Dalam pengagihan zakat, terdapat banyak kriteria yang perlu dilihat untuk memastikan setiap penerima tersebut layak ataupun tidak. Jadi, bukan hanya mendengar secara verbal tanpa siasatan, penyelidikan ataupun penelitian juga mesti di ambil.

Ianya adalah untuk memastikan agar pengagihan zakat ini kepada individu yang benar-benar layak termasuk dalam golongan asnaf. Sekiranya kita mahu memohon zakat, seelok-eloknya kita harus ketahui terlebih dahulu sama ada kita ini tergolong dalam golongan asnaf ataupun tidak.

Biasanya agensi zakat akan menentukan seseorang itu tergolong dalam golongan asnaf ataupun tidak, ia adalah berdasarkan Had Kifayah. Jadi sebelum kita melanjutkan dengan topik utama kita, jom kita ketahui serba sedikit mengenai Had Kifayah untuk perkongsian ilmu bersama.

Apa Itu Had Kifayah?

apa itu asnaf
Imej via [freepik]

Had Kifayah adalah merupakan satu pengiraan dan pengukuran untuk menentukan seseorang itu termasuk dalam golongan asnaf ataupun tidak. Kita juga perlu ketahui bahawa pengiraan bagi setiap negeri adalah berbeza.

Terdapat banyak aspek lain yang harus dilihat oleh pihak zakat untuk membolehkan dan mengambil kira keputusan pemohon adalah layak ataupun tidak dan ianya haruslah berasaskan pengiraan Had Kifayah.

Jangan risau kerana pihak zakat sentiasa bertungkus lumus dalam mengagihkan zakat dengan seadil mungkin berlandaskan syariat di dalam Al-Quran. Selalulah gunakan saluran yang betul sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zakat.

Jika kita menggunakan daripada saluran yang salah, dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Jadi, sekarang ini jom kita sambung kembali dengan topik asal kita.

Apa Itu Asnaf?

asnaf
Imej via [astroawani]

Asnaf adalah merupakan golongan yang menghadapi kesusahan hidup dan memerlukan bantuan zakat. Biasanya, golongan ini mempunyai pelbagai masalah dan sukar untuk mencari sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Golongan asnaf yang layak menerima zakat hanyalah daripada asnaf yang beragama Islam sahaja.

Pasti anda sudah mengetahui apa itu asnaf kan? Jadi, jom kita ketahui dengan lebih mendalam mengenai 8 golongan asnaf penerima zakat.

1. Asnaf Ibnu Sabil

Adakah anda mengetahui apa itu Ibnu Sabil? Jika anda belum mengetahui apa itu asnaf Ibnu Sabil, akan kami kongsikan dengan lebih terperinci mengenai golongan asnaf Ibnu Sabil ini.

Ibnu Sabil adalah merupakan daripada golongan orang Islam yang kehabisan sumber perbelanjaan semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat di jalan Allah mengikut kesesuaian hukum syarak. 

Syarat untuk golongan ini mendapatkan zakat adalah dari segi putus bekalan makanan semasa dalam perjalanannya, ditinggalkan dalam perjalanannya atau tidak mendapat kemudahan asas mencukupi semasa dalam perjalanannya.

Selain itu, mereka yang mengalami masalah sumber kewangannya tidak mencukupi untuk meneruskan perjalanan di jalan Allah S.W.T. juga layak menerima zakat.

2. Asnaf Fisabilillah

Asnaf Fisabilillah pula adalah merupakan mereka yang tergolong dalam golongan yang mempertahankan agama Islam.

Selain itu, golongan fisabilillah juga merupakan mereka yang berjuang menegakkan agama Islam dan juga mereka yang berusaha dan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam.

Kini, asnaf Fisabilillah boleh dikategorikan sebagai mereka yang melakukan aktiviti dalam mendirikan masjid, sekolah ataupun pusat tahfiz.

apa itu asnaf
Imej via [harakahdaily]

3. Asnaf Gharimin

Asnaf Gharimin merujuk kepada golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri sendiri dan tangungannya.

Selain itu, Gharimin juga merujuk kepada mereka yang berhutang untuk memenuhi kepentingan masyarakat dan tidak mampu untuk membayar balik hutang tersebut.

Mereka yang berhutang demi memenuhi keperluan asasi dan permasalahan keluarga juga termasuk dalam golongan asnaf Gharimin.

4. Asnaf Fakir

Asnaf Fakir adalah mereka yang tiada harta dan pendapatan yang mencukupi untuk diri sendiri dan keluarganya. Golongan ini juga terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti pakaian, tempat tinggal dan juga makanan.

Sebagai contoh seseorang itu memerlukan RM500 sebulan tetapi hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM150 sahaja.

5. Asnaf Miskin

Asnaf Miskin pula merupakan golongan yang mampu untuk nerusaha mendapatkan keperluan hidupnya. Namun pendapatan mereka tidak mencukupi sepenuhnya untuk memberi nafkah kepada keluarganya.

Sebagai contoh, seseorang itu memerlukan RM500 sebulan, namun hanya memperolehi pendapatan sekitar RM300 sahaja.

apa itu asnaf
Imej via [ominho]

6. Asnaf Amil

Amil boleh ditakrifkan sebagai mereka yang ditugaskan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan zakat. Ianya merupakan perkara daripada kutipan zakat sehingga peringkat pengedaran zakat.

Seperti yang kita ketahui, sistem zakat dibahagikan kepada dua unit asas, iaitu unit pungutan zakat dan unit pengedaran zakat. 

Biasanya, mereka ini juga layak menerima wang daripada zakat. Jadi, jumlah zakat yang diperolehi oleh mereka adalah mengikut jumlah yang tertentu.

7. Asnaf Riqab

Asnaf Riqab pula adalah mereka yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri. Maksudnya, Riqab ini adalah golongan hamba yang menebus dirinya secara berperingkat ataupun ansuran.

Contohnya, ada seseorang itu yang dijadikan hamba paksaan untuk bekerja selama tempoh tertentu, jadi beliau juga layak untuk menerima zakat. Namun, pada masa kini, sistem perhambaan sudah tiada lagi dalam masyarakat kita.

8. Asnaf Muallaf

Asnaf Muallaf pula adalah golongan yang baru sahaja memeluk Islam dan juga mereka yang baru sahaja menerima untuk memeluk Islam namun belum kukuh Islamnya. Jadi, mereka juga layak untuk menerima zakat.

Kesimpulannya, menjadi satu dosa besar dan kesalahan bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. Penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada individu lain merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

Wang tersebut juga haruslah diagihkan kepada asnaf yang sepatutnya dan tidak boleh dibelanjakan secara suka hati. Jom baca juga cara semak status bankrap, cara tuntutan perkeso dan cara bermain saham.

Rujukan

  1. 8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat https://amalbaktiramadhan.wordpress.com/renungan/8-golongan-asnaf-yang-layak-menerima-wang-zakat/

2. Kriteria Asnaf. http://www.ukm.my/zakat/agihan/asnaf/kriteria-asnaf

3. Beneficiaries of Zakat (Asnaf) https://www.muis.gov.sg/Zakat/About/Beneficiaries-of-Zakat-Asnaf

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.