Wanita-wanita sekarang ramai yang berkerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri dan aset sendiri. Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka masih kuat bekerja demi membantu suami dari segi kewangan. Tindakan ini sangat bagus dan baik.

Dalam pada masa yang sama juga, ramai juga wanita yang berhenti kerja selepas mempunyai anak kerana ingin fokus untuk menjaga dan mendidik anak. Itu juga satu pengorbanan yang baik demi menjaga pembelajaran anak-anak. Sebenarnya apa-apa keputusan yang dibuat oleh seorang wanita tidak mempunyai apa-apa masalah. Jika mahu teruskan kerjaya, teruskan, tetapi jika tidak mahu, tidak mengapa.

Terdapat beberapa kesilapan wanita yang kebanyakkannya dilakukan tanpa sedar iaitu pengurusan kewangan peribadi. Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai jangan lakukan 5 kesilapan wanita dalam kewangan apabila sudah berkeluarga. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

5 Kesilapan wanita dalam kewangan apabila sudah berkeluarga

kesilapan wanita tentang kewangan
Imej via Ilabur.com

Ketahui 5 kesilapan wanita dalam menguruskan kewangan peribadi. Antaranya :

1. Bergantung sepenuhnya kewangan pada pasangan

Harus main peranan dan ambil tanggungjawab bab kewangan keluarga. Jangan hanya biarkan pasangan tentukan hala tuju keluarga. Jika suri rumah, wajin menyimpan setiap nafkah yang dapat setiap bulan daripada suami. Belajar tukar nafkah tukar kepada 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar emas untuk simpanan.

2. Tiada aset peribadi sendiri

Wanita selepas berkahwin segala jiwa dan raga hanya untuk keluarga hingga melupakan kepentingan diri sendiri. Kata orang kampung ‘Protect yourself so you can protect others’. Beli rumah, simpan emas dan ada tanah untuk melindungi diri dari bencana kewangan yang tidak pasti bila akan datang.

3. Utamakan dana pendidikan anak sehingga lupa dana untuk diri sendiri

Apabila tua nanti, kita tidak boleh meminjam dana daripada sesiapa. Sebaliknya anak kita jika perlukan dana pendidikan mereka masih ada PTPTN, Biasiswa dan pinjaman pendidikan lain. Jika kita tiada simpanan pada hari tua nanti, ia akan memberi kesan kepada diri sendiri.

4. Tidak melabur untuk belajar

Kita sayang duit untuk beli buku dan belajar. Ramai wanita yang latih diri datang seminar dan membaca sehingga mereka berjaya jana pendapatan dari rumah sahaja.

5. Tiada matlamat kewangan bertulis.

Mereka tiada langsung matlamat atau catatan kewangan peribadi. Contoh catatan, ‘Duit himpun ini nak buat umrah selepas covid nanti’.

*Berikut adalah 5 kesilapan yang selalu wanita lakukan selepas berkahwin dan mempunyai anak. Kewangan peribadi sangat penting walaupun kita ada pasangan yang mampu untuk menapung keluarga dan makan minum. Duit simpanan tersebut akan membawa manfaat kepada diri kita kelak nanti. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.