Tips Guna RM80K Lebihan Refinance Cara Lebih Bijak

Apa yang anda akan lakukan apabila menerima duit yang banyak secara tiba-tiba?

Adakah membeli barangan idaman ataupun membuat pelaburan baru?

Semoga tips ini membantu.

Aku ditanya, “Bang, saya akan dapat duit hasil dari refinance rumah dalam RM80K. Agak-agaknya, apa yang terbaik untuk saya buat dengan duit tu?”.

Wang Lebih
Imej via Arulonline

“Ikut plan asal awak. Kalau awak plan untuk tutup hutang, setelkan hutang awak tu laju-laju.

Jangan bila dah tengok cash banyak depan mata, tetiba awak lari dari matlamat asal”, aku ‘sekolah’kan balik Balak yang bertanya.. hehehe (kalau awek, mungkin lembut sikit nasihatnya) 😉

As for me, setiap kali aku menerima amaun yang ‘agak banyak’, apa yang biasanya aku lakukan adalah :

i. Agihkan amaun yang aku terima mengikut plan asal seperti dana untuk pelaburan, dana hutang dan dana jimba-jimba.

ii. Setelkan hutang sepertimana yang aku peruntukkan pada dana hutang.

iii. Enjoy dan shopping sampai lebam ke atas duit yang aku peruntukkan untuk dana jimba-jimba.

iv. Selebihnya, aku akan letakkan di dalam bentuk overdraf bagi dana pelaburan. Fasiliti inilah yang akan aku gunakan sebaik mungkin agar dana yang dilaburkan ini dapat mengembalikan duit yang telah aku habiskan untuk 2 dana sebelumnya (dana hutang & dana jimba-jimba).

Walaubagaimanapun, anda dilarang untuk ikut cara aku selagi mana anda tidak memahami tentang kelebihan dan ‘gerak kerja’ fasiliti overdraf ini.