Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Tak perlu lagi keluar rumah untuk menyelesaikan urusan harian termasuklah membayar bil elektrik. Jom kami kongsikan tiga cara bayar bil elektrik secara online sebagai panduan buat anda.

Sumber: Malaysiachinainsight

CIMB Clicks

Cara bayar bil elektrik secara online yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan menggunakan aplikasi kemudahan CIMB Clicks.  Untuk menggunakan cara ini, perkara pertama ialah anda perlu mempunyai akaun online banking CIMB Clicks yang aktif. Jika belum ada atau pun ianya sudah tidak aktif, anda boleh aktifkan akaun online banking anda. Langkah yang perlu anda lakukan ialah:

  • Log masuk ke akaun CIMB Clicks anda. Masukkan kata nama dan kata laluan yang betul.
  • Setelah berjaya log masuk. Seterusnya anda perlu klik pada butang Pay & Transfer.
  • Pada laman seterusnya, anda klik pada Pay Bills.
  • Pada ruang  To, akan tertera Biller Name. Di sini anda perlu masukkan biller name iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  • Pada bahagian From pula, untuk Account, anda perlu pilih akaun bank anda yang masih mempunyai baki yang mencukupi untuk membayar bil elektrik tersebut. Adalah sangat penting untuk memastikan anda mempunyai baki yang cukup didalam akaun.
  • Kemudian masukkan jumlah bil elektrik yang anda ingin bayar pada bahagian Amount
  • Pastikan nama bil dan nombor akaun adalah betul berdasarkan resit bil.
  • Kemudian, tekan Make Payment. Tahniah. Pembayaran bil elektrik anda berjaya.

Maybank2u

Cara bayar bil elektrik secara online cara kedua ialah dengan menggunakan Maybank2u. Untuk menggunakan cari ini, pastikan anda mempunyai akaun online banking Maybank2U yang aktif. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Login ke akaun Maybank2U anda.
  • Kemudian, anda klik pada butang PAY & TRANSFER.
  • Pada laman seterusnya, akan tertera ruang-ruang untuk diisi. Pastikan anda isi dengan maklumat yang betul.
  • Seterusnya anda perlu klik pada menu PAY.
  • Pada bahagian Pay From, pilih akaun bank anda.
  • Manakala pada bahagian ada Pay To pula, anda pilih JomPAY.
  • Kemudian, pada petak logo JomPAY, masukkan biller code yang boleh diperoleh daripada resit bil elektrik anda.
  • Seterusnya, klik Enter. Akan tertera pop-out untuk memasukkan maklumat lain. Pada Ref-1, masukkan nombor akaun TNB anda. Kosongkan ruang Ref-2.
Sumber: TNB
  • Pada bahagian Pay Amount, masukkan jumlah yang anda ingin bayar.
  • Klik pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Kemudian, klik butang PAY.
  • Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat yang telah anda masukkan untuk membuat pembayaran. Scroll ke bawah dan klik butang REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Anda akan menerima nombor TAC melalui SMS di telefon yang anda daftarkan.
  • Masukkan nombor TAC pada ruang yang disediakan dan tekan butang paling bawah untuk membuat pengesahan bayaran.Bayaran bil elektrik anda adalah berjaya.

 Aplikasi myTNB

Untuk menggunakan cara ini, pertama sekali anda perlu download aplikasi myTNB dari Google Play Store bagi pengguna Android, atau di App Store bagi pengguna iOS. Apa yang menarik, aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi selain membayar bil elektrik iaitu:

  • Paparan jumlah bil elektrik semasa
  • Paparan jumlah tenaga yang telah digunakan sehingga enam bulan sebelumnya.
  • Pengurusan akaun TNB yang lain.
  • Simpanan info kad kredit untuk bayaran dalam aplikasi.
  • Hantar maklum balas atau aduan berkaitan bil elektrik.

 Untuk membayar bil elektrik, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Buka aplikasi myTNB, pilih daftar akaun anda jika pertama kali anda menggunakannya
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Buat pengesahan dengan memasukkan nombor pin empat angka yang dihantar ke telefon pintar anda.
  • Kemudian, tambahkan akaun bil elektrik anda. Anda boleh memasukkan lebih daripada satu akaun bil elektrik, mudah kan.
  • Akaun anda akan terjana secara automatik jika nombor kad pengenalan anda adalah sama dengan nombor kad pengenalan dalam rekod  bil elektrik anda.
  • Sahkan butiran yang anda masukkan. Tekan Confirm.
  • Kemudian, tekan Get Started atau Mulakan, untuk ke langkah yang seterusnya. Masukkan akaun dan butiran bil elektrik secara manual atau scan dengan cara mengimbas barcode pada bil.
  • Setelah semuanya selesai, anda boleh login dengan menggunakan emel dan kata laluan tadi.
  • Kemudian anda pilih View Bill untuk memaparkan bil elektrik yang terkini.
  • Tekan Pay untuk bayar bil elektrik terkini anda.
  • Seterusnya, anda klik Add Card jika anda memilih untuk membayar bil elektrik anda dengan menggunakan kad kredit. Masukkan butiran kad kredit anda dengan betul. Atau anda juga boleh membayar bil elektrik semasa anda menggunakan online banking dengan servis FPX yang disediakan.
  • Ikut sahaja langkah pembayaran yang seterusnya, dan tunggu pengesahan pembayaran. Satu emel akan dihantar sebagai makluman bahawa pembayaran telah berjaya. Anda perlu simpan emel tersebut sebagai bukti bayaran dan rujukan pada masa hadapan.
Sumber: Youtube

Itulah dia info  tentang cara bayar bil elektrik online  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara daftar RFID , cara guna kad kredit dan cara berjimat-cermat.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.