Aset semasa merupakan satu akaun di dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan yang mewakili nilai semua aset yang pada logiknya dijangka akan ditukarkan menjadi tunai dalam tempoh setahun untuk perjalanan biasa sesebuah perniagaan. Aset-aset semasa adalah termasuk tunai, akaun penghutang, inventori, sekuriti yang boleh dipasarkan, perbelanjaan prabayar dan aset-aset cair lain yang boleh ditukarkan kepada tunai dengan mudah.
Di samping itu, aset-aset semasa adalah penting untuk perniagaan kerana aset-aset semasa merupakan perbelanjaan. Ianya juga bergantung kepada jenis-jenis perniagaan. Oleh itu, aset-aset semasa boleh terdiri daripada tong-tong minyak mentah kepada barangan bakar, atau kepada mata wang asing.
Selain itu, di dalam kewangan peribadi, aset-aset semasa adalah semua aset yang seseorang itu dapat tukarkan kepada wang tunai dengan mudah untuk membayar hutang-hutang dan melindungi liabiliti-liabiliti tanpa perlu menjual aset-aset tetap. Aset-aset semasa dalam kewangan peribadi adalah seperti tunai di tangan, akaun-akaun bank, dan sekuriti yang boleh dipasarkan yang tidak terikat dengan pelaburan-pelaburan jangka panjang. Dalam erti kata lain, aset-aset semasa mempunyai nilai dan boleh ditukar kepada wang tunai dengan lebih cepat (sangat cair) berbanding aset-aset tetap.