Jom kita kenali legasi sumbangan perdana menteri Malaysia.Dari sudut kemerdekaan, pertanian, permodenan dan teknologi.

Dengan sistem perlembagaan berparlimen di negara kita, seorang Perdana Menteri dilantik untuk menguruskan pentadbiran negara. Kini, kita menyambut pelantikan Perdana Menteri ke-8 Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sudah pastinya rakyat tidak sabar untuk menantikan apakah corak pentadbiran dan kemajuan yang bakal dibawa oleh beliau, khususnya dalam menjaga kebajikan dan ekonomi rakyat.

Sementara itu, apa kata kita selusuri legasi sumbangan ekonomi yang ditinggalkan oleh bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia terdahulu.

#1 Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970) – Bapa Kemerdekaan Malaysia

Imej via Biography

  • Pentadbiran Tunku lebih kepada pembentukan negara yang masih baru mendapat kemerdekaan, jadi kebanyakan dasar dan polisi belum boleh diperhalusi sepenuhnya.
  • Krisis negara yang berlaku seperti ancaman komunis dan konfrontasi dikendalikan dengan baik tanpa mengganggu kelicinan pentadbiran negara.
  • Kemelut politik yang melanda apabila berlaku pergolakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan kerajaan pada masa itu diselesaikan dengan pengeluaran Singapura daripada Tanah Melayu.
  • Selain itu, di bawah pentadbiran Tunku, Malaysia dibentuk dengan gabungan Tanah Melayu dan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, dan ternyata telah membuka banyak peluang kerjasama ekonomi baru.
  • Di bawah Tunku, hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO telah meningkatkan persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN yang bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru.
  • Kawasan luar bandar dibangunkan dengan mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959.
  • Beberapa rancangan ekonomi dirangka untuk masa depan negara dengan melancarkan RMK-1 dan RMK-2.
  • Memperkenalkan dasar kepelbagaian ekonomi supaya negara tidak terlalu bergantung kepada komoditi getah – mempelopori perusahaan sawit negara.

Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976) – Bapa Pembangunan Malaysia

Imej via TheStar

  • Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara.
  • Meningkat hubungan perdagangan dengan China.
  • Memperbaiki hubungan dengan Indonesia pasca-konfrontasi.
  • Mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk melicinkan lagi urusan pentadbiran negara.
  • Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang ketaksamaan ekonomi.
  • Membantu pembangunan luar bandar (di bawah Tunku Abdul Rahman) dengan penubuhan FELDA, FELCRA, Lembaga Beras & Padi Negara, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan RISDA untuk pekebun kecil.
  • Mewujudkan Bilik Gerakan Negara untuk terus memantau kegiatan dan pembangunan di setiap negeri, daerah dan kampung.

Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981) – Bapa Perpaduan Malaysia

Imej via Awani

  • Meneruskan agenda pembangunan DEB
  • Penekanan konsep Rukun Tetangga dan ancaman dadah yang mengganggu modal insan dan ekonomi
  • Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) iaitu dana amanah bumiputera yang membantu menambah ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
  • Kestabilan politik dan ekonomi melalui perpaduan yang dijaga rapi telah menarik ramai pelabur luar.
  • Mempengerusikan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
  • Menjadi penasihat Petronas

Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003) – Bapa Pemodenan Malaysia

Imej via Sabree

  • Meneruskan DEB dengan peningkatan pemilikan korporat dan kemasukan universiti.
  • Melaksanakan penswastaan perusahaan kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
  • Pelbagai projek infrastruktur untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara seperti projek lebuh raya utara selatan (PLUS), Satelit MEASAT, pengeluaran kereta nasional pertama Malaysia (PROTON), menara berkembar petronas (KLCC), KLIA, Formula 1 dan Putrajaya.
  • Pelancaran Wawasan 2020 dengan matlamat pertumbuhan ekonomi purata kira-kira 7% daripada keluaran dalam negara kasar setahun
  • Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk kebajikan etnik selain Bumiputera.
  • Langkawi sebagai zon bebas cukai dan tumpuan pelancongan terkenal.
  • Mengurangkan cukai korporat dan meliberalisasikan peraturan kewangan untuk menarik pelaburan asing.
  • Meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan tetap ringgit kepada dollar Amerika bagi meyakinkan pasaran pelaburan dalam usaha mengatasi krisis ekonomi 1998.
  • Model pembangunan Asia dengan Dasar Pandang ke Timur.
  • Mengembangkan bidang pendidikan sebagai salah satu daya penggerak ekonomi.
  • Mengubah sektor pertanian kepada sektor perindustrian sebagai fokus pendapatan utama negara.

Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009) – Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia

Imej via TheMalaysianTimes

  • Meningkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang menerusi pengenalan kepada konsep Islam Hadhari.
  • Memperkasakan sektor pertanian dengan memberi dana lebih untuk penyelidikan dan menggalakkan perniagaan SME yang akhirnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
  • Anjuran MAHA untuk membantu ekonomi rakyat tempatan.
  • Pemerkasaan SPRM bagi membasmi korupsi dan rasuah.
  • Pindaan kepada hak wanita mengenai penerimaan pencen arwah suami walaupun isteri telah berkahwin lain.
  • Hak pemilikan hartanah yang sama wanita dengan suami.
  • Penubuhan  Jawatankuasa Menangani Inflasi dan Stok Penimbal untuk mengatasi krisis makanan dan minyak mentah.

Era Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak (2009-2018) – Bapa Transformasi Malaysia

Imej via GlobalReseach

  • Mengurangkan kadar faedah pinjaman PTPTN kepada 1% juga diskaun bayaran balik pinjaman.
  • Pembinaan lebuh raya tambahan untuk menngurangkan kos pengangkutan rakyat.
  • Kebajikan pendidikan – menghapuskan yuran sekolah, pemberian bantuan sekolah sebanyak RM100, pemberian buku teks percuma, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  • Kebajikan rakyat – Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), Klinik Bergerak 1Malaysia; Klinik 1Malaysia dengan bayaran RM1, melaksanakan gaji minimum kepada RM1000, kenaikan pencen sebanyak 2 % setiap tahun, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
  • Hartanah dan perumahan – Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), program perumahan untuk rakyat: PPRT, SPNB (gaji bawah RM3000 dan ada tanah, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 ke atas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000)
  • Program 1Azam – Projek 1AZAM diperkenalkan bagi membantu golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin supaya dapat menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
  • Projek Pembangunan Agrobazaar Kedai Rakyat
  • Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia
  • Penubuhan 11 Pusat JobsMalaysia (JMC) – menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara online, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan & Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
  • Model Ekonomi Baru, liberalisasi ekonomi dan perjanjian perdagangan bebas.

Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020

Imej via Awani

  • Melantik Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Eminent Persons) untuk penstrukturan semula ekonomi Malaysia.
  • Menjernihkan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
  • Gaji minimum RM1200 diperkenalkan.
  • Memansuhkan GST.
  • Membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.
  • Melancarkan Dasar Kemakmuran Bersama.

Jemput juga baca artikel tentang tokoh ekonomi Islam dan kisah usahawan berjaya

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.