John Richard Stone ataupun Richard Stone (1913-1991) merupakan seorang ahli ekonomi Keynesian dan seorang ahli ekonometriks (econometrician) yang menyesuaikan kaedah perakaunan kemasukan berganda (method of double-entry accounting) untuk pendapatan negara. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Memorial Nobel 1984 dalam Sains Ekonomi untuk karya beliau.

Richard Stone dibesarkan ketika Kemelesetan Besar (Great Depression), yang mana telah mendorong minat beliau untuk mengkaji ekonomi. Semasa menjadi seorang pelajar di Universiti Cambridge, Stone belajar statistik melalui Colin Clarke, seorang profesor yang banyak mempengaruhi Stone dan membawa perhatian beliau kepada subjek akaun nasional, yang pada suatu hari nanti akan membolehkan beliau memenangi Hadiah Nobel.

Selepas tamat pengajian beliau di Universiti Cambridge pada tahun 1935, Stone mula bekerja untuk Lloyd’s of London sehingga Perang Dunia II. Ketika peperangan berlaku, Stone berkhidmat sebagai seorang ahli ekonomi untuk kerajaan British dan pembantu kepada John Maynard Keynes, individu yang pernah beliau pelajari sewaktu di Cambridge.

Kerajaan berminat kepada pemahaman ekonomi nasional yang lebih baik berkenaan dengan sumber-sumber perang yang ada. Kerja ini membawa kepada perakaunan nasional U.K. pertama (U.K.’s first national accounting) daripada pelbagai statistik penting ekonomi.

Akaun-akaun nasional di U.K. menghitung jumlah pendapatan, penggunaan dan faktor kekayaan lain dalam memberikan gambaran keseluruhan tentang kesihatan ekonomi. Banyak daripada analisis ini melibatkan pengertian mendalam tentang statistik. Kerja-kerja Stone semasa Perang Dunia II dalam bidang akaun nasional menyebabkan beliau digelar “Bapa Perakaunan Pendapatan Negara” selepas itu.

Selepas peperangan tamat, Stone mengejar kerjaya akademik di Cambridge, di mana beliau menumpukan kepentingan penyelidikan beliau terhadap teori ekonomi menggunakan metodologi statistik. Ramai pelajar yang terkenal menghadiri Cambridge semasa Stone berada di sana, termasuklah Alan Prest, yang bekerja dalam bidang analisis permintaan membuat sumbangan berkekalan (demand analysis made lasting contributions).

Selain itu, beliau memulakan Projek Pertumbuhan Cambridge (Cambridge Growth Project) bersama-sama dengan J.A.C. Brown. Mereka berdua juga telah mengembangkan Model Dinamik Multisektoral Cambridge (Cambridge Multisectoral Dynamic Model / MDM) untuk ekonomi British dan Matriks Perakaunan Sosial (Social Accounting Matrices / SAM), yang mana kedua-dua usaha mereka ini menjadi perintis untuk kerja-kerja yang mendatang dengan kemajuan teknologi dalam statistik pengiraan.

Di samping itu, pada tahun 1970, Stone menerima perlantikan sebagai pengerusi Fakulti Ekonomi dan Politik (Faculty Board of Economics and Politics) di Cambridge. Beliau akhirnya bersara pada tahun 1980 selepas berkhidmat sebagai presiden Persatuan Ekonomi Di Raja (Royal Economic Society) dari tahun 1978 sehingga 1980.

Sumbangan Stone

Sumbangan Stone kepada ekonomi berkisar di setiap generasi dan penggunaan statistik ekonomi dan ekonometriks. Berikut merupakan antara sumbangan-sumbangan beliau di dalam ekonomi;

Perakaunan Kemasukan Berganda

Stone merupakan ahli ekonomi pertama yang bekerja di dalam bidang beliau untuk menggunakan perakaunan kemasukan berganda (double-entry accounting). Perakaunan ini memerlukan setiap butiran pendapatan pada penyata perakaunan untuk diimbangi dengan perbelanjaan. Ini dikenali secara meluas di zaman moden seperti mengimbangi penyata. Penggunaan perakaunan kemasukan berganda oleh Stone di dalam akaun nasional sangat penting kerana ekonomi global telah berkembang, disebabkan oleh keseragaman perakaunan yang di bawa kepada perniagaan antarabangsa.

Pemodelan Ekonometriks

Bersama-sama dengan Alan Brown, beliau telah membangunkan model ekonomi makroekonomi yang komprehensif bagi ekonomi British. Pada tahun 1962, mereka berdua menerbitkan sebuah buku, A Computable Model of Economic Growth, yang mana akan menjadi asas kepada Projek Pertumbuhan Cambridge. Model ini menghasilkan unjuran statik pemboleh ubah ekonomi utama untuk lima tahun akan datang di masa hadapan.

Tingkah laku pengguna

Berikutan dengan kerja beliau mengenai perakaunan pendapatan negara, beliau juga melakukan beberapa kerja awal dalam menganggarkan tingkah laku pengguna. Beliau menggunakan data mengenai perbelanjaan pengguna, pendapatan dan harga untuk memodelkan permintaan pengguna dan fungsi utiliti.

Jemput juga baca ekonomi tingkah laku

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.