Siapa kata kad kredit tidak penting dalam kalangan masyarakat. Kad kredit jika dilihat dari sudut positif, ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia akan memudahkan urusan kita semua.

Terdapat 7 cara guna kad kredit yang memudahkan urusan kita semua boleh kita lakukan. Selain penggunaan kad kredit yang memberi faedah kepada kita, anda juga boleh mengikuti tips dan tricks untuk menggunakan kad kredit dengan mudah tanpa terbeban. Jom lihat satu demi satu.

cara guna kad kredit
Imej via [hmetro]

1. Isi Minyak Kenderaan Dapat Cash Back Dan Jimat

Kad kredit boleh digunakan untuk mengisi minyak di mana-mana petrol station pada kadar jumlah yang anda inginkan selagi mana kredit limit masih mencukupi.

Cara guna kad kredit yang memudahkan urusan adalah dengan cara mengisi minyak kereta atau motor, hanya swipe sahaja dan tak perlu beratur untuk membayar.

Terima Pulangan Tunai

Selain itu, cara guna kad kredit yang lebih menjimatkan ini juga membolehkan anda menerima cash back ataupun pulangan tunai setiap bulan. Ini bermaksud, pada bil bayaran kad kredit, nilai kegunaan anda akan menerima cash back sebanyak 10% (contoh), oleh itu, anda perlu bayar bil kurang dari jumlah yang anda gunakan. Amat menjimatkan bukan?

2. Beli Barang Di Pasaraya Setiap Bulan – Terima Point

Cara guna kad kredit yang memudahkan urusan juga adalah beli barang di pasaraya setiap bulan hanya menggunakan kad kredit. Anda akan menerima point dari setiap jumlah ringgit yang anda belanjakan.

Point tersebut membolehkan anda mendapatkan vaocher dan manfaat- manfaat lain yang lebih jimat dan mudah. Salah satunya juga adalah dapat menebus kadar minyak kereta dengan lebih banyak lagi.

Beli barang dengan menggunakan kad kredit juga akan menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mendapatkan baki wang dan sebagainya. Makin banyak kegunaan kad kredit untuk pembelian, makin banyak point dan penjimatan.

cara guna kad kredit
Imej via [euroteil]

3. Guna Kad Kredit Untuk Bayar Tol

Tahukah anda, kad kredit juga boleh digunakan untuk membayar tol dengan mudah dan pantas? Anda tak perlu singgah ke RNR untuk topup touch and go dan lain-lain lagi. Anda juga akan terselamat daripada kesesakan lalu lintas.

4. Bayaran Ansuran Bulanan Untuk Pembelian

Sebarang pembelian seperti emas, barang elektrok, perabot dan lain-lain lagi membolehkan anda menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran. Pembayaran ansuran bulanan boleh dibuat dengan menggunakan konsep Ezycash

Anda akan membayar sejumlah yang telah ditetapkan dalam setiap bulan, ia adalah 0% interest bagi program ini. Malah, anda juga akan menerima manfaat ansuran bulanan serta faedah yang mudah dari kad kredit. Ini adalah cara guna kad kredit yang memudahkan urusan anda.

5. Bayar Bil Bulanan Dan Keperluan Rumah

Cara guna kad kredit yang memudahkan juga adalah dengan menggunakan kad kredit untuk membiayai bil bulanan dan juga keperluan rumah. Bil bulanan yang dimaksudkan adalah bil astro, bil internet, bil api air dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan ia adalah bil keperluan rumah.

Selain itu, lebih mudah juga untuk gunakan kad kredit bagi pembelian barang rumah seperti barang dapur, bahan masakan dan lain-lain lagi. Apabila cukup bulan, anda boleh buat bayaran semula ke dalam akaun kad kredit anda. Secara tak langsung, dapatlah anda kumpul point!

cara guna kad kredit
Imej via [anakbapak]

6. Bayar Bil Hospital

Bil hospital adalah perkara penting yang harus anda sediakan setiap masa kerana malang tidak berbau. Selain insurans atau pelan hayat, kad kredit sangat memudahkan urusan jika anda jadikannya sebagai salah satu kegunaan khas untuk membayar bil hospital.

Bagi anda yang mengalami masalah kewangan juga, anda boleh mendahulukan kad kredit dan kemudiannya membuat bayaran semula. Mudah bukan?

7. Kecemasan Seperti Kereta Rosak

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Sekiranya berlaku kecemasan seperti kereta rosak dan anda belum menerima pembayaran gaji, gunakan kad kredit adalah cara guna kad kredit yang memudahkan urusan anda.

Sama ada ingin membuat bayaran secara swipe sahaja ataupun terpaksa keluarkan cash, asalkan anda dapat membayar untuk perkara kecemasan seperti kereta rosak dan sebagainya.

Tips Dan Trick Guna Kad Kredit Untuk Memudahkan Urusan

cara guna kad kredit
Imej via [ariffshah]

Bayaran Penuh Kad Kredit

Selepas guna kad kredit, buat bayaran jumlah keseluruhan yang telah anda gunakan pada hari anda telah menerima gaji atau bayaran. Lebih baik lagi, setelah bil kad kredit keluar, anda boleh terus buat bayaran sepenuhnya.

Bayaran Minimum Penggunaan Kad Kredit

Sekiranya jumlah penggunaan kad kredit anda terlalu besar, anda boleh membuat bayaran kad kredit dengan jumlah minimum sahaja. Tidak menjadi masalah, namun jika berkemampuan, buatlah bayaran yang penuh untuk selesaikan hutang dengan cepat.

Manfaatkan Point Dan Cash Back

Dengan menggunakan kad kredit untuk pelbagai transaksi, secara automatiknya, dapatlah anda memudahkan segala urusan harian. Pasti anda akan menerima point dan cash back yang sangat banyak atas setiap transaksi kad yang dilakukan.

Dengan adanya point, cashback dan manfaat dari kad ini, gunalah sebaiknya. Dapatkan penjimatan dan faedah sepanjang mana ia membantu anda.

Ingat, jangan lupa juga untuk membayar jumlah penggunaan kad kredit anda. Dengan cara penggunaan kad kredit sebegini, pasti ia dapat memudahkan urusan anda sekeluarga, beroleh lebih penjimatan dan keuntungan.

Jom baca juga kisah benar inspirasi movie, biodata Rentap, semut charlie dan 8 jenis golongan asnaf.

Rujukan:

  1. Cara Guna Kad Kredit Yang Golongan Millenial Patut Tahu. https://www.comparehero.my/credit-card/articles/patut-tahu-tentang-kad-kredit
  2. Pengguna PLUS boleh bayar tol guna kad kredit, debit https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/08/594868/pengguna-plus-boleh-bayar-tol-guna-kad-kredit-debit
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.