Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Siapakah Vitalik Buterin?

Vitalik Buterin merupakan salah satu nama yang terkenal di dalam arena matawangkripto. Buterin merupakan pencipta Ethereum, rangkaian matawangkripto kedua…

InspirasiKemas kini terakhir: 1 Jun 2020oleh safwanrazaliDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Vitalik Buterin, pencipta mata wang kripto Ethereum

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Vitalik Buterin
Peranan
Pencipta Ethereum, Pengasas bersama Bitcoin Magazine
Dikenali Kerana
Mencipta Ethereum
Tarikh Lahir
1994 · Rusia
Pengasas bersama Bitcoin Magazine
Mihai Alisie
Pertama menulis tentang Ethereum
November 2013
Berpindah ke Kanada pada usia
enam tahun
Universiti dihadiri
Universiti Waterloo (2012-2013)

Pencapaian

  • Mencipta Ethereum
  • Mengasaskan Bitcoin Magazine bersama Mihai Alisie (Mei 2012)
  • Pengarang bersama buku 'The Business Blockchain: Promise, Practice, and Application of the Next Internet Technology'
  • Pengarang bersama buku 'THE BITCOIN: How Bitcoin Overturning the Global Economic'

Vitalik Buterin merupakan salah satu nama yang terkenal di dalam arena matawangkripto. Buterin merupakan pencipta Ethereum, rangkaian matawangkripto kedua yang paling bernilai selepas Bitcoin dari segi permodalan pasaran. Beliau telah terlibat secara aktif dalam komuniti Bitcoin sebagai seorang penulis and pemaju sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan pengasas bersama Bitcoin Magazine (yang kali pertama diterbitkan pada bulan Mei 2012) bersama-sama dengan Mihai Alisie. Buterin pertama kali menulis tentang Ethereum pada bulan November 2013 dan secara ringkasnya menggambarkan Ethereum sebagai “matawangkripto 2.0”, kerana Ethereum memberikan idea tentang penggunaan rantai blok Bitcoin (Bitcoin blockchain) lebih daripada sekadar wang.

Potret Vitalik Buterin, pengasas Ethereum

Imej via coindesk

Latar Belakang Vitalik Buterin

Vitalik Buterin dilahirkan pada tahun 1994 di Rusia dan berpindah ke Kanada semasa beliau berusia enam tahun. Beliau mengetahui tentang Bitcoin pada tahun 2011 dan mula menulis tentang Bitcoin dan seterusnya mengasaskan Bitcoin Magazine bersama dengan Mihai Alisie. Pada tahun 2012, beliau menghadiri Universiti Waterloo di Kanada, namun oleh kerana beliau semakin tertarik dengan matawangkripto, beliau berhenti daripada universiti tersebut pada tahun 2013. Beliau menulis; “Saya telah mengiringi dunia, meneroka banyak projek kripto, dan akhirnya menyedari bahawa projek-projek tersebut terlalu khusus kepada aplikasi-aplikasi tertentu dan tidak cukup umum, oleh itu, kemunculan Ethereum telah memulakan kehidupan saya selepas itu.” Dalam tahun 2014, pra jualan Ethereum untuk ether menerima sambutan yang amat menggalakkan. Berdasarkan Ethereum, ianya boleh digunakan untuk “mengekodkan (codify), memencarkan (decentralize), melindungi dan medagangkan apa sahaja”. Pada hari ini, Buterin terlibat dalam penciptaan generasi platform aplikasi pintar dan pencar (decentralized) seterusnya. Beliau juga telah menjadi pengarang bersama untuk beberapa buah buku. Antaranya, “The Business Blockchain: Promise, Practice, and Application of the Next Internet Techonology” yang ditulis bersama William Mougayar, dan “THE BITCOIN: How Bitcoin Overturning the Global Economic” yang ditulis bersama Charlie Lee. Jemput juga baca apa itu bitcoin

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.