Membeli rumah adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama boleh menjadi agak menakutkan, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ingin membeli rumah. Hari ini kami akan kongsikan tips dan panduan beli rumah pertama buat yang baru pertama kali nak membeli.
Ramai yang menyangka bahawa untuk membeli rumah, apa yang perlu diperhatikan ialah harga jualan rumah yang hendak dibeli. Namun yang sebenarnya terdapat pelbagai kos lain seperti:
Nak beli rumah, pastikan ia terletak dalam kawasan yang sesuai dengan cara hidup anda. Mungkin anda boleh beli rumah di kawasan yang dekat dengan tempat kerja, atau dekat dengan rumah ibu bapa. Ada juga yang membeli rumah di kawasan yang berdekatan dengan pengangkutan awam dan mempunyai kemudahan seperti pasaraya, kedai makan, masjid, dan klinik.
Anda inginkan rumah yang bagaimana? Rumah atas tanah atau rumah bertingkat. Tentukan juga berapa jumlah bilik yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa, beserta keluasannya. Berbincang dengan pasangan untuk melihatb ciri-ciri yang diidamkan dan lihat berapakah harga rumah berciri tersebut dalam kawasan idaman anda.
Sudah bersedia untuk membeli rumah? Tiba masanya untuk anda periksa berapakah jumlah pinjaman perumahan yang anda layak dapat dari bank, melainkan anda merancang untuk membeli secara tunai. Jika anda merancang untuk mendapatkan pinjaman, di antara perkara yang akan diperiksa ialah:
Apabila anda membeli rumah, ianya akan melibatkan dokumen jual beli rumah atau sale and purchase agreement iaitu dokumen pindahan milik di antara penjual dan anda. Pastikan anda memahami sedikit sebanyak apa yang ditulis dalam dokumen tersebut terutamanya di bahagian yang penting seperti:
Selain memahami dokumen jual beli rumah, anda juga perlu memahami dokumen perjanjian pembiyaan pinjaman perumahan di antara anda dan pihak bank. Di antara perkara utama yang perlu anda lihat ialah:
Jika anda membeli rumah yang masih berada dalam tempoh pembinaan, adalah sangat penting untuk anda selalu melawat lokasi rumah untuk melihat perkembangan pembinaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diidngini seperti proses pembinaan terhenti atau pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian. Hubungi pemaju jika terdapat sebarang masalah.
Membeli rumah baru yang masih dalam proses pembinaan bermaksud pihak pemaju atau kontraktor akan menuntut bayaran mengikut kadar kesiapan rumah tersebut. Pastikan anda membuat bayaran dalam masa 21 hari selepas tuntutan bayaran diterima dan disahkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti denda di atas kelewatan bayaran.
Walau pun rumah anda masih belum siap untuk anda diami, namun pihak bank yang membiaya pinjaman anda mempunyai hak untuk meminta bayaran daripada anda sepertimana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan yang anda tanda tangani. Anda mungkin diminta untuk membuat bayaran ke atas kadar faedah atau keuntungan sahaja, atau mungkin juga anda diminta untuk membuat bayaran penuh setiap bulan.
Membeli rumah bukanlah perkara yang kecil. Ia melibatkan kos yang tinggi serta urusan guaman yang rumit. Oleh itu pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan pembelian rumah anda dengan cermat dan teratur. Di antara dokumen yang penting ialah:
Adalah sangat penting untuk anda menyimpan semua dokumen dengan baik supaya jika ada sebarang masalah berbangkit, anda mempunyai semua dokumen berkaitan. Malah jika anda ingin menjual rumah tersebut pada masa hadapan, ia akan memudahkan urusan menjual.
Apabila rumah anda siap dan kunci rumah telah diserahkan kepada anda, pastikan anda memeriksa keadaan rumah. Di antara perkara yang perlu anda periksa ialah:
Itulah dia info tentang cara beli rumah pertama untuk pembeli baru yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara beli rumah lelong dan isu perumahan di Malaysia