Bagi yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji, pastinya kecewa apabila nama tidak termasuk dalam senarai jemaah haji yang ditunggu-tunggu. Untuk pengetahuan anda, jika nama anda tidak tersenarai, anda dibenarkan untuk membuat rayuan. Jom kami senaraikan alasan rayuan haji yang boleh anda gunakan dalam membuat rayuan, agar rayuan anda diterima.

Rayuan haji

Sumber: Ohbulan

Dulu-dulu, untuk membuat rayuan, bakal jemaah perlu menulis surat dengan format sendiri dengan pilihan untuk membayar penuh atau bayaran haji subsidi. Sejak tahun 2020, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi memudahkan urusan membuat rayuan di mana mereka secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh untuk menunaikan haji secara Muassasah.

Cara untuk membuat rayuan

Pemohon yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di laman web Tabung Haji atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan Tabung Haji yang berdekatan. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke kaunter-kaunter 125 mana-mana cawangan Tabung Haji atau Tabung Haji di UTC seluruh negara. Sebaik sahaja anda menghantar surat rayuan, pihak Tabung Haji akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa . Rayuan anda akan dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses.

Perlukah anda isi borang rayuan jika pernah menghantar surat rayuan sebelum ini?

Surat rayuan haji yang telah diterima dan diserahkan kepada Tabung Haji sebelum ini akan tetap diproses dan dipertimbangkan dalam proses pemilihan Jemaah haji. Namun, adalah digalakkan untuk anda  mengisi borang rayuan haji yang disediakan.

Alasan rayuan haji

Pastinya anda ingin mengetahui apakah alasan yang boleh anda gunakan dalam rayuan haji yang akan anda hantar. Di antara alasan yang boleh anda gunakan ialah seperti berikut:

  • Rayuan individu

Untuk rayuan jenis ini, ia dibuka kepada semua jemaah haji yang ingin menunaikan haji secara berseorangan dan tidak perlu ditemani oleh sesiapa. Anda boleh menghantar rayuan dengan melampirkan alasan yang kuat dan kukuh seperti  sakit kronik yang dikhuatiri semakin buruk pada tahun akan datang, akan bekerja di tengah laut atau hutan dan tidak dapat memohon cuti pada tahun yang mendatang, dan sebagainya.

Sumber: Soyacincau
  • Rayuan menunaikan haji bersama mahram.

Ini adalah alasan rayuan bagi anda menunaikan haji dengan tujuan menemani saudara perempuan anda yang pergi seorang diri. Contohnya bagi isteri yang kematian suami, anak atau adik lelakinya boleh merayu untuk menemani wanita tersebut. Bagi seorang ibu, anak lelakinya boleh menemani beliau. Atau anda sebagai abang atau adik lelaki jemaah haji, boleh merayu untuk menemani kakak atau adik perempuan anda menunaikan haji.

  • Rayuan Tabung Haji berkumpulan

Ini pula adalah alasan rayuan haji yang boleh dihantar sekiranya anda ingin menunaikan ibadah haji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anda ingin menunaikan haji bersama seluruh ahli keluarga. Anda boleh menghantar rayuan dengan mengepilkan alasan yang kuat agar permohonan anda diluluskan.

  • Rayuan untuk menunaikan haji mengikut suami

Jika suami anda mendapat peluang untuk menunaikan haji, anda sebagai isteri boleh membuat rayuan untuk pergi menunaikan haji bersama-sama suami. Ini kerana jika kemudian hari anda mendapat giliran untuk menunaikan haji, akan menjadi masalah untuk anda pergi seorang diri.

  • Rayuan untuk menunaikan haji mengikut isteri

Jika isteri anda mendapat giliran haji dan perlu pergi sendirian, anda selaku suami dibenarkan untuk membuat rayuan bagi menemani isteri anda melakukan haji. Terdapat kuota khas yang disediakan untuk rayuan dengan alasan menemani isteri.

  • Rayuan pergi haji kerana mengiringi warga emas

Bagi warga emas yang akan menunaikan ibadah haji, warisnya dibenarkan untuk membuat rayuan haji dengan alasan untuk menemani warga emas yang memerlukan jagaan dan bantuan sepanjang berada di tanah haram. Pijak Tabung Haji akan membenarkan seorang waris bagi menemani warga emas tersebut.

  • Rayuan bernazar

Sekiranya anda telah bernazar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun tersebut, anda boleh membuat rayuan haji dengan alasan bernazar. Pastikan anda jujur semasa membuat rayuan.

  • Rayuan untuk yang lanjut usia

Jika anda sudah memasuki usia emas, anda juga dibenarkan untuk membuat rayuan dengan alasan tahap kesihatan semakin merudum dan khuatir tidak mampu untuk menunggu giliran pada tahun-tahun seterusnya.

  • Rayuan penangguhan pemergian haji pada tahun sebelumnya.

Ada juga kes di mana ada jemaah haji yang terpaksa menangguhkan pemergian haji pada tahun sebelumnya disebabkan oleh alasan yang munasabah. Anda boleh membuat rayuan apabila anda sudah bersedia.

  • Rayuan mencepatkan giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya.

Alasan rayuan haji yang terakhir ialah rayuan untuk mempercepatkan giliran haji bagi jemaah yang mendapat giliran pada tahun berikutnya. Anda boleh meminta giliranan anda dicepatkan jika anda mempunyai masalah kesihatan atau alasan lain yang munasabah.

Keutamaan rayuan

Keutamaan rayuan akan diberikan kepada mereka yang membuat rayuan dengan alasan berikut:

  • Rayuan mahram
  • Rayuan untuk yang lanjut usia
  • Rayuan pembantu individu lanjut usia.
  • Rayuan penangguhan pemergian haji pada tahun sebelumnya.
  • Rayuan mencepatkan giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya.
Sumber:Bharian

Itulah dia info  tentang alasan rayuan haji yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara pengeluaran Tabung Haji dan cara buka simpanan Tabung Haji untuk anak-anak.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.