Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Biodata Lionel Messi, Dari Akademi Kepada Bintang Dunia

Jom baca biodata Lionel Messi. Menurut majalah Forbes, Lionel Messi, penyerang bintang untuk sebuah pasukan gergasi bola sepak di Sepanyol, Barcelona FC…

InspirasiKemas kini terakhir: 18 September 2020oleh safwanrazaliDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Lionel Messi semasa beraksi di atas padang bola sepak.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Lionel Messi
Peranan
Penyerang Bola Sepak / Ketua Pasukan Kebangsaan Argentina
Dikenali Kerana
Kerjaya cemerlang bersama Barcelona FC dan pasukan kebangsaan Argentina
Latar belakang keluarga
Bapa tukang besi kilang dan ibu pembersih rumah
Penyakit
Disahkan menghidapi kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) pada usia 11 tahun
Pindah ke Sepanyol
Pada usia 13 tahun untuk bermain di akademi Barcelona, La Masia
Debut pasukan utama Barcelona
Berusia 17 tahun
Pendapatan tahun 2017
$111 juta
Nilai bersih
Sekitar $400 juta
Kontrak Adidas
Perjanjian tetap sepanjang hayat dengan pendapatan lebih $12 juta setahun
Kontrak Barcelona FC (2020-2021)
Dibayar $33 juta setahun

Pencapaian

  • Memenangi Liga Sepanyol sebanyak sembilan kali
  • Memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali
  • Menjaringkan 383 gol dalam 418 perlawanan
  • Penerima anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali
  • Mencipta rekod pemenang European Golden Boot sebanyak lima kali

Jom baca biodata Lionel Messi. Menurut majalah Forbes, Lionel Messi, penyerang bintang untuk sebuah pasukan gergasi bola sepak di Sepanyol, Barcelona FC dan juga ketua pasukan kebangsaan Argentina, merupakan atlet yang menerima bayaran tertinggi di dunia selepas petinju, Floyd Mayweather pada tahun 2018. Pada tahun 2017, Messi telah memperoleh sebanyak $111 juta termasuk lebih daripada $80 juta melalui perpanjangan kontrak bersama Barcelona FC dan tambahan $27 juta untuk tawaran liputan (endorsements). Jumlah nilai bersih beliau dilaporkan bernilai sekitar $400 juta.

Kerjaya Messi

Lionel Messi dilahirkan di Argentina dan merupakan anak kepada satu pasangan kelas pekerja (working-class). Bapa beliau merupakan seorang tukang besi kilang dan ibu beliau merupakan seorang pembersih rumah. Bakat Messi dalam bermain bola sepak sudah kelihatan pada usia beliau masih muda, namun ketika usia beliau 11 tahun, beliau disahkan menghidapi penyakit kekurang hormon pertumbuhan (growth hormone deficiency / GHD). Keadaan ini membantutkan pertumbuhan beliau dan rawatan untuk menyembuhkannya amat mahal kerana ianya melibatkan penggunaan hormon pertumbuhan manusia. River Plate, sebuah kelab tempatan di Argentina ingin menandatangani beliau namun tidak akan membayar rawatan perubatan beliau. Messi sebaliknya telah ditawarkan kontrak untuk bermain di akademi belia Barcelona. Jurulatih, Carles Rexach telah melihat Messi dalam ujian percubaan, lalu menawarkan kontrak kepada beliau, termasuk pembayaran untuk rawatan penyakit beliau. Pada usia 13 tahun, Messi dan bapa beliau berpindah ke Sepanyol untuk bermain di akademi Barcelona, La Masia. Perjalanan Messi di dalam akademi berlaku dengan pantas di mana beliau telah membuat kemunculan (debut) beliau untuk pasukan utama Barcelona ketika beliau berusia 17 tahun. Bermula dari saat itu, Messi telah mencipta salah satu kejayaan yang paling cemerlang untuk sepanjang masa. Beliau yang telah menghabiskan kerjaya peringkat kelab beliau di Barcelona FC telah memenangi Liga Sepanyol sebanyak sembilan kali dan empat kali Liga Juara-Juara Eropah. Secara keseluruhan, beliau telah menjaringkan 383 gol dalam 418 perlawanan. Beliau juga merupakan penerima anugerah berprestij Ballon d’Or sebanyak lima kali dan mencipta rekod sebagai pemenang European Golden Boot sebanyak lima kali.

Kontrak Dan Liputan

Messi mempunyai perjanjian tetap sepanjang hayat bersama dengan Adidas (ADDYY) yang memberikan beliau pendapatan lebih daripada $12 juta setahun. Beliau juga mempunyai perpanjangan kontrak dengan Barcelona FC untuk musim 2020 sehingga musim 2021, di mana beliau akan dibayar sebanyak $33 juta setahun. Perjanjian-perjanjian ini telah menjadikan beliau seorang pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi di dunia. Selain daripada itu, beliau juga sedang meneima dan pernah menerima tawaran liputan daripada syarikat-syarikat seperti Pepsi-Cola (PEP) dan Huawei. Menurut ESPN, China dilaporkan merancang untuk menamakan sebuah taman tema bersempena dengan nama beliau pada tahun 2020. Anda suka baca biodata Lionel Messi ini? Jemput juga baca artikel biodata Pandelela Rinong dan biodata Misbun Sidek

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.