuan anda lebih daripada 30km sejam, tekan pedal brek sedikit demi sedikit untuk memperlahankan kenderaan. Tambah tekanan pada brek apabila kenderaan semakin perlahan sehingga pedal brek ditekan sepenuhnya dan kereta terhenti.
Kelajuan kelajuan kereta anda adalah kurang daripada 30km sejam, tekan klac dahulu dan kemudian tekan brek perlahan-lahan untuk memperlahankan dan menghentikan kenderaan.
Cara memandu kereta manual untuk menaiki bukit
Mendaki bukit dengan memandu kereta manual mungkin agak menakutkan buat anda. Untuk memandu menaiki bukit dengan kereta manual, caranya ialah:
Turunkan gear kepada gear yang lebih rendah agar kereta anda menjadi lebih ringan dan tidak terlalu berat sehingga menghalang anda daripada mendaki bukit tersebut.
Sebagai contoh, jika anda sedang memandu dengan gear 5, tukarkan gear anda kepada gear 3 agar anda dapat mendaki bukit dengan lebih lancar.
Itulah dia info tentang cara memandu kereta manual yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara bayar bil elektrik secara online dan cara tukar password unifi.
Copy
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.