Pada hari ini semakin ramai artis dan selebriti yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan bermakna industri hiburan negara berada di ambang kejatuhan, namun fenomena ini berlaku kerana artis kita semakin mendapat kesedaran tentang kepentingan mempunyai dua tiga cabang pendapatan di samping berlakon dan menyanyi. Jom kami akan kongsikan artis lelaki Malaysia yang menjadi usahawan. Mungkin ada yang anda sudah tahu, dan ada juga yang akan menyebabkan anda terkejut.

Sumber: Ohbulan

1. Zizan Razak

Siapa yang tak kenal dengan Zizan Razak? Artis yang sangat kelakar dan berbakat ini bermula sebagai seorang pelawak dan pada hari ini merupakan seorang pelakon dan penyanyi kesayangan ramai. Pada hari ini Zizan Razak juga merupakan seorang usahawan berjaya yang menjadi inspirasi ramai anak muda. Sebut sahaja Burberbyte, pastinya anda akan terbayangkan wajah beliau.

Burgerbyte adalah restoran berkonsepkan makanan barat dan makanan segera milik Zizan Razak. Pada hari ini Burgerbyte sudah mempunyai 11 cawangan di seluruh Malaysia dan beroperasi setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 1:00 pagi. Terdapat pelbagai menu barat yang disediakan di restoran ini namun seperti namanya, di antara menu istimewa yang anda wajib cuba jika berkunjung ke sini ialah:

  • Naked Burger
  • Garlic Butter with Cheese Burger
  • Bolognese Pasta Beef
  • Aglio Olio Pasta Chicken

“Saya sendiri menceburi dunia perniagaan ini bukan sekadar mahu berniaga semata-mata tetapi ia didorong dengan minat yang menebal. Kalau ada yang melihat artis menceburi bidang perniagaan ini sebagai aliran (trend) terpulang. Bagi saya bidang ini bukan aliran semata-mata tetapi ia masa depan. Saya tak ambil hal ini sebagai benda mudah. Kalau nak jadi aliran sekalipun, biar ia jadi bermakna dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Perniagaan ini andai kata, saya sudah tiada lagi di muka bumi, setidak-tidaknya dapat diwariskan kepada keluarga dan generasi mendatang.” Kata beliau semasa ditemuramah tentang perniagaan Burgerbyte.

2. Aaron Aziz

Jika tadi kami kongsikan tentang Zizan Razak, sekarang kami kongsikan pula tentang Aaron Aziz. Apa yang menarik, mereke berdua pernah bergandingan dalam filem yang meletup-letup di Malaysia. Mungkin anda tidak tahu bahawa pelakon kelahiran Singapura ini mempunyai sebuah restoran mesra kanak-kanak yang dinamakan Kidz And Crème.

Seperti namanya, restoran ini sangat sesuai untuk anda sekeluarga dan anak-anak pastinya akan bergembira semasa menjamu selera di sini. Terdapat pelbagai hidangan melayu dan barat yang disediakan di sini. Jika anda sukakan kek dan pastri, pastinya anda akan rambang mata dengan pilihan yang ada. Di antara menu istimewa yang anda wajib cuba ialah:

  • Spaghetti Aglio Olio
  • Nutella Cheese Tart
  • Mee Bandung
  • Spaghetti Carbonara
  • Bihun goreng
Sumber: Suaramerdeka

3.  Awal Ashaari

Awal Ashaari adalah pengacara dan selebriti yang terkenal di Malaysia. Beliau sememangnya dikenali dengan pilihan fesyen yang terkini. Setiap kali berkongsi gambar di laman media sosial atau gambarnya dirakam oleh jurugambar profesional, pastinya para peminat akan tertarik dengan pakaian yang dikenakan oleh beliau. Awal Ashaari mempunyai butik pakaian yang dinamakan Lawa By Awal yang terletak di Ground Floor Fashion Walk ,The Curve, Mutiara Damansara. Butik Lawa menawarkan koleksi pakaian lelaki yang trendy dan funky, sesuai untuk anak muda yang mementingkan penampilan diri yang kemas dan mengikut fesyen.

Selain pakaian, ia juga menawarkan wangian atau perfume yang pastinya akan membuatkan anda tertarik dengan harumannya. Terdapat dua wangian yang ditawarkan iaitu wangian Maroon daripada Scha Alyahya dengan sentuhan feminin dan Bleu daripada Awal iaitu wangian maskulin.

4. Dato Rosyam Nor

Pastinya anda mengetahui tentang ST Rosyam Mart yang merupakan pasaraya milik pelakon terkenal Dato Rosyam Nor. Pasaraya ini menjadi tumpuan ramai bukann sahaja kerana ianya dimiliki oleh seorang artis terkenal, malah ia dibuka selama 24 jam sehari. Maksudnya anda boleh membeli ayam, daging, ikan, dan ayur-sayuran pada pukul 2 pagi sekiranya ia adalah satu-satunya masa anda mempunyai kelapangan untuk membeli barang dapur. Menarik bukan?

Semasa pembukaan pasaraya ini, orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan promosi seekor ayam secara percuma yang ditawarkan. Pasaraya ini bukan sahaja menawarkan barang basah dan barang kering dengan harga yang berpatutan, malah ianya juga segar. Selain membuka pasaraya, Dato Rosyam Nor juga mempunyai kebun yang mengeluarkan buah nangka madu dan durian belanda.

5. Fazley Yaakob

Fazley Yaakob bukanlah nama asing di Malaysia. Bermula sebagai penyanyi, beliau mengorak langkah menjadi seorang pelakon dan akhirnya menceburi bidang kulinari dengan bergelar chef celebriti. Artis ini sememangnya sangat berbakat dalam kesemua bidang yang diceburi. Pada hari ini beliau merupakan pemilik Suka Sucre Bistro iaitu sebuah restoren berkonsepkan bistro dan kitchen studio yang menyediakan makana barat dan juga asia.

Restoran beliau terletak di Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras, 56100 Cheras, Kuala Lumpur dan dibuka dari pukul 12.00 tengah hari sehingga 10:00 malam. Di antara menu istimewa yang ada di sini ialah:

  • Daging Salai Cili Api Pasta
  • Pasta Sambal Minang
  • Salted Egg Yolk Cream Pasta
  • Chef Chicken with French Butter Rice
  • Macaron
Sumber: Thestar

Itulah dia info  tentang artis lelaki Malaysia usahawan sebagai motivasi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang gaji artis dan artis kpop bantu ekonomi negara.

Rujukan:

1. Berita Harian

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.