Sama ada majlis perkahwinan ataupun majlis pertunangan, pasti amat meriah jika barangan hantaran juga berbentuk hadiah menarik tetapi simple. Zaman sekarang, simple is nice!

Terdapat beberapa barang hantaran lelaki bajet dan simple boleh anda jadikan idea menarik untuk majlis anda. Jom lihat antara 15 barang hantaran lelaki bajet dan simple (tapi nampak gah).

1. Sejadah

Sejadah selalunya dijadikan sebagai hantaran pertunangan ataupun perkahwinan. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai alas mendirikan solat, namun ia menjadi tradisi untuk dibuat hadiah bagi pasangan di majlis tunang ataupun perkahwinan.

Sekiranya anda inginkan hadiah yang simple, sejadah adalah pilihan yang tepat dalam barang hantaran lelaki bajet. Tedapat banyak cara lipatan sejadah yang kreatif dan unik boleh anda lihat melalui media sosial seperti Facebook, YouTube ataupun Instagram.

barang hantaran lelaki bajet
Imej via [pinterest]

2. Minyak Wangi

Minyak wangi juga sering digunakan sebagai barang hantaran lelaki bajet untuk pihak lelaki sama ada ketika majlis pertunangan ataupun perkahwinan.

Anda boleh mendapatkan minyak wangi lelaki yang berjenama seperti BOSS, Dunhill, Calvin Klein dan sebagainya. Boleh juga didapati di kedai secara langsung ataupun dalam talian seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.

Jika pihak lelaki amat menggemari minyak wangi, ini adalah barang hantaran lelaki bajet yang patut anda pilih.

3. Set Penjagaan Kulit (Skincare)

Terdapat beberapa set penjagaan kulit yang dihasilkan khas untuk lelaki seperti Nivea Men, Badlab dan sebagainya. Tidak semua lelaki mengambil berat tentang bentuk wajah, tetapi tidak menjadi halangan untuk anda menghadiahkan hantaran produk-produk khas buat lelaki ini sebagai hantaran.

Jika pihak lelaki jenis suka menjaga penampilan wajah, maka ia amat sesuai dijadikan sebagai barang hantaran lelaki bajet dan simple.

4. Tali Pinggang

Tali pinggang bukan hanya aksesori biasa, namun ia juga digunakan sebagai pengetat lilitan seluar dengan lebih kemas. Terdapat dua jenis tali pinggang boleh dipilih untuk dijadikan hantaran iaitu tali pinggang formal ataupun tali pinggang kasual.

Pilihlah mana-mana yang sesuai buat bakal pasangan. Jelas, tali pinggang juga merupakan barang hantaran lelaki bajet dan simple yang boleh anda hadiahkan.

barang hantaran lelaki bajet
Imej via [shopee]

5. Dompet

Bukan wanita sahaja yang menggunakan dompet, dompet juga menjadi idaman kaum lelaki. Pelbagai gaya dompet boleh dipilih dengan harga yang bermacam-macam pilihan.

Sekiranya anda sukakan dompet sebagai barang hantaran lelaki bajet dan simple, pilih saja dompet yang berjenama seperti Levis, Jeep dan sebagainya.

6. Cermin Mata

Cermin Mata digunakan bukan hanya untuk melihat lebih bergaya, tetapi juga untuk mereka yang mengalami masalah mata seperti rabun dan silau terhadap cahaya.

Sekiranya anda mahu menjadikannya sebagai hantaran, cermin mata hitam adalah pilihan yang paling sesuai untuk pasangan anda. Sebelum membelinya, ambil kira masalah rabun atau tahap silau mata pasangan dahulu agar dia selesa untuk memakainya.

Jadi, untuk lebih bergaya, cermin mata adalah barang hantaran lelaki bajet yang paling tepat.

7. Jam Tangan

Lelaki dan jam tangan biasanya tidak boleh dipisahkan. Bentuk dan harganya yang pelbagai jenis boleh melambangkan personaliti seseorang lelaki tersebut.

Jam tangan bukan hanya digunakan untuk melihat waktu, ia juga menjadikan anda lebih bergaya dan tampan. Dalam pemilihan jam tangan, pilihlah jenis jam berdasarkan bajet yang ditetapkan.

8. Kasut

Pelbagai jenis kasut boleh anda hadiahkan sebagai barang hantaran lelaki bajet dan simple. Antaranya termasuklah kasut berjenama seperti Monk Strap, Oxford, Derby, Chukkas, Loafers dan sebagainya. Fuh, bunyinya macam mahal kan? Tapi ada jer yang berpatutan.

