Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia dengan gelaran rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi dalam masa yang masa masih lagi tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Hari ini kami akan kongsikan tugas YDPA Yang di-Pertuan Agong serta kuasa dan budi bicara baginda.
Jawatan Yang di-Pertuan agung digilirkan setiap lima tahun di antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu iaitu sultan-sultan bagi negeri di Malaysia. Apabila sultan sesebuah negeri menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut sepanjang tenpoh perlantikan. PemilihanYang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-raja haruslah mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.
Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan tersebut.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai pelbagai kuasa yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Di antara kuasa YDPA ialah:
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk melakukan tugas-tugas berikut:
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk membubarkan parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak lagi diterima oleh orang ramai. Dalam keadaan ini, Perdana Menteri boleh dipaksa turun oleh undi tidak percaya. Setelah mendapat undi tidak percaya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sama ada untuk membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri atau menolak untuk membubarkan Parlimen dan melantik orang lain sebagai Perdana Menteri yang baru.
Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk memperbaharui lantikan seorang Perdana Menteri setiap kali selepas pilihan raya sehinggalah Perdana Menteri tersebut memutuskan untuk meletak jawatan atau kehilangan majoriti dalam pilihan raya. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik pemegang jawatan tinggi Persekutuan di bawah terma Perlembagaan dan pelbagai Akta yang diluluskan oleh Parlimen seperti:
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai tugas sebagai Ketua Islam di empat buah negeri yang diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik, di tiga buah Wilayah Persekutuan, serta di negeri sendiri. Bagi menjalankan tugas tersebut, baginda dinasihatkan oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negari di setiap Negeri. Yang di-Pertuan Agong juga bertanggung jawab untul melantik:
Dalam masa yang sama, Yang di-Pertuan Agung juga memgang tugas sebagai Pemerintah Tertinggi Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong adalah pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia dan bertanggung jawab untuk melantik:
Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong adalah termaktub dalam Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjelaskan had-had bagi Yang di-Pertuan Agong seperti:
Itulah dia info tentang tugas Yang di-Pertuan Agong (kuasa budi bicara ydpa) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata dan sejarah Tunku Abdul Rahman
1. Inilah Tugas Sebenar Yang Dipertuan Agong. Iluminasi