“Convertible Bond” atau Bon Boleh Tukar merupakan satu bon yang boleh ditukar kepada satu jumlah ekuiti yang telah ditetapkan pada masa-masa tertentu semasa hayat bon tersebut. Kebiasaannya, pertukaran tersebut berdasarkan kepada budi bicara pemegang bon. Bon boleh tukar juga dikenali sebagai CV.

Syarikat menerbitkan bon boleh tukar sebagai salah satu cara untuk meminimumkan sentimen negatif pelabur terhadap tindakan korporat syarikat tersebut. Sebagai contoh, sekiranya sebuah syarikat awam memilih untuk menerbitkan saham, pasaran biasanya akan menganggap ianya sebagai satu tanda bahawa harga saham syarikat adalah agak terlebih nilai (overvalued).

Oleh itu, untuk mengelakkan tanggapan negatif seperti ini, syarikat boleh memilih untuk menerbitkan bon boleh tukar, yang mana pemegang-pemegang bon ini akan tetap menukarkan bon mereka kepada ekuiti sekiranya syarikat beroperasi dengan baik secara berterusan.

Pada pandangan atau perspektif pelabur, bon boleh tukar  mempunyai satu komponen tambah nilai di dalamnya kerana pada awalnya ia merupakan sebuah bon tetapi mempunyai pilihan saham yang tersembunyi di dalamnya. Walau bagaimanapun, bon boleh tukar cenderung untuk menawarkan kadar pulangan yang lebih rendah sebagai ganjaran kepada opsyen untuk menukarkan bon tersebut kepada saham.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.