Kereta lelong pun cantik-cantik, yang baru-baru pula tu. Baik beli kereta lelong, murah sikit tapi elok je. Itu kalau kereta baru, yang dilelong. Tapi kalau nak lebih murah, kereta lelong yang biasa-biasa je.

Sebab tu ramai suka beli kereta lelong, elok lagi keadaannya dan masih cantik. Apa-apapun, bahaya kalau anda tak ambil tahu pasal risiko kereta lelong ni.

Mana tahu, elok di luar, tapi di dalamnya tak berapa tahan lasak dan terlalu lama dah kondisinya. Ini antara tips beli kereta lelong wajib anda buat. Kalau tak buat, mungkin risikonya lebih banyak lepas beli nanti.

1. Fahami Proses Lelong

Sebelum beli kereta lelong, pastikan anda tahu jenis lelong dan proses lelong kereta ini dijalankan. Antara jenis lelong yang dimaksudkan adalah seperti kereta bank tarik, kereta kerajaan, atau lelong syarikat.

Untuk proses lelong ini, anda perlu faham bahawa anda perlu menyediakan deposit (kebiasaannya 10% daripada harga bidaan atau jumlah minimum). Pastikan anda memahami semua syarat dan caj yang terlibat supaya jelas dan tidak ada masalah di kemudian hari.

Seterusnya adalah anda perlu hadir ke sesi lelong sebagai pemerhati untuk memahami alur bidaan. Proses akan bermula dan kereta akan jadi milik anda setelah semuanya bersetuju.

2. Buat Kajian Pasaran

Anda buat buat kajian pasaran terlebih dahulu supaya anda dapat harga kereta yang benar-benar berbaloi. Jangan terus beli dan agak-agak sahaja. Alang-alang nak beli kereta lelong, periksa betul-betul.

Bagaimana nak buat kajian pasaran? Periksa harga pasaran kereta yang anda minati menggunakan platform seperti Mudah.my, Carlist, atau Carsome. Ini antara tips beli kereta lelong yang wajib anda buat kerana ia sangat penting.

Anda boleh mengenal pasti harga bidaan maksimum yang munasabah untuk model tersebut. Lebih bagus kan?

3. Periksa Keadaan Kereta Dengan Sangat Teliti

Jika anda pakar dan tahu tentang kereta, periksa kereta secara menyeluruh luar dan dalam. Penting untuk anda periksa keadaan badan, cat, tayar, dan bahagian dalaman.

Kenapa perlu periksa? Anda perlu pastikan bahawa kereta tiada tanda kemalangan atau kerosakan besar.

Selain itu, perlu juga untuk periksa keadaan enjin kereta tersebut. Anda perlu dengarkan bunyi semasa menghidupkan enjin. Bukan itu sahaja, semak juga rekod sejarah kereta menggunakan MyCarInfo untuk status cukai jalan, saman, atau kerosakan besar.

Apa nak buat jika tak tahu dan tak pandai periksa kereta?

Jika anda kurang berpengalaman, rujuk agen lelong profesional atau mekanik untuk membantu membuat keputusan yang lebih bijak.

Pastikan mereka dipercayai dan bukan hanya untuk keuntungan peribadi. Mungkin anda boleh minta tolong dan ajak mekanik atau kawan yang pandai periksa kereta.

4. Tetapkan Bajet Tambahan

Sebelum beli kereta lelong, anda perlu fikir ke depan. Bukannya lepas dapat kereta anda boleh suka hati dan selesai. Anda perlu pertimbangkan kos tambahan yang akan terlibat selepas itu.

Sebagai contoh, harga penukaran alat ganti dan kos baik pulih jika ada sebarang kerosakan pada masa akan datang. Caj atau jumlah untuk insurans dan pendaftaran semula.

Selain itu, kos tambahan termasuk juga dengan caj lelong yang perlu anda bayar iaitu 3-5% daripada harga bidaan. Kalau dikira-kira semua bajet anda, jangan membida lebih daripada bajet yang telah ditetapkan.

5. Pilih Syarikat Lelong Yang Sah

Anda terpaksa bertanggungjawab dan tanggung risiko jika ada masalah dengan pembelian kereta lelong akibat beli dari syarikat lelong yang tidak sah. Oleh itu, wajib untuk anda beli kereta lelong melalui syarikat lelong berlesen seperti MUV Malaysia, MyTukar, atau Pickles Auction.

Anda perlu pastikan mereka menyediakan laporan penuh tentang kereta yang dilelong. Bukannya kosong dan tiada apa-apa info. Itu yang menyebabkan anda beli kereta rosak dan banyak kali sudah kemalangan.

6. Ketahui Dan Fahami Risiko

Beli kereta lelong tak sama dengan kereta baru. Jadi, tips beli kereta lelong paling penting adalah anda perlu fahami dan tahu apa risiko kereta lelong ni. Kalau tak faham, nanti mesti rasa ada je yang tak kena.

Bukan apa, sesetengah kereta mungkin mempunyai masalah tersembunyi seperti kereta pernah hadapi banjir, bencana alam atau ada masalah undang-undang seperti kenderaan curi atau cukai jalan tertunggak.

Di samping itu, penting juga untuk anda semak dahulu dokumen penting iaitu geran sebelum anda buat pembayaran penuh. Jelas?

Pastikan Anda Ikut Tips Beli Kereta Lelong Ini!

Itulah antara tips beli kereta lelong wajib anda ikut kalau tak nak masalah lain datang di kemudian hari. Beli kereta lelong boleh jadi pilihan yang sangat berbaloi jika anda melakukan kajian dan mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan terburu-buru buat keputusan. Ingat, anda perlu sentiasa rujuk pakar jika anda kurang pasti.

Jom baca juga artikel berikut:

Cara urus kewangan keluarga

Tips kewangan untuk golongan muda

Cara dan teknik selesaikan hutang

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.