Nak tak kalau kami kongsikan 10 cara menyimpan duit dengan bijak? Ini adalah cara menyimpan duit yang boleh diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dari pelajar sehingga mereka yang sudah bekerja. Malah ia juga sesuai untuk semua tak kira berapa banyak pendapatan anda setiap bulan. Yang bergaji kecil juga boleh mengamalkannya. Semoga bermanfaat!

1. Dapat gaji, terus menyimpan dan bayar hutang

Ini adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Sebaik sahaja mendapat duit gaji, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Bayar semua hutang dan komitmen seperti rumah, kereta, PTPTN, bayaran kad kredit, pinjaman peribadi, bil air, bil elektrik, bil pembentungan, dan sebagainya
  • Asingkan duit untuk simpanan. Berapa banyak wang yang perlu diasingkan untuk simpanan bergantung kepada kemampuan anda, namun nasihat kami anda perlu simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih bulanan.

2. Jangan gunakan kad kredit

Kad kredit kelihatan sangat bergaya. Malah anda juga akan berasa seronok membayar dengan menggunakan kad kredit memandangkan ia bukanlah duit yang akan ditolak dari akaun anda. Namun, penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan. Anda akan menyesal apabila tiba waktu untuk membuat bayaran.

Oleh itu, elakkan daripada menggunakan kad kredit. Usahakan untuk menghabiskan hutang kad kredit yang ada dan seterusnya batalkan kad kredit anda. Percayalah! Anda akan dapat menyimpan dengan lebih banyak apabila tidak mempunyai kad kredit.

3. Pandai bezakan di antara keperluan dan kehendak

Seterusnya, untuk menyimpan duit dengan cara yang bijak, anda perlu pandai membezakan di antara keperluan dan kehendak. Bukan semua benda yang anda inginkan, wajib anda beli. Sebelum membeli sesuatu, pastikan anda nilaikan terlebih dahulu sama ada barang tersebut adalah satu keperluan atau sekadar nafsu anda semata-mata.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta baru, nilaikan sama ada anda benar-benar memerlukan kereta baru atau sekadar untuk keseronokan diri. Jika kereta anda suda uzur dan sering rosak, maka kereta baru adalah satu keperluan. Jika ahli keluarga anda semakin bertambah dan tidak mampu untuk menampung keperluan anda seisi keluarga, ya. Kereta baru adalah keperluan. Namun jika kereta sedia ada masih elok dan selesa untuk anda sekeluarga, maka kereta baru hanyalah kehendak.

4. Rancang belanjawan bulanan

Setelah mengasingkan duit untuk simpanan dan selesai membayar semua hutang serta komitmen, kini tiba masa untuk anda menyediakan belanjawan bulanan. Pastinya anda sudah tahu anggaran belanja anda setiap bulan. Berapa total untuk minyak bulanan, berapa belanja untuk barang dapur, berapa pula belanja untuk lampin dan susu anak. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Senaraikan semua belanja seperti minyak kereta, tol, susu, lampin, barang kering dan basah untuk dapur, yuran taska, yuran tadika, dan sebagainya
  • Kemudian anda tulis berapa jumlah perbelanjaan bulanan. Sebagai contoh RM600 untuk barang dapur, RM200 untuk minyak kereta, RM200 yuran taska, dan sebagainya
  • Kemudian totalkan semua perbelanjaan bulanan.

Dari sini anda akan nampak berapakah jumlah perbelanjaan bulanan keluarga anda. Anda boleh kurangkan mana yang tidak perlu.

5. Pastikan anda mengikut pelan belanjawan bulanan dengan baik

Sumber: Nbcnews

Setelah mempunyai pelan belanjawan bulanan, tiba masa untuk mempraktikkannya. Pastikan anda disiplin dalam mengikut pelan belanjawan bulanan yang disediakan. Jangan membeli barang lain yang bukan keperluan melainkan ada lebihan wang.

6. Banyakkan memasak di rumah dan kurangkan makan di luar

Satu lagi cara untuk menyimpan duit ialah dengan cara memasak di rumah. Memasak di rumah adalah sangat menjimatkan berbanding makan di luar. Bukan itu sahaja, malah masakan rumah juga pastinya jauh lebih bersih, selamat, dijamin halal, dan lazat.

7. Tabung harian

Tips seterusnya ialah anda boleh menyediakan satu tabung harian. Setiap hari anda boleh masukkan RM1 ke dalam tabung tersebut, atau pun sebarang jumlah. Atau anda juga boleh masukkan duit baki dari berbelanja ke dalam tabung ini. Pada hujung tahun, anda boleh gunakan duit ini untuk bercuti, membeli barang yang anda ingini, atau masukkan ke akaun bank.

8. Tabung berwarna

Tabung berwarna bermaksud anda menyimpan wang mengikut warna pilihan. Katakana anda memilih duit berwarna oren. Maka setiap kali anda mendapat duit not RM20, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan duit tersebut. Sebaliknya anda perlu menyimpannya ke dalam tabung. Pecahkan tabung berwarna anda pada hujung tahun dan kira jumlahnya.

9. Tabung duit siling

Selain tabung berwarna, anda juga boleh sediakan tabung duit siling. Simpan duit siling yang anda perolehi semasa berbelanja ke dalam tabung ini. Jika anda terjumpa duit siling di atas lantai, usah dibiar. Kutip dan masukkan ke dalam tabung. Duit siling kelihatan seperti tidak mempunyai nilai, namun bak kata orang tua, kalau tiada 50 sen tak cukup RM100.

10. Tabung khas

Sumber: Adventureinyou

Akhir sekali anda boleh sediakan satu tabung khas untuk satu tujuan yang khusus. Sebagai contoh, katakana anda ingin membeli beg tangan berharga RM100 sebagai self reward memandangkan sudah 10 tahun anda tidak membeli beg tangan baru. Wujudkan satu tabung yang bernama Tabung Beg Tangan. Simpan duit ke dalam tabung ini sehingga cukup.

Itulah dia info  tentang cara menyimpan duit dengan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara guna kad kredit dan cara cari duit lebih

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.