Bila sebut sahaja Vietnam pastinya anda terbayangkan aktiviti shopping sehingga bag pakaian bernaak-pinak dengan banyaknya. Ya. Selain dipenuhi dengan bangunan bersejarah tinggalan zaman perang, Vietnan terkenal sebagai syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia. Jom kami kongsikan barang branded murah di Vietnam, terutamanya yang boleh anda dapat di Ben Thanh Market dan Malaysian Street di Ho Chi Minh.
Rakyat Malaysia dan kain pasang tak dapat dipisahkan. Di sini terdapat pelbagai pilihan kain yang pastinya membuatkan anda rambang mata. Kain kapas, kain lace, kain sari, kain sutera korea, kain sutera Vietnam, kain bersulam. Namakan saja kain jenis apa yang anda cari, pasti ada dijual di sini dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Sebagai contoh, harga bagi kain pasang bermanik ialah RM45 sahaja untuk 4 meter.
Sutera vietnam yang terkenal dengan kelembutan dan kehalusan jahitannya pula berharga dalam Rm20 sahaja sepasang. Sementara kain sulam jubah pula berharga anggaran Rm38 sepasang. Kesemua kain ini biasanya dijual dengan harga yang mahal di gedung membeli-belah di Malaysia.
Selain kain pasang, di sini juga ada dijual pakaian yang sudah siap dijahit. Anda pilih sahaja corak mana yang anda berkenan, cari saiz yang sesuai, terus boleh pakai. Atau anda juga boleh tempah baju di sini dan ia akan siap dalam masa satu hari sahaja. Harganya juga sangat murah berbanding di Malaysia. Sebaga contoh, harga bagi sehelai jubah ialah RM80 sahaja.
Jika anda mencari beg sekolah untuk anak-anak, atau sejenis yang suka menggunakan bag sandang, jangan lepaskan peluang untuk membeli bag sandang di sini kerana terdapat pelbagai bag sandang berjenama terkenal yang dijual dengan murah di sini. Marah kualitinya juga sangat bagus. Di antara jenama yang menjadi rebutan ramai ialah:
Harga yang ditawarkan adalah sangat murah. Ada bag sandang yang boleh anda beli dengan harga RM15 sahaja. Bolehlah anda beli lebih sikit dan jadikan sebagai buah tangan untuk anak saudara yang menunggu di Malaysia.
Kalau ada jual bag sandang murah, pastinya ada kasut sukan berjenama juga. Sebut sahaja jenama apa yang anda cari, semuanya ada. Adidas dan Nike adalah dua jenama yang selalu menjadi buruan rakyat Malaysia. Malah design yang terbaru juga ada di sini. Harganya? Anda boleh dapat dua pasang ksut sukan berjenama Nike dengan harga RM150 sahaja.
Orang perempuan yang bercuti ke Vietnam pastinya dah ada rancangan berapa pasang telekung nak dibeli sewaktu membeli-belah di sana nanti. Telekung Siti Khadijah dengan pelbagai design termasuk yang terbaru boleh dibeli dengan harga serendah RM50 sahaja di sini. Malah, kalau anda pandai tawar-menawar, anda boleh dapat lebih murah daripada harga tersebut. Beli lebih sedikit, sampai di Malaysia nanti jual pada kawan sepejabat. Untung kan?
Selain telekung, tudung berjenama juga adalah di antara barang pertama yang dicari oleh rakyat Malaysia yang bercuti di sana. Sebut sahaja jenama branded mana yang anda ingin cari, semuanya ada. Di antara jenama popular yang selalu dicari rakyat Malaysia ialah:
Tudung dewasa dan kanak-kanak ada dijual di sini. Harganya? Tudung Nealofar dewasa boleh dibeli dengan harga RM15 sahaja. Murah kan?
Selain barang branded, biasanya rakyat Malaysia yang bercuti ke Vietnam juga akan mencari pelbagai produk cenderamata sebagai buah tangan buat keluarga di Malaysia. Terdapat pelbagai cenderahati yang boleh anda beli dengan harga yang murah seperti:
Berikut adalah beberapa tips membeli-belah di Vietnam yang ingin kami kongsikan sebagai panduan buat anda. Insya Allah ia akan membantu anda semasa membeli-belah di sana nanti. Di antara tipsnya ialah:
Itulah dia info tentang barang branded murah di Vietnam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips tukaran wang asing dan melancong ke Australia.