Sebagai seorang ibu bapa pastinya anda sentiasa memikirkan tentang masa depan anak-anak terutamanya dari segi pendidikan dan kewangan. Di antara perkara paling penting yang diutamakan ialah simpanan duit. Tiap kali ada yang menghadiahkan duit untuk anak-anak tak kira duit raya atau hadiah hari jadi, pastinya duit itu akan diasingkan untuk simpanan. Cuma masalahnya sekarang anda tak tahu di manakah tempat paling sesuai dan selamat untuk anda menyimpan. Jom kami kongsikan 5 tempat simpanan untuk anak yang selamat dan terbaik.

1. Emas

Sumber: Forbes

Simpanan untuk anak yang selamat dan terbaik pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah emas. Emas ialah simpanan dan pelaburan yang selamat dan tidak akan merugikan. Cuba berhatikan harga emas yang dijual di pasaran. Harganya setiasa naik saban tahun dan tidak pernah murah. Pada awal tahun 2000, harga emas 916 cuma sekitar RM50 untuk satu gram namun pada hari ini harganya sudah mencecah RM220 untuk satu gram.

Untuk menyimpan emas anda boleh pilih sama ada untuk membeli emas 916 atau emas 999. Emas 999 adalah emas yang dijual dalam bentuk jongkong atau ketulan. Harganya lebih mahal kerana peratusan emas yang tinggi. Emas 916 pula adalah emas perhiasan yang selalunya dijadikan barang kemas seperti rantai, gelang tangan, rantai tangan, rantai kaki, cincin dan subang. Emas 916 lebih murah berbanding emas 999 namun lebih digemari di Malaysia.

Tak kisah mana satu emas pilihan anda, apa yang penting ia adalah cara menyimpan duit anak yang paling selamat dan menguntungkan. Rugi kalau anda tak menyimpan dari hari ini.

2. ASB

Menyimpan dalam ASB adalah pilihan ibu bapa sejak dulu lagi memandangkan ia adalah pelaburan yang dijamin oleh kerajaan dan peratus pulangan dividennya juga adalah di antara yang tertinggi di Malaysia. Biasanya ibu bapa akan membuka akaun ASB untuk anak-anak sebaik sahaja anak dilahirkan.

Apa yang menarik, dengan simpanan ASB anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak sekali gus seperti membeli emas di mana anda perlu membeli sekurang-kurangnya satu gram setiap kali membeli. Dengan simpanan ASB anda boleh menyimpan mengikut kemampuan setiap bulan. Sebagai contoh, jika anda Cuma mampu menyimpan sebanyak RM30, simpan RM30 sahaja. Walau pun jumlah RM30 setiap nampak kecil, namun selepas beberapa tahun ia akan mempunyai nilai yang besar.

3. Tabung Haji

Tempat simpan duit anak yang selamat dan terbaik yang seterusnya ialah dengan menyimpan di Tabung Haji. Selain ASB, Tabung Haji juga menjadi pilihan utama ibu bapa kerana:

1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji

Sumber: Themalaysianreverse

Oleh itu, kalau anda tak tahu di mana untuk menyimpan duit anak-anak, Tabung Haji adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda.

4. Unit trust

Unit Trust adalah simpanan jangka sederhana dan jangka panjang yang semakin popular di Malaysia bagi tujuan masa depan anak-anak. Tempoh pelaburan unit trust ialah dari 3 tahun sehingga 5 tahun atau boleh juga lebih. Lebih lama tempoh pelaburan lebih banyak keuntungan yang akan diperolehi. Ia adalah sangat sesuai untuk menyimpan duit anak memandangkan duit tersebut akan digunakan untuk masa depan, bukannya dalam masa terdekat.

Keuntungan dari unit trust bermula dari 10% sehingga 15%. Ianya agak tinggi.
Keuntungan pula boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

  1. Capital gain iaitu harga naik turun. Tipsnya ialah anda membeli unit trust semasa harganya murah dan anda jual semasa harganya mahal, sama seperti emas.
  2. Dividen iaitu keuntungan untuk unitntrust yang melebihi tempoh 2 tahun.
  3. Bonus yang akan diberikan oleh syarikat unit trust.

5. Simpanan SSPN-iPlus

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan yang terbaik direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi untuk anak-anak. Ia menjadi pilihan ibu bapa kerana bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif serta patuh syariah. Di antara keistimewaan simpanan ini ialah:

  1. Dijamin kerajaan.
  2. Pelepasan cukai. Dengan menyimpan di SSPN-iPlus, anda akan diberikan pelepasan taksiran cukai tahunan sehingga RM15,000.00 untuk setahun.
  3. Dividen yang kompetitif. Dengan SSPN-i Plus anda layak untuk menerima dividen tahunan yang kempetitif berbanding simpanan lain di Malaysia.
  4. Layak untuk memohon pinjaman pendidikan apabila mendapat tawaran ke IPT. Jika anak anda tidak mempunyai tabung simpanan SSPN-iPlus, anak anda tidak layak untuk mendapat pinjaman tabung PTPTN.
  5. Perlindungan segera. Anda akan mendapat jaminan “Perlindungan Serta Merta” tanpa perlu melalui tempoh menunggu.
  6. Permulaan pembukaan akaun SSPN-i Plus seawal berumur sehari sehingga 29 tahun.

Simpanan SSPN-iPlus adalah simpanan yang paling selamat dan menguntungkan yang boleh anda pilih. Dengan jaminan oleh kerajaan, simpanan anda adalah selamat dan dividen yang diberikan adalah sangat menguntungkan

Sumber: Theedgemarket

Itulah dia info tentang 5 tempat simpanan untuk anak yang selamat dan terbaik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips menyimpan duit dan cara kira zakat wang simpanan.

Rujukan:

1. Tabung Pendidikan

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.