Namun begitu, jenis ini biasanya diperbuat daripada kulit dan harganya juga agak mahal serta kebanyakan pasangan tidak mampu untuk membelinya.

Jangan risau, tidak salah untuk anda menghadiahkan kasut jenis yang berbeza kepada pasangan anda. Asalkan selesa untuk memakainya.

barang hantaran lelaki bajet
Imej via [pengantinbaru]

9. Kain Pelikat

Kain pelikat digunakan sebagai kain sarung khas untuk kaum lelaki. Kain yang ditenun dengan corak berpetak-petak ini boleh digunakan sebagai pakaian harian di rumah selain digunakan untuk menunaikan solat harian di masjid.

Sebagai hantaran, anda boleh menghias kain pelikat ini bersama hiasan bunga-bungaan untuk membuatkan penampilannya agak menarik bagi majlis pertunangan ataupun perkahwinan nanti.

10. Set Baju Melayu

Set baju melayu adalah pilihan tepat sebagai barang hantaran lelaki bajet yang paling senang. Baju Melayu adalah pakaian tradisional Melayu yang kekal relevan sehingga kini.

Set Baju Melayu boleh disertakan dengan samping dan songkok sebagai hantaran buat pasangan lelaki anda. Lebih tradisional, harga berpatutan, boleh digunakan bila perlu nanti.

11. Sirih Junjung

Sirih junjung ibarat lambang bagi adat Melayu dalam sesebuah majlis dan ini termasuklah majlis pertunangan dan majlis perkahwinan untuk membuat penyeri dan juga sebagai hantaran.

Pelbagai jenis gubahan yang boleh direka bentuk mengikut citarasa dan tema sesuatu majlis. Bunga-bungaan segar serta daun sirih Melayu ini boleh dinaikkan serinya dengan menambah udara bunga rampai dan air mawar.

12. Puding dan Halwa

Selain barang, makanan pencuci mulut seperti puding dan halwa juga sangat sesuai dijadikan sebagai hantaran. Anda boleh memilih pelbagai jenis pencuci mulut lain yang sesuai dijadikan barang hantaran lelaki bajet dan simple.

Selain menyediakannya, anda boleh menghiasnya dengan cantik. Kosnya tidaklah mahal.

barang hantaran lelaki bajet
Imej via [salaam.buzzkini]

13. Coklat

Hantaran coklat juga amat popular dalam masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis coklat di pasaran boleh dipilih sebagai hantaran pertunangan dan juga perkahwinan.

Gabungan coklat-coklat yang berbeza jenamanya boleh disatukan untuk digubah dengan lebih menarik bentuknya.

14. Telefon Pintar

Kita jarang lihat hadiah kahwin berupa telefon pintar android. Kebanyakannya menghadiahkan telefon Iphone kepada pasangan.

Anda pun boleh melakukan perkara yang sama untuk menunjukkan kelainan dalam majlis hantaran anda. Antara idea lain adalah Ipad yang boleh dihadiahkan kepada calon pengantin lelaki.

Tiada masalah yang perlu dilakukan dengan memberi telefon pintar android kepada bakal pasangan. Yang penting ikut kemampuan dan tidak membazirkan wang.

15. Kuih Moden

Kuih moden adalah seperti kuih tart yang datang dalam pelbagai perisa seperti tart cheese, tart cadbury, tart nanas dan lain-lain perisa lagi. Anda boleh buat sendiri di rumah untuk lebih jimat.

Setidaknya, buat pesanan khas jenis kuantiti yang sesuai untuk diletakkan pada hantaran nanti. Selain tart, macaron juga adalah sejenis kuih moden yang diminati oleh ramai orang.

Kuih ini mempunyai rasa yang manis kerana dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti gula aising dan juga gula pasir. Bentuknya yang comel sangat sesuai untuk dibuat sebagai hantaran.

Berikut adalah 15 barang hantaran lelaki bajet yang boleh dimasukkan dalam list barang hantaran anda. Jom baca juga kelebihan sedekah, formula simpan duit dan kerja part time yang lumayan.

Rujukan

  1. 26 hantaran tunang yang terbaik untuk pengantin lelaki dan perempuan. https://www.pengantinbaru.com.my/hantaran-tunang/
  2. Pening tak tahu nak pilih apa? Ini senarai idea hantaran yang menarik! https://www.pesonapengantin.my/pening-tak-tahu-nak-pilih-apa-ini-senarai-idea-hantaran-yang-menarik/
  3. 11 idea barang hantaran lelaki 2020 https://smartinvest101.com/barang-hantaran-lelaki/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.