Mencari info syarat pinjaman perumahan kerajaan. Ya, jom baca info ini. Info anda kena hadam.
Membeli hartanah ataupun rumah di Malaysia mungkin agak sukar, kerana anda berpotensi untuk menghadapai beberapa kesukaran. Permohonan pinjaman yang ditolak oleh pihak bank akan menjadi salah satu perkara yang biasa. Jadi, adakah terdapat cara atau pilihan lain yang anda boleh lakukan supaya akhirnya anda dapat memiliki rumah anda sendiri?
Sekiranya anda seorang pekerja kerajaan atau pekerja sektor awam yang ingin membeli rumah atau hartanah baru, artikel kali ini amat sesuai untuk anda. Ini kerana, pekerja-pekerja kerajaan atau sektor awam layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerajaan. Pinjaman perumahan kerajaan ini boleh dipohon melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan satu skim pinjaman perumahan yang bertujuan untuk memberikan pinjaman perumahan dengan lebih mudah kepada pekerja-pekerja sektor awam, serta merapatkan atau mengurangkan perbezaan di antara harga hartanah atau perumahan dengan jumlah pinjaman yang diluluskan. Namun begitu, tidak semua pekerja-pekerja sektor awam pernah mendengar tentang insentif yang kerana 53% pekerja-pekerja sektor awam masih lagi menyewa.
Oleh yang demikian, artikel ini akan membantu anda (pekerja-pekerja sektor awam) akan membantu anda memahmi apa sebenarnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, syarat-syarat untuk pinjaman perumahan kerajaan, proses-proses permohonan serta yang paling penting, iaitu kelebihan-kelebihan LPPSA.
Terlebih dahulu, ianya penting untuk mengetahui bahawa tidak semua projek pembangunan atau perumahan dapat dibeli melalui LPPSA. Ini kerana, skim ini biasanya disediakan untuk projek-projek pembangunan milik kerajaan dan berstatus kediaman.
Kebiasaannya, hartanah atau projek pembangunan berstatus komersial tidak dapat dibeli melalui pinjaman LPPSA. Oleh yang demikian, ianya amat berguna untuk menyemak dengan pemaju hartanah atau projek pembangunan terlebih dahulu bagi memastikan bahawa rumah yang anda ingin dapatkan didaftarkan secara rasmi di bawah skim LPPSA.
Sekiranya anda berfikir bahawa LPPSA hanya menawarkan pinjaman untuk anda membeli rumah baru sahaja, maka anda harus mengubah semula fikiran anda. Ini kerana, LPPSA bukan menawarkan pinjaman itu semata-mata! Skim LPPSA ini tidak hanya memudahkan proses pembelian rumah kediaman masa depan untuk pekerja-pekerja perkhidmatan awam, malah turut meliputi jenis-jenis pinjaman perumahan yang lain. Terdapat 7 jenis pinjaman LPPSA seperti di bawah;
Mengapa anda harus memohon pinjaman LPPSA berbanding pinjaman bank-bank biasa? Sebagai seorang penjawat awam, anda boleh berasa lega kerana proses memohon pinjaman perumahan adalah lebih mudah untuk anda berbanding mereka yang bekerja di dalam sektor swasta atau penjawat-penjawat awam yang di bawah kontrak. Jadual di bawah ini menunjukkan kepada anda perbezaan kelebihan di antara pinjaman LPPSA dan pinjaman bank.
Ciri-Ciri Pinjaman | Pinjaman LPPSA | Pinjaman Bank |
Pelanggan Sasaran | Pekerja-pekerja tetap kerajaan (sektor awam) | Pekerja-pekerja sektor kerajaan dan swasta |
Margin Pembiayaan | 100% (pinjaman penuh) | Sehingga 90% |
Kadar Faedah | 4% (kadar tetap) | 4.5% – 8%, berdasarkan kadar pinjaman asas atau (base lending rate / BLR) |
Pengiraan Faedah | Berdasarkan baki tunggakan bulanan | Berdasarkan baki tahunan |
Tempoh Pinjaman | Sehingga 30 tahun untuk pinjaman pertama, 25 tahun untuk pinjaman kedua dan boleh melebihi 90 tahun | Sehingga 30 tahun dan boleh melebihi 70 tahun |
Oleh itu, anda bukan sahaja dapat memohon pinjaman penuh, malah anda dapat meminjam untuk jangka masa yang lebih lama (sehingga 90 tahun) melalui LPPSA. Lebih menarik lagi, kadar faedah juga ditetapkan hanya pada kadar 4% berbanding pinjaman bank yang mana kadar faedah mengikut Kadar Pinjaman Asas.
Kebiasaannya, semakin lama tempoh pinjaman, semakin tinggi kadar faedahnya. Namun demikian, dengan LPPSA, anda bukan sahaja menikmati kadar pembayaran bulanan yang lebih rendah sehingga mencapai usia 90 tahun, malah kadar faedahnya tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman.
Anda tidak perlu risau sekiranya pasangan atau anak-anak anda yang bukan pekerja di sektor awam tetapi berminat untuk memohon pinjaman perumahan dengan LPPSA. Ini kerana, dengan kerjasama MBSB Bank Bhd., LPPSA menawarkan permohonan pinjaman rumah bersama kepada pasangan, ibu bapa atau anak-anak dengan syarat salah seorang pemohon merupakan pekerja sektor awam.
Dengan kata lain, mana-mana kakitangan kerajaan atau pekerja sektor awam boleh memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA, manakala ibu bapa, pasangan atau anak-anak mereka yang bekerja di sektor swasta dapat memperoleh pinjaman daripada MBSB Bank Bhd. Sebagai contoh, sekiranya anda sebagai pekerja sektor awam berjaya mendapatkan pinjaman RM300,000 untuk rumah bernilai RM330,000, pasangan atau ibu bapa ataupun anak-anak anda yang merupakan pekerja sektor swasta layak untuk memohon pinjaman berasingan daripada MBSB Bank Bhd., untuk menampung baki nilai rumah iaitu RM30,000.
Oleh yang demikian, dengan melihat kembali kepada kelebihan-kelebihan yang ditunjukkan di dalam jadual di atas, skim pembiayaan rumah bersama ini dapat mengurangkan komitmen perbelanjaan bulanan anda kerana pembayaran dibahagi kepada peminjam bersama dan anda dapat memperoleh jumlah pembiayaan yang lebih besar berbanding dengan pinjaman individu.
Untuk memohon pinjaman LPPSA, anda mesti menepati kelayakan seperti berikut;
Oleh itu, bagaimana anda hendak memohon LPPSA? Ini merupakan ringkasan untuk anda:
Jumlah Pinjaman:
Komitmen Hutang:
Sebagai tambahan, anda juga boleh mengira kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu dengan menggunakan kalkulator laman web LPPSA, untuk mengelakkan pinjaman anda ditolak. Jemput juga baca artikel sebab buat pinjaman peribadi dan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Dah faham syarat pinjaman perumahan kerajaan?