Ramai di antara kita yang ingin menabung tetapi sukar untuk tidak menggunakan duit tabungan itu untuk tujuan lain. Kadang-kadang, kita baru mula menabung seminggu tapi duit tabungan itu telah kita gunakan untuk tujuan lain. Ada yang lagi teruk, tidak sampai seminggu pun, duit tabungan sudah habis digunakan. Sedih, bukan.

Sesetengah orang, tidak tahu bagaimana mahu mula menabung dan menyimpan. Mereka fikir duit tabungan itu akan digunakan juga jadi buat apa mereka simpan. Pemikiran ini amat salah, duit simpanan itu kita boleh gunakan untuk membeli rumah, membuat majlis perkahwinan kita dan digunakan untuk melancong.

Banyak lagi kegunaan duit simpanan kita itu, maka kita perlu menabung. Bagaimana mahu melatih diri untuk menabung?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tips latih diri suka menabung dan menyimpan. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via tangandiatas

7 Tips latih diri suka menabung dan menyimpan

Antara tips menyimpan yang aku pernah buat :

1. Menyimpan Si Hijau (RM5)

Menyimpan duit kau yang berwarna hijau. Ada dalam dompet. Pernah buat, mampu dapat dalam RM200 + sebulan.

2. Menyimpan Si Oren (RM20)

Menyimpan wang kertas berwarna oren. Ada je si oren terus simpan. Jangan guna. Pernah buat, mampu dapat dalam RM300++. Wang oren ni jarang nak dapat.

Jadi, kalau tak jumpa tak menyimpan lah. Menangis lah kau kalau kau keluarkan duit dekat mesin ATM RM100 tapi keluar semua RM20 lima keping nanti.

3. Menyimpan 10% Daripada Gaji

Tips ini paling berkesan. Setiap bulan masuk gaji kita simpan siap-siap. Barulah belanja. Contohnya gaji korang RM2000. Simpan siap-siap RM200. Simpan di Tabung Haji. Sekarang lebih mudah boleh transfer atas talian ataupun buat potongan gaji.

4. Menyimpan Syiling

Ada syiling je masuk tabung. Pernah buat setahun boleh dapat RM100++ je. Setahun baru RM100++?? Pheww.

5. Menyimpan Setiap Hari Bersamaan Dengan Tarikh Haribulan

1Haribulan=RM1, 2HB=RM2, 3HB=RM3 dan seterusnya sampai 30HB/31HB=RM30/RM31. Pernah buat. Boleh dapat lebih RM400++.

Mula-mula teruja sangat. Siap print lagi jadual haribulan nak tanda dah bayar ke belum tiap hari. Lama-lama…emmmm.. Krik krik. Tips ni best kalau dah kahwin. Saling sokong satu sama lain. Tarikh ganjil suami simpan, tarikh genap isteri simpan. Lupa bayar cubit hidung. Hihi.

6. Menyimpan Mengikut Target

Contohnya korang nak ada simpanan RM500 dalam tiga bulan. Berapa korang nak menyimpan tu ikut suka korang lah. Janji target capai. Tapi mental kena kuat lah. Haha.

7. Pembiayaan ASB (ASBF)

Akhirnya disebabkan kerja dan sibuk, lebih baik pilih menyimpan gunakan pelan ASB Financing Islamik. Jadi, setiap bulan dah menyimpan.

Menyimpan dan melabur dalam satu masa. Kasi ada rekod CCRIS. Senang tak payah kira tiap bulan dapat berapa macam simpan wang kertas dan syiling. Melatih disiplin bayar dan tak membazir beli itu ini dan benda bukan-bukan.

*Cuba ikuti salah satu tips yang diberikan oleh encik Amir ini. Tips no.4 paling mudah dan semua orang boleh ikut. Kumpul duit syiling adalah salah satu kaedah permulaan bagi orang yang mahu mula menabung. Sediakan satu tabung yang tidak ada tempat pembuka dan masukkan duit syiling ke dalam. Rasa-rasa dah cukup berat dalam 1 kg, tabung itu boleh dibuka menggunakan pembuka tin atau alatan tajam.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.