Bila anda rasa malas bekerja, cuba anda pergi ke pasar malam atau pasar minggu. Tengok orang kerja di pasar yang berhempas pulas cari rezeki, sehari tidak dapat seberapa banyak.

Cuba bandingkan dengan anda yang bekerja dalam air-cond, duduk di kaunter pun buat muka masam mencuka, masuk pukul 8 pagi, pukul 9 dah keluar minum 2 jam. Pukul 5 balik pukul 4.30 pula  sudah tunggu punch out. Macam mana rezeki akan berkat.

Mungkin ramai lagi orang yang mahu kerja macam anda. Tapi rezeki anda dapat kerja itu. Jadi bekerjalah betul-betul. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang kerja.

7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kerja

Imej via Rujukankerjaya

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kerja

1. Kerja takkan pernah habis. Hari ini anda buat kerja siap. Esok datang lagi kerja baharu. Simple. Lain kalau anda jenis orang yang datang pejabat kerja cuma kacau orang lain buat kerja atau datang punch in keluar minum berjam-jam.

2. Anda kerja untuk bahagiakan orang yang anda sayang. Anda balik kerja marah-marah anak, isteri sebab rumah bersepah itu tak berguna. Tak guna anda marah orang yang anda sayang sebab kerja. Tak berbaloi.

3. Kerja akan buat anda cepat stress jadi anda kena lebih memahami skop kerja. Pedalami lagi supaya menjadi lebih power. Jangan sesekali bawa masalah kerja bawa balik rumah. Work-life-balance.

4. Jangan cepat mudah puas hati dengan cara kerja anda. Cuba perbaiki dari semasa ke semasa, dari segi penampilan dan disiplin semasa kerja.

5. Kalau gaji anda sedikit, tapi kerja mengalahkan orang gaji besar itu ialah hal yang biasa. Kerja niat kerana Tuha, dapat pahala. Hidup lebih berkat dan rezeki murah. Walaupun gaji sedikit, tapi cukup dan bahagia. Keluarga pun sihat sejahtera.

6. Cuba cari jalan penyelesaian untuk siapkan kerja dengan lebih cepat. Jika anda tahu tiap Isnin pasti ramai rakyat jelata menyerbu pejabat, anda mesti sudah sedia. Kalau bos bagi kerja, cuba siapkan cepat supaya tak tertangguh dan makin banyak kerja. Jadi anda tak stress.

7. Kalau mengulor 2 jam, ganti lah 2 jam itu tanpa perlu bayaran lebih masa supaya gaji berkat.

***

Kalau mahu terapi stress bekerja, hari minggu pergi jalan-jalan. Elok lagi pergi bersatu dengan alam. Masuk hutan lipur, pergi dengar kicauan burung, pergi main air terjun, pergi merasa hembusan angin pantai.

Janganlah setiap minggu pergi pusat beli belah. Suka sangat habiskan duit yang tak berapa banyak itu, belum lagi keadaan jalan bersesak. Terapi benda macam itu kalau tiap bulan makan pun mesti kena pinjam dengan rakan sejawat.

Sekadar memperingati.

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.