Sedekah atau dalam bahasa Arabnya, Sadaqah, membawa maksud benar. Dari segi syarak pula, ia merupakan pemberian sesuatu kepada mereka yang memerlukan dengan seikhlas hari kerana Allah S.W.T.

Sudah tentu seseorang perlu menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Tahukah anda, terdapat banyak kelebihan sedekah yang telah terbukti sejak zaman zaman Rasulullah dan para sahabat lagi.

Sehingga kini, keajaiban sedekah yang masih lagi berlaku kepada segelintir individu. Jom lihat 5 kisah kelebihan sedekah menarik sebagai renungan bersama.

kisah kelebihan sedekah
Imej via [tzkrh]

1. Kisah Gadis Bersedekahkan RM2 Dan Dibalas Ganjaran 150 Kali Ganda Dalam Sekelip Mata

Kisah kelebihan sedekah ini adalah berkenaan dengan seorang gadis yang telah sedekahkan tiket KTM kepada seorang warga emas yang kebetulannya mahu ke destinasi yang sama.

Gadis tersebut adalah Ezzaty Amin yang baru sahaja mengikuti gathering dari Batu Caves untuk pulang ke Shah Alam. Semasa beratur untuk membeli tiket KTM, berdiri seorang pak cik tua di belakangnya lalu beliau mengambil keputusan untuk membelanjakan tiket tersebut kepada pak cik tua itu memandangkan destinasi mereka adalah sama.

Semasa di dalam KTM, mereka berdua masing-masing berborak mengenai kehidupan yang dilalui. Beliau berkata, pak cik tersebut memberikannya kad bisnes namun disimpannya terus ke dalam beg.

Pak cik tersebut mengatakan bahawa dia seorang mualaf dari Sabah dan turut meminta Ezzaty untuk tasmi’ bacaannya pada Surah Luqman (ayat 1 hingga 15).

Sebelum sampai ke destinasi, pak cik tersebut meminta untuk melihat buku yang telah dipegang oleh Ezzaty. Apabila tiba dirumah, beliau terkejut kerana terdapat wang terselit sebanyak RM300 di dalam buku tersebut. Ezzaty terus melihat kembali kad bisnes yang diberikan oleh pak cik tadi,

Rupa-rupanya pak cik tadi adalah seorang kapten dan pengarah projek untuk syarikat kejuruteraan marin. Lihatlah, tanpa diduga dengan bersedekah pasti Allah S.W.T. beri ganjaran secara cepat ataupun lambat.

2. Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya

Dalam Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, terdapat satu kisah kelebihan sedekah yang mendapat ganjaran pahala besar dari Allah S.W.T. Ia adalah kisah seorang lelaki yang telah tersilap memberi sedekah.

Diringkaskan kisah, Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada kita semua mengenai seorang lelaki soleh yang ingin memberikan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Niat lelaki ini adalah ingin bersedekah kerana Allah S.W.T. dan mahu melakukan sedekah tersebut secara keadaan sembunyi.

kisah kelebihan sedekah
Imej via [kompasiana]

Bersedekah kepada pencuri

Pada suatu malam, lelaki ini telah keluar untuk memberi sedekah dan dia memberikan sedekahnya kepada seseorang yang pada anggapannya adalah seorang yang miskin pada hakikatnya dia seorang pencuri.

Pada keesokan harinya, pencuri itu menceritakan kepada orang ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenali telah memberikan sedekah kepadanya. Akhirnya, berita mengenai sedekah kepada seseorang pencuri telah sampai ke telinganya dan menyebabkan lelaki itu berasa kecewa dan sangat sedih.

Bersedekah kepada pelacur

Dia berazam untuk melakukan sedekah yang lain kerana dia menganggap sedekahnya kepada pencuri itu menjadi satu perkara sia-sia. Pada malam yang kedua, dia keluar dari rumahnya untuk bersedekah sekali lagi dan dia telah memberikan sedekahnya itu kepada seorang wanita yang pada hakikatnya adalah seorang pelacur dan bukannya orang miskin.

Pada keesokan harinya, pelacur itu menceritakan kepada orang ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenali telah memberikan sedekah dan akhirnya berita mengenai sedekahnya kepada pelacur tersebut telah sampai ke telinganya. 

Ia menyebabkan lelaki itu terasa bertambah kecewa dan sedih malah berazam untuk melakukan sedekah sekali lagi kerana dia merasakan bahawa sedekahnya itu juga sia-sia.

Bersedekah kepada orang kaya

Pada malam yang ketiga, sekali lagi beliau keluar untuk memberikan sedekah namun telah memberi sedekah tersebut kepada orang kaya yang dianggapnya orang miskin. Berita tersebut juga tersebar luas sehingga telah sampai ke telinganya.

Mendengar berita tersebut, beliau pun bersedih sehingga bermimpi bertemu seseorang yang mengatakan bahawa sedekahnya telah mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan perbuatannya. Ketiga-tiga penerima sedekah tersebut juga mula berubah dan si kaya itu juga turut bersedekah.

3. Si Fulan Petani Yang Gemar Bersedekah Dengan Hasil Tanamannya

kisah kelebihan sedekah
Imej via [hadzrin]

Kisah kelebihan sedekah seterusnya adalah mengenai seorang petani bernama Fulan yang gema bersedekah akan hasil tanamannya. Pada zaman Rasulullah S.A.W., seorang lelaki telah berada di tanah lapang dan mendengar satu suara dari awan supaya menurunkan air untuk kebun si Fulan.

Lalu lelaki tersebut pun mengikut arah air itu ke satu arah yang akhirnya menemukan beliau dengan Si Fulan. Apabila lelaki tersebut bertanyakan mengenai suara yang mengarahkan untuk menyirami kebun Si Fulan tersebut, Si Fulan tersebut telah mengatakan bahawa beliau suka bersedekah dengan hasil tanamannya.

Lihatlah betapa hebatnya kisah kelebihan bersedekah ini sehinggakan ada suara yang mengarahkan untuk menyiramkan kebun si Fulan tersebut!

4. Kisah Suami Isteri Gandakan Wang RM100 Menjadi RM20 Juta Dalam Masa Tak Sampai Setahun

Kisah kelebihan sedekah seterusnya ini terjadi pada zaman kita dan pasti anda mengenali orangnya. Pasangan suami isteri ini adalah pengasas produk Fellina Beauty. Pasti anda tertanya-tanya apa kena mengena founder Fellina Beauty ini dengan kisah kelebihan sedekah ini.

Tahukah anda, pasangan ini juga amat suka bersedekah. Darilah staf-staf sehinggalah kepada peniaga pun akan disedekahkan oleh beliau. Kerana beliau percaya, dengan bersedekah akan mendapat beribu ganjaran. 

Akibat dari sikap beliau yang suka bersedekah, Allah telah mempermudahkan rezeki beliau sehingga dilimpahkan rezeki wang yang banyak serta dapat membantu ramai orang lagi.

Itulah dia 4 kisah kelebihan sedekah ramai tak tahu. Jom amalkan sedekah, mudah-mudahan menjadi asbab dipermudahkan segala urusan kita. Jom baca juga kelebihan sedekah, formula simpan duit, jenis-jenis sedekah dan kerja part time yang lumayan.

Rujukan

  1. Kisah lelaki yang bersedekah kepada pencuri, penzina dan orang kaya https://fitrahislami.wordpress.com/2014/02/18/kisah-lelaki-yang-bersedekah-kepada-pencuri-penzina-dan-orang-kaya/
  2. Kisah seorang gadis sedekah RM2 dan dibalas ganjaran 150 kali ganda sekelip mata https://says.com/my/seismik/kisah-gadis-ini-sedekah-rm2-dan-dapat-ganjaran-150-kali-ganda
  3. Kisah bos bujang yang suka bersedekah, bila meninggal burung-burung mengiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan https://www.remaja.my/kisah-bos-bujang-yang-suka-bersedekah-bila-meninggal-burung-burung-mengiringi-jenazahnya-hingga-ke-tanah-perkuburan/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.