Ajarkan pada anak-anak anda menabung dari sekarang. Bila sudah besar nanti, duit untuk tanggung kos belajar di Universiti semua sudah tersedia, senang kan.

Tips mudah yang ingin kami kongsikan untuk anda buat, dengan kesabaran dan ketekunan anda akan mampu hasilkan duit simpanan lebih dari RM10,000 dalam masa setahun.

Kalau Tak Menabung Dari Dulu, Mungkin Tak Dapat RM11,700 Sekarang

menabung

Imej via Facebook

1. Ada niat yang betul, fokus dan konsisten menabung setiap masa demi mencapai matlamat yang dinginkan.

2. Sediakan balang saiz besar, boleh hias cantik-cantik selagi balang itu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan duit selalu. Contoh letak gambar travel, rumah atau gambar kaabah.

3. Jumpa duit RM20 dan RM5 asingkan terus ke tepi. Tutup mata setiap kali nampak dua warna ini, kuning dan hijau.

4. Kalau terguna anda wajib untuk menggantikan semula duit itu dengan 2 kali ganda supaya rasa takut guna lagi dan dapat ajar diri untuk disiplin.

5. Letakkan target berapa lama nak menabung, yang terbaik adalah set kan terus tabung untuk 1 tahun sebab akan dapat hasil yang sangat memuaskan.

6. Oh ya. Kenapa kena pilih warna kuning dan hijau? Warna kuning ini warna kekayaan, kesenangan dan keceriaan. Manakala warna hijau ni warna ketenangan dan kebahagiaan.

7. Nak tahu, bila anda ada sifat suka menyimpan duit RM20 dan RM5 ni, akan selalu berlaku situasi begini, contoh makcik jual karipap asalnya nak bagi baki rm4.00, sebab tak ada duit kecil dia akan cakap “ambil la rm5 ni takpe makcik halalkan”. Best kan.

8. Menabung ini anda perlu istiqamah setiap hari, bukan menabung sebulan RM100 sekali. Buat hari-hari nanti akan timbul sifat suka sangat nak menabung.

9. Setiap awal bulan, kira dalam tabung itu ada berapa jumlah duit yang terkumpul. Dari jumlah itu, asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.

10. Selain zakat, asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Nak bagi lebih tak apa, cuma syaratnya minima 10% untuk sedekah.

11. Lagi 30% ini penting, wajib bagi reward atau hadiah pada diri sendiri. Sebab bila kita reward diri kita, semakin bertambah self-motivation kita untuk rajin menabung.

12. Balance duit, anda simpan dalam balang tadi. Kami galakkan anda tukar duit itu menjadi EMAS 999.9 (Emas Goldbar) bukan lagi dalam bentuk wang ringgit.

13. Contoh yang sangat mudah, katakan setiap bulan duit yang terkumpul berjaya mendapat RM1,000. Untuk zakat asingkan duit RM25 (2.5%), untuk sedekah asingkan duit RM100 (10%) dan untuk reward diri sendiri asingkan duit RM300 (30%).

14. Untuk sedekah kalau tak tahu nak bagi siapa, bagilah pada anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana mereka juga layak diterima sedekah.

15. Bayangkan, dengan bersedekah ni, anda telah menghasilkan 7 tangkai dan setiap tangkai itu mengandungi 100 buahnya. Jadi, RM100 x 7 tangkai x 100 buah = RM70,000. Banyak tu

16. Inilah formula calculator dalam kiraan Islam. Konsep yang sangat mudah, “the more you give, the more you will get.”

18. Lia yakin dan sangat percaya, macam-macam lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup anda yang anda sendiri tidak sangka-sangka, sebab rezeki Allah itu Maha Kaya dan Maha Luas.

19. Itu la menariknya menabung ni, anda akan rasa sangat best, tenang dan duit sentiasa ada bersama anda. Law of Attraction.

Syukur Alhamdulillah, bermulanya bulan February 2017, simpanan yang tak sampai setahun itu telah menghasilkan jumlah wang lebih dari RM10,000. InshaaAllah, usaha ini akan diteruskan setiap tahun.

Kesimpulannya. Menabunglah dari sekarang sebab menabung sangat penting untuk masa depan yang gemilang.

Kongsikan info yang bermanfaat ini kepada keluarga dan teman anda yang lain sebab info ini akan sangat bermanfaat bagi orang lain juga.

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.