Masalah yang selalu berlaku disebabkan oleh sifat yang menangguh-nangguhkan benda yang baik. Sifat ini juga salah satu saifat yang sangat berbahaya jika ada pada diri seseoarang. Selain sifat malas, sifat menangguhkan kerja juga boleh menimbulkan masalah dan kekacauan kerja. Apabila suka menangguh-nangguh kerja, di hujung-hujung nanti kerja akan menimbul dan sifat malas akan mula muncul.

Sifat suka menangguh dan malas ini ibarat satu ‘package’. Sifat suka menangguh kerja ini muncul disebabkan zaman sekolah yang suka menangguh buat kerja rumah. Apabila sifat ini dibiasakan dalam diri sejak kecil, ia akan lekat pada diri sehingga ke besar dan masuk ke alam pekerjaan. Begitu bahaya sekali sifat suka menangguh ini.

Suka menangguh dan suka tunggu-tunggu ini sama sahaja. Suka tunggu dah hujung-hujung tarikh untuk hantar kerja baru ingin buat kerja. Ketika itu mulalah kelam kabut buat kerja dan kerja tersebut juga tidak kemas. Sifat ini perlu dibuang dengan segera dalam diri.

Terdapat 7 perkara yang tidak boleh ditangguh dan tunggu lagi. Apakah itu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 perkara yang tidak boleh ditangguh dan tunggu lagi. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via arifhussin

7 Perkara yang tidak boleh ditangguh dan tunggu lagi

1. Jangan tunggu gaji besar baru kita nak bina tabungan kecemasan 3-6 bulan gaji.

2. Jangan tunggu umur 30 tahun baru nak bina tabung deposit rumah pertama. Pastikan ada 10% deposit rumah seawal mula bekerja.

3. Jangan tunggu cukup RM9,980 baru nak daftar Haji kita. Sebenarnya boleh daftar jika ada RM1,300 dalam akaun Tabung Haji ataupun boleh guna akaun KWSP sahaja.

4. Jangan tunggu gaji naik barulah nak menyimpan untuk dana pencen nanti. Simpanlah mulai sekarang supaya kita senang di kemudian hari.

5. Jangan tunggu gaji tinggi barulah nak mulakan pelaburan. Boleh melabur pada usia muda untuk hasil di masa hadapan.

6. Jangan tunggu ada duit lebihan barulah nak menyimpan. Tetapi simpan dahulu barulah berbelanja. Simpanan wajib sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

7. Jangan tunggu dah sakit baru nak buat perlindungan takaful. Lindungilah diri dan keluarga sekarang.

*Kita perlu ingat 7 perkara yang disenaraikan di atas sebagai peringatan kepada diri. Sifat suka menangguh dan suka tunggu-tunggu ini perlu dibuang dari diri dengan segera kerana ia boleh memudaratkan kewangan diri. Lebih-lebih lagi nombor 4 yang penting iaitu jangan tunggu gaji naik baru mahu menyimpan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